bab 60

1.5K 60 2
                                    

SEUSAI mengaminkan doa, Nadhif pusing ke belakang untuk menghadap isterinya sebelum Arisya meraih tangan lelaki itu untuk disalam. Dahi Arisya dicium sekilas sebelum Nadhif merebahkan kepalanya ke atas riba Arisya.

"Kenapa ni abang?" soal Arisya sebelum tangannya bergerak untuk bermain-main dengan rambut Nadhif. Rambut lelaki itu dikuak sedikit ke belakang. Suaminya ini sakit kepala ke?

"Takde apa. Saja," jawab Nadhif sebelum dia merenung wajah Arisya.

"Ish tak cantiklah kalau tenung dari bawah macam tu. Habis nampak double chin Fiya." Bibirnya dijuihkan sedikit sebelum gadis itu mengusap bahagian bawah dagunya.

Sejak bersalin lima bulan yang lepas, Arisya sudah berusaha untuk kurangkan berat badan. Semua gara-gara waktu mengandung dulu, habis segala mak nenek dia nak telan. Kan dah kena diet.

Awal-awal dulu nak makan nasi sehari sekali je, akhirnya kena bebel dengan Nadhif.

"Siapa cakap tak cantik?" Terus sahaja Nadhif bangun dari pangkuan Arisya.

"Fiyalah."

"Isteri abang ni cantik sangat. Sebab tu abang panggil Fiya gorgeous." Hidung Arisya dicuit manja sebelum Nadhif kerling ke arah katil di mana anak lelakinya sedang dibuai lena.

"Iyelah tu." Arisya menjelingkan matanya ke atas. Padahal pipinya sudah terasa bahang dek menahan malu.

"Betul lah sayang. Abang tengok gorgeous nak jatuh dekat kedai buku dulu pun abang dah jatuh hati." Nadhif tergelak kecil mendengar bicaranya sendiri.

"Abang sebenarnya nak gelak kan, tapi abang cover macho, betul tak?" Jari telunjuk ditunding tepat ke batang hidung suaminya.

"Macam mana gorgeous tahu?" Nadhif melekapkan tangan ke mulutnya dengan gaya dramatis.

"Benci lah!" Kain telekung yang sudah dicabut itu digunakan untuk memukul paha Nadhif. Pantas saja Arisya bangun untuk bergerak ke arah Aidan. Lebih baik dia tengok anaknya tidur. Comel betul dengan kakinya yang terkangkang macam dia yang paling penat buat kerja.

"Eh gorgeous! Gurau je, janganlah marah." Nadhif juga turut bangun sebelum tangan Arisya ditarik dan mereka duduk di birai katil secara perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Aidan.

Arisya hanya diam tidak berkutik sebelum telekungnya ditanggalkan. Beberapa helai rambut yang terlepas daripada ikatan sanggul itu dirapikan sebelum gadis itu menyelitkannya ke belakang telinga.

"Sayang..."

Diam.

"Janganlah senyap. Sumpah abang rasa waktu tu abang nampak macam ada bidadari nak jatuh sebabtu abang sambut. Tapi dengan cara yang unik sikit lah." Nadhif menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Bidadari pulak?" soal Arisya pendek.

"Yelah. Bidadari depan mata abang sekarang ni. Abang bersyukur sangat sebab Fiya balas cinta abang. Kalau tak mesti Shafiq kena layan abang meroyan tau."

"Aww sweetnya! Pujilah lagi." Arisya berkata riang sebelum Nadhif menarik gadis itu untuk duduk di atas ribanya.

"Kalau puji dapat apa? Dapat tambah lagi satu ke?" soal Nadhif dengan riak wajah yang sudah berubah nakal.

Gatal! Dahlah masih lagi berbaju melayu, tak malu langsung!

Baru sahaja Arisya hendak membuka mulut, tiba-tiba mereka berdua sedikit tersentak apabila Aidan disebelah sudah merengek.

"Tengok tu, Aidan pun tak nak adik baru." Arisya bangun dari riba Nadhif sebelum tubuh kecil Aidan diambil dan ditepuk perlahan agar anaknya kembali lena.

"Ish Aidan ni, tak kasi chance langsung kat papa!"








