bab 43

1.3K 91 1
                                    

NADHIF bingkas bangun dari kerusi menunggu apabila dia terdengar pintu bilik rawatan dibuka. Luka lelaki itu tadi baru sahaja siap dirawat oleh seorang doktor sebelum dia tergesa-gesa bergerak ke ruangan menunggu wad kecemasan.

"Waris?"

"Saya suami pesakit, isteri saya macam mana?" soal Nadhif kerisauan. Soalan Nadira tadi berlegar-legar di dalam mindanya. Jika apa yang dikatakan oleh Nadira itu benar.

Selamatkah anak mereka berdua?

"Puan Arisya mengalami dehidrasi tetapi Alhamdulillah kandungannya selamat, anak korang berdua kuat. Nasib baik dia dibawa ke hospital dengan cepat." Doktor wanita itu memberikan senyuman tipis kepada Nadhif.

Hampir terduduk Nadhif mendengar berita tersebut. Dia akan menjadi seorang ayah?

"Boleh saya tahu dah berapa minggu?" Nadhif menanti jawapan daripada doktor tersebut dengan debaran di dada.

"Lapan minggu." Ruas doktor wanita itu berkerut sedikit.

"Tuan baru tahu tentang kandungan ni ke?"

Nadhif hanya mengangguk perlahan. Perasaan kesal menyelubungi diri kerana dia sekali lagi tidak peka tentang isterinya.

"Ooo patutlah. Keadaan Puan Arisya masih lagi lemah jadi Tuan kena sentiasa pantau dia dan jangan bagi dia stress atau terlalu banyak menangis." Doktor wanita itu memberikan nasihat.

Nadhif mengangguk beberapa kali tanda faham.

"Boleh saya tengok isteri saya?"

Doktor wanita itu memberi isyarat ke arah pintu sambil mengulum senyuman.

"Silakan."

Pintu bilik wad dibuka dan Nadhif bergerak mendekati katil isterinya sebelum melabuhkan duduk di kerusi. Pipi Arisya dielus lembut. Bibir gadis itu tampak kering dan wajahnya masih lagi pucat.

Apabila merasa sentuhan di pipi, Arisya perlahan-lahan membuka kelopak mata. Kepala dipusingkan sedikit untuk melihat wajah Nadhif dengan lebih jelas.

"Gorgeous nak air?" Nadhif bingkas bangun dan mengambil gelas yang sudah berisi air mineral.

Arisya mengangguk sekilas dan dengan bantuan Nadhif, dia membasahkan tekaknya yang perit.

"Nak lagi?" soal Nadhif.

Arisya geleng.

"Abang..." panggil Arisya perlahan.

"Yes, gorgeous?"

"Fiya lapar..." kata Arisya meleret. Tubuhnya dibangunkan sedikit untuk bersandar di kepala katil.

"Nanti abang turun beli bubur ye." Nadhif mengukirkan senyuman kepada isterinya. Hati lelaki itu terasa lebih tenang kerana mereka akhirnya boleh berbual secara normal dan tidak lagi berada di dalam bahaya.

"Fiya tak nak yang ayam, nak yang mushroom punya lepastu abang mintak mushroom extra."

Permintaan Arisya sekali lagi menimbulkan kehairanan kepada Nadhif sebelum dia kembali mengerti.

Terus bibirnya pecah dengan senyuman bahagia.

"Kenapa abang senyum macam tu?" soal Arisya polos.

"Gorgeous bukan ke tak suka mushroom?" Soalan berbalas soalan. Saja mahu menguji.

"Tak tau...rasa nak makan. Abang marah ke?" Arisya melarikan anak matanya daripada terus membalas tatapan Nadhif. Kut lah laki dia ni ingat dia picky eater level mengada kuasa sepuluh! Kang tak memasal.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now