bab 23

1.6K 85 10
                                    

"GORGEOUS tidurlah dulu, daripada tadi abang nampak duk tersengguk-sengguk, tunggu masa je nak terhantuk kat dashboard." Nadhif mengerling ke arah isterinya sekejap.

"Nanti abang sorang-sorang, kesian pulak," balas Arisya walaupun matanya sudah memberat.

"Lah bukannya abang ajak gorgeous borak pun." Tergelak kecil Nadhif mendengar balasan Arisya. Tadi ada lah mereka berborak sekejap namun makin lama balasan daripada Arisya semakin menghilang. Rupanya gadis itu sedang bertarung dengan kantuknya.

Arisya mengangguk perlahan lalu bantal plushie harimaunya dipeluk erat. Dia suka 'hoshi' sebab bantal ni lembut.

Nadhif mengerling ke arah isterinya yang sudah terbuai lena. Eh! Bantal tu lagi. Aduh memang musuh sejati. Terus ingatan Nadhif terimbau pada malam tadi.

"Dah tidur ke dia ni?" bisik Nadhif sebelum lampu bilik air dimatikan. Perlahan-lahan dia naik ke katil agar isterinya tidak terjaga.

'Ini anak rimau mana pulak bini aku peluk ni?' desis hati kecil Nadhif.

Tak boleh jadi ni! Habistu aku ni siapa nak peluk?!

Ditarik bantal itu dengan penuh teliti namun pelukan Arisya terlebih erat seperti tidak mahu lepas langsung. Sekali lagi Nadhif mencuba nasib dan tingkahnya terhenti apabila Arisya seperti bergerak-gerak.

"Hmm..." Berkerut dahi Arisya dengan matanya yang masih tertutup.

"Fuh, sabar sabar." Diteruskan juga perbuatannya untuk meleraikan plushie itu daripada pelukan Arisya.

Akhirnya dia berjaya dan plushie itu diambil lalu dicampakkan ke bawah.

"Kenapa ni abang?" soal Arisya yang masih mamai apabila melihat suaminya tercengang di atas katil.

"Shh, sleep gorgeous." Ditarik Arisya ke dalam pelukan lalu ditepuk-tepuk belakang isterinya agar gadis itu kembali lena. Nadhif tersenyum kemenangan saat tangan Arisya naik memeluk lehernya sebelum gadis itu meletakkan kepalanya pada dada Nadhif.

Mission accomplished!

Nadhif - 1
Plushie rimau - 0

Pecah tawa Nadhif apabila teringat kembali perbuatannya semalam namun cepat-cepat ditekup mulutnya agar tidak mengejutkan Arisya di sebelah yang sudah pun terlena.

Leftenan Maritim berdendam dengan plushie anak rimau!

'BESARNYA rumah, ini kalau nak mop bukan main jenuh lagi, mahu tercabut pinggang aku,' desis hati Arisya sebaik sahaja matanya dijamah dengan sebuah rumah banglo dua tingkat itu.

"Gorgeous, jom." Tekun sangat perhatikan rumah, sampai tak perasan yang Nadhif sudah membuka pintu kereta untuknya.

"Nervouslah." Tangannya yang sedikit menggeletar itu ditunjukkan kepada Nadhif.

Nadhif mengukirkan senyuman sebelum tangannya meraih tangan Arisya dan dibawa ke bibir untuk dicium.

"Mummy dengan daddy tak makan orang pun sayang. Haritu waktu akad nikah diaorang nampak gembira je. There's nothing for you to worry about."

Arisya dan Nadhif berjalan beriringan ke bonet kereta untuk mengeluarkan bagasi mereka berdua. Baru hendak mengambil bagasinya untuk ditolak, Nadhif lebih pantas bertindak.

"Ish bagilah orang tolak jugak!" desis Arisya kepada suaminya.

"Tu rimau tu, nak tinggal dalam kereta ke?" Nadhif menjuihkan bibirnya ke arah plushie milik Arisya yang sedang elok duduk di seat sebelah pemandu.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now