bab 14

1.5K 68 9
                                    

"WHAT the hell?!"

"Ye bro memang what the hell pun masalahnya," balas Wildan sambil mencapai gelas di atas meja sebelum air diteguk rakus. Haus lain macam pula bila membawang pasal orang yang kita tak suka ni.

Fail maklumat yang mengandungi maklumat tentang lanun di Sabah semasa mereka menjalankan Operasi Halilintar diteliti dengan riak wajah yang tidak percaya.

Rafid Amsyar.

Pembekal maklumat tentang selok-belok tentera maritim kepada musuh mereka.

"Dasar pengkhianat durjana." Nadhif meraup rambutnya kebelakang.

"Dia ni memang tak boleh pakai lah, ingatkan dah kena buang hilanglah beban kita semua, eh dia buat taik dia kat sini pulak, aku sunat kau sekali lagi kan baru tahu," bebel Wildan panjang lebar.

"Raf tak cukup kasih sayang ke time kecik?" Giliran Fayyad pula menyoal.

Tidak cukup dengan menjadi punca utama atas kecederaan Arfan Shafiq, mamat bebal Rafid Amsyar ini menjadi duri dalam daging dengan membocorkan segala prosedur tentera maritim kepada lanun-lanun tersebut.

"Time kecik banyak makan taik gamaknya, sebab tulah perangai tak semengah," seloroh Wildan.

"Eh jap, kenapa kau boleh tau dulu sebelum Tuan Hamid ni? Biasanya benda macam ni kita akan dipanggil untuk meeting," soal Nadhif hairan. Pelik benar si Wildan ni.

"Halo ini Wildan boss, anak Tan Sri Waiz, aku dah upah orang untuk selidik pasal Rafid sebab aku memang tak suka dia tu." Dadanya Wildan tepuk beberapa kali, tanda bangga.

Amboi main nama bapak pulak. Taulah anak Tan Sri.

"Aku rasa nanti mesti IPM call untuk bincang pasal hal ni," kata Fayyad pula.

Nadhif hanya mengangguk beberapa kali sebelum fail itu ditolak kembali ke arah Wildan.

"Traitor."



"FIYA!"

"Eh kau ni rilek la aku hidup lagi." Sikit lagi mahu tercabut jantungnya saat mendengar jeritan Aleesa di pintu wad tadi. Diana dibelakang hanya tergelak kecil sebelum gadis itu menolak tubuh Aleesa untuk masuk ke dalam wad tersebut. Tercegat macam patung dah kenapa? Orang nak tutup pintu pun payah ni.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Diana sebaik sahaja katil Arisya didekati.

"Aku pun tak tau lah lelaki tu nak apa dari aku." Tubir mata Arisya mula bergenang. Tidak pasti jika dia perlu memberitahu mereka berdua tentang dendam lelaki itu terhadap Nadhif.

Arisya dan Diana dengan pantas memeluk sahabatnya itu. Apabila dipeluk sebegitu, tangisan Arisya semakin deras. Mujurlah mereka tidak banyak bertanya.

"Aku risau lah kau ni, nanti jangan nak mengada balik rumah sewa kau dengan abang kau tu, duduk dulu kat rumah kitaorang sampai abang kau dah sembuh." Aleesa sudah bercekak pinggang gaya ibu-ibu. Arisya jangan berani nak tolak pelawaan dia ni.

"Haah betul tu babe, lagipun tempat kau kerja dengan rumah kitaorang dekat je kan?" Diana menyoal untuk meminta kepastian.

Arisya mengangguk beberapa kali sebelum birai matanya dikesat perlahan. Sudah lima hari dia di hospital maknanya sudah lima hari jugalah dia tidak datang kerja. Mujurlah Aileen Nadira mengajar subjek yang sama, bolehlah Arisya minta tolong jadi pensyarah ganti.

"Abang kau macam mana? Ada update?" soal Diana segan.

Arisya dan Aleesa saling berbalas pandangan antara satu sama lain sebelum mereka menarik senyuman penuh makna.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now