deleted scene (bab 1)

1K 45 0
                                    

"NAH, dah jangan ganggu abang lagi, nak tidur." Nadhif meletakkan novel tersebut di atas meja belajar milik Naura. Kedengaran suara beberapa orang dari komputer riba adiknya. Mungkin tengah discussion lagi.

Kening Naura bertaut untuk seketika sebelum dia menekan butang mute. "Cepatnya dapat? Bukan biasanya line panjang ke?"

"Adalah abang pakai cable tadi." Nadhif bersandar di meja belajar adiknya.

"Untunglah muka handsome orang layan je."

"Well." Nadhif meraup rambutnya ke belakang sedikit. Dah mula nak bangga bila adiknya memuji.

"Thank you abang. Sekarang silalah angkat kaki dan keluar." Naura menunjukkan ke arah pintu biliknya.

"Ish tak sabar-sabar." Nadhif menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluar sebelum dia mengorak langkah ke biliknya.

Tutup sahaja pintu, Nadhif terus menanggalkan hoodie yang dipakai sebelum tubuhnya direbahkan ke atas katil.

Tiba-tiba wajah gadis yang menolongnya tadi menjamah minda.

"Sejak bila aku jadi macam ni?" bisik Nadhif sendirian sebelum dia mengambil bantal dan menekup mukanya.

Perasaan apa ni?


💭🪷🪽

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now