bab 5

1.8K 84 2
                                    

"PAPAAA!" Sampai sahaja dirumah, Arisya berlari mendapatkan ayahnya yang sedang mengelap cermin tingkap kereta. Dipeluk erat badan Tuan Sharif yang hanya tergelak melihat perangai anak bongsunya itu. Umur dah 27 pun masih lagi manja dengannya.

"Hoo pastu bagasi tinggal. Nok suruh orang angkat ah tu!" Arfan melaungkan ketidakpuasan hatinya sebelum mengeluarkan bagasi milik Arisya. Berat betul. Bawa balik batu gamaknya budak ni.

"Sini lah aku angkat. Kata tentera tapi lemah." Nadhif tersenyum sinis sebelum mengambil bagasi Arisya daripada tangan Arfan.

"Saja lah tu nak ambik hati adik aku." Arfan mengecilkan matanya sambil tersengih penuh makna.

"Kau nak jodohkan kitaorang kan? Aku mudahkan urusan kau je ni." Matanya dikenyitkan kepada Arfan sebelum Nadhif melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan rakannya yang terpinga-pinga. Sempat juga dia menegur dan bersalaman dengan Tuan Sharif terlebih dahulu.

"Takkanlah nak hantar bagasi ni sampai masuk bilik kan, risau lain pulak jadinya." Nadhif berbicara sendirian sebelum akhirnya dia melabuhkan duduk di ruang tamu dan meletakkan bagasi Arisya di sebelahnya.

Mendengar derupan tapak kaki, terus Nadhif melarikan pandangan daripada menghadap skrin telefon. Matanya disapa oleh wajah penat Arisya yang sedang tersenyum nipis sebelum tangan gadis itu bergerak mengambil bagasi miliknya.

"Thank you once again." Tadi tolong asing sayur, sekarang tolong angkat bagasi pula. Arisya senyum tetapi dalam hati sahaja.

"I belum tau nama you lagi, all I know is that Arfan panggil you Zaf. Nama you Zaf apa?" Soalan Arisya mengundang tawa Nadhif. Polos sahaja muka gadis itu semasa menanyakan soalan tersebut.

"Kenapa you gelak?"

Nadhif hanya melontarkan senyuman sebelum lelaki itu menjawab pertanyaan Arisya. "Nadhif Zafran."

Arisya mengganguk beberapa kali sebelum dia berdehem seketika. "Arisya Shafiyyah. Tapi mesti you selalu je dengar abang I panggil I Fiya kan?"

"Kalau aku nak panggil dengan panggilan lain boleh ke?" Nadhif tersengih, menayangkan barisan giginya yang putih bersih itu.

"Woi! Nak panggil apa haa? Kau ingat aku tak dengar?" Sampuk satu suara yang berdiri di hadapan pintu rumah. Amboi Zaf, semalam kata tak nak, hari ini lain pulak perangainya.

"Kacau daun betul." Nadhif menayangkan riak wajah bosan sebelum dia bersandar di sofa tersebut. Bentuk tubuhnya yang tegap boleh dilihat sedikit melalui T-Shirt yang dipakai oleh lelaki itu.

"Dik, mu gi (pergi) masuk bilik, gi mandi, tido ikut mu lah, make sure kunci pintu kalau dok ada ulat bulu miang (gatal) mari terjoh (terjah)." Arfan menarik tangan Arisya agar gadis itu berdiri, bagasi ditolak dengan kaki mendekati adiknya.

"Ish!" Arisya berdecit kecil sebelum membuka langkah ke arah pintu biliknya. Sampai sahaja di hadapan pintu, dia berpaling ke belakang melihat wajah kedua-dua lelaki tersebut.

"Good night Zaf dan untuk abangku yang sial ni, semoga cicok berok (cicak berak) atas muka mu ekgi (nanti). Byeeee!" Flying kiss diberikan kepada abangnya sebelum gadis itu pantas meluru masuk ke dalam bilik. Arisya ketawa riang apabila jeritan Arfan dapat didengari dari luar.

"Natang tu!"


"MAMAAA, selamat morning." Arisya turun ke dapur untuk menyapa Puan Helina. Semalam mereka bertiga sampai ke rumah pukul 12:20 pagi. Mestilah ibunya sudah tidur.

"Aik bila sapa (sampai)? Mama dok sedo (sedar) pun?" Puan Helina menoleh ke arah anak perempuannya sebelum kembali memberikan perhatian kepada lauk di atas dapur.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now