bab 36

1.3K 61 0
                                    

"GORGEOUS betul nak pergi ni? Tak nak abang ikut sekali?" Nadhif hampir meroyan di tengah-tengah KLIA itu. Bagaimana hendak lepas Arisya pergi? Semalam pun gadis itu muntah beberapa kali selepas makan malam.

Pagi ni ceria pulak. Tak faham aku.

"Dah 15 kali abang tanya soalan yang sama. Kita kat airport dah pun." Tangan yang memegang tangan Nadhif diayun ke kiri dan kanan.

"Gorgeous kira ke?"

"Tak lah. Main cakap je." Arisya menayangkan riak wajah tidak bersalah.

"Abang risaulah, kalau sayang muntah lagi macam mana?" soal Nadhif. Gamaknya memang lelaki itu tidak mahu isterinya masuk ke balai pelepasan.

"Taknya, harini orang dah sihat lah." Bersungguh-sungguh dia menyakinkan suaminya.

"Dahlah Zaf, orang lain dah nak masuk boarding gate tu, kau ni mengada sungguh." Fayyad menayangkan riak wajah jengkel kepada rakannya. Manja lain macam. Aku record bagi kat Wildan kan baru tau.

"No worries lah, I akan tengok-tengokkan si Fiya ni," beritahu Nadira kepada Nadhif yang kelihatan sudah tersebik kecil.

Nadhif hanya mengangguk sekilas sebelum tubuh isterinya dipeluk erat. Belakang badan Arisya digosok perlahan.

"Sayang abang ni jaga diri tau, kalau ada apa-apa, terus call okay?" pesan Nadhif tegas.

Arisya mengangguk beberapa kali sebelum pipi suaminya dicubit sekejap.

Amboi, dia tinggal kita berminggu-minggu takpe, kita nak pergi tiga hari dua malam pun dah meroyan.

Manja kali dia.

"I love you..." bisik Nadhif meleret.

"I love you too." Arisya membalas bicara Nadhif sambil tersenyum manis.

"Jom Fiya," ajak Nadira teruja sambil menarik lengan Arisya. Sempat mereka berdua melambai ke arah suami masing-masing.

Ada perasaan tidak sedap hati namun segera Nadhif menepis perasaan tersebut. Tidak mahu berasa terganggu dengan perasaan negatif itu.

Insya-Allah tiada apa-apa.



"HAISH penatnya, sakit pinggang I." Sampai saja di bilik mereka, Arisya terus merebahkan dirinya ke atas katil. Hiasan di dalam bilik itu diamati dan dia tersenyum sendiri. Chalet yang ditempah oleh ketua organisasi percutian ini bukan kaleng-kaleng ya.

"Amboi, bukan you pun yang bawak kapal terbang dengan bot tadi," seloroh Nadira.

"Alaaa, suka hati kita lah." Arisya memusingkan tubuhnya menghadap sliding door. Tidur sekejap boleh ke? Malas pula hendak keluar bilik untuk aktiviti snorkeling nanti.

"Eh Fiya janganlah tidur pulak, bangun bangun, kita kena berkumpul kat lobi ni." Nadira menyambar kaki Arisya untuk ditarik agar gadis itu bangun dari pembaringannya.

Dengan malas Arisya bangun dan membuntuti langkah Nadira keluar dari bilik mereka berdua, belum sempat hendak mengunci pintu, tangan Nadira direntap kasar sehingga gadis itu terdorong sedikit ke belakang.

"Woi apa ni?!" jerit Nadira terkejut apabila melihat seorang lelaki memakai pelitup muka berdiri betul-betul di hadapannya.

"Let her go!" Arisya berura-ura ingin menarik tangan Nadira tetapi pergerakannya terbantut apabila dia dapat merasakan lingkaran tangan seseorang di pinggangnya.

"Hello Arisya, we meet again." Seluruh badan Arisya serta merta menjadi kaku apabila mendengar bisikan lelaki tersebut.

Tak mungkin.

Belum sempat Arisya hendak memberi reaksi, mulutnya ditekup dengan kain sehingga tubuhnya longlai.

"Kau buat apa dekat dia?!" tempik Nadira cemas. Baru pagi tadi dia mengotakan janji untuk menjaga Arisya, tetapi sekarang semua itu musnah.

"Kau diam perempuan!" Pipi Nadira ditampar sebelum kain yang dibasahkan dengan cecair kloroform ditekup ke mulut gadis itu menyebabkan Nadira turut sama tidak sedarkan diri.


"TAK cukup lagi dua ni. Siapa yang takde?" soal Fikri. Ibarat seperti lawatan sekolah pula apabila membuat headcount sebegini.

"I rasa macam Nadira dengan Arisya," balas Mia. Mata melilau ke seluruh tempat mencari dua sahabat itu.

"Kat bilik kut. Mia cuba you pergi check."

Mia mengangguk perlahan sebelum kaki dibawa menuju ke arah bilik Nadira dan Arisya yang terletak paling hujung di chalet tersebut. Gadis itu berasa sedikit hairan apabila pintu bilik mereka terbuka luas dan beg tangan milik Nadira dan Arisya berselerakkan di hadapan pintu.

"Nad! Fiya!" laung Mia sambil tangannya lincah menolak daun pintu bilik air. Satu bilik sudah diterokai namun bayang mereka berdua tetap tidak kelihatan.

Telefon dicapai dari poket seluar sebelum nombor Arisya didail. Kedengaran sayup-sayup nada dering telefon Arisya di dalam beg tangan di hadapan pintu itu. Mia membuka langkah ke arah beg tersebut dan duduk mencangkung untuk mencari telefon milik rakannya.

Sudah dia agak yang telefon Arisya akan berada di situ.

Mia mula berasa tidak sedap hati sebelum nombor Nadira pula didail. Diperhatikan beg tangan milik Nadira, berharap agar tiada deringan yang akan berbunyi dari situ.

Namun sangkaannya meleset.

Beg tangan Nadira diambil sebelum telefon gadis itu dikeluarkan dengan perasaan hampa. Mia terus berlari-lari anak ke arah mereka yang berkumpul di lobi itu.

"Mia, what happened?" soal Adam. Tercungap-cungap sebegini macam baru berlari seratus meter.

"I rasa ada sesuatu yang jadi kat diaorang lah, sebab waktu I pergi bilik diaorang, pintu tak berkunci pun." Dicari nafasnya yang hilang sebentar tadi, Mia menghentikan percakapannya sebelum dia menyambung.

"Dua-dua handbag ada depan pintu bilik, barang berterabur and I tried calling them but..." Telefon bimbit milik Arisya dan Nadira diangkat untuk menunjukkan bahawa mereka berdua tidak membawanya bersama.

"You biar betul ni Mia? Jangan main-main hal macam ni," kata Adam sedikit cemas.

"Nampak muka I macam tengah menipu ke?" Mia mencerlung matanya ke arah Adam. Lelaki ini fikir dia ada masa ke untuk bergurau senda?

Adam hanya mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah.

"Fikri, kita buat report polis lah," cadang Mia.

"Tak boleh lagi sebab diaorang hilang kurang daripada 24 jam, kita kena tunggu dulu, Mia you kena bertenang," balas Fikri dengan riak wajah tenang namun hatinya juga turut gusar memikirkan keadaan dua orang rakan sekerjanya itu.

"Cuba kita tanya orang sekitar pulau ni dulu, kut-kut lah ada yang nampak." Cadangan Adam mendapat persetujuan daripada pensyarah-pensyarah lain.

Mia juga turut sama bertanya orang-orang di sekitar kawasan chalet tersebut sebelum langkahnya terhenti apabila telefon milik Arisya berbunyi.

"Gorgeous, are you okay?!"

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now