Setahun kemudian.

"Amboi Aidan, birthday party engko mengalahkan aku yang dah tua ni," omel Aleesa sendirian sebelum gadis itu mendekati sahabatnya.

"Tema birthday pun cars, takut nanti bila dah besar terminat sports car macam bapak dia jugak je," tambah Diana pula.

"Mengata anak aku nampak," kata Arisya sambil tangannya lincah mengisi semula bekas aglio olio yang sudah habis.

Sambutan hari lahir anaknya diadakan di halaman rumah secara kecil-kecilan. Hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja yang dijemput.

Kata Nadhif, bukannya Aidan akan ingat pun bila besar nanti.

"Eh mana ada mengata, ni aku tengah cakap pasal kek lapis Sarawak ni lah." Aleesa mencipta alasan sebelum tangannya bergerak ingin mengambil potongan terakhir kek yang dimaksudkan.

Akan tetapi, belum sempat dia hendak menyentuh kek tersebut, ada tangan lain yang menyambar terlebih dahulu.

Terbuntang luas mata Aleesa apabila diperlakukan sebegitu. Ini malaun mana datang sambar kek aku ni?

"Excuse me, saya yang nak ambik kek tu dulu." Kepalanya dipusing ingin melihat gerangan manusia yang berani mencuri kek tersebut.

Eh mamat ni lagi. Memang suka cari pasal dengan aku ke?

"Aku yang ambik dulu," kata Wildan bersahaja sambil memasukkan kek tersebut ke dalam mulutnya dengan gaya slow motion.

"Aku yang nampak dulu." Tudia dah hilang kata ganti diri saya dan sudah bertukar menjadi aku.

Wildan mengangkat bahu gaya tidak tahu. Sesungguhnya dia pun tidak perasan yang gadis ini ingin mengambil kek yang sama.

"Eh korang tak payahlah gaduh, ni ada lagi lah aku baru nak refill. Macam budak-budak. Kau ni pun satu Wildan, tak gentle langsung, patutlah takde orang nak." Sempat Nadhif mengutuk sahabatnya sebelum dulang yang berisi kek lapis tersebut diletakkan di atas meja.

"Haa dengar tu Wildan." Aleesa menjulingkan matanya ke atas sebelum beberapa keping kek lapis itu diambil lalu langkahnya diorak menjauhi lelaki tersebut. Buat hilang selera je layan mamat tu.

"Kenapa tu?" soal Arisya kepada suaminya.

"Berebut kek lapis," jawab Nadhif sambil tangannya menarik Arisya ke bahagian yang sedikit tersorok daripada pandangan orang.

Arisya tertawa riang apabila mendengar jawapan suaminya. Nadhif pula hanya tersenyum manis melihat wajah isterinya.

"Kenapa abang tengok Fiya macam tu?" Wajahnya disapu berkali-kali. Takut ada sos yang melekat.

"Terima kasih..." Bicara Nadhif mati disitu sebelum dia menyambung apabila wajah Arisya sedikit berkerut, meminta penjelasan.

"Terima kasih sebab terima abang dalam hidup sayang walaupun cara melamar tu tak berapa romantik." Nadhif tergelak kecil apabila teringat kembali peristiwa dia melamar Arisya di tengah-tengah kafeteria dahulu. Tapi dia dah buat yang official punya dekat BookXcess, kira bolehlah tu kan?

"Terima kasih juga sebab dah jadi penyelamat Fiya saat Fiya memang memerlukan. Nanti Aidan dah besar, Fiya cerita pasal abang jadi hero okay?" Tatapan redupnya diberikan kepada Nadhif sebelum Arisya memeluk tubuh sasa itu dan wajahnya disembam ke dada bidang suaminya.

"I love you, gorgeous."

"I love you too, my lieutenant maritime Nadhif Zafran."

Dahi isterinya dicium sekilas sebelum pipi Arisya diusap lembut. Sungguh dia tidak akan berhenti jatuh cinta menatap wajah suci isterinya ini. Kerana dia, Arisya Shafiyyah, amanah terindah dari Tuhan buat si jejaka, Nadhif Zafran.


TAMAT










ye ke tamat?

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now