bab 38

1.2K 65 2
                                    

MATA yang terasa agak berat itu dipaksa agar terbuka sepenuhnya. Arisya berdecit kecil apabila denyutan di kepala semakin terasa. Tubuhnya sedikit mengeras apabila dia dapat merasakan ikatan di kedua-dua belah tangan.

Deja vu!

Apabila dikerling ke hadapan, tubuh Nadira yang tidak sedarkan diri itu dipandang dengan mata yang berkaca-kaca.

"Nadira," panggil Arisya perlahan.

"Nadira." Suaranya dikuatkan sedikit, bimbang ada yang mendengar.

Apabila Arisya memanggil untuk kali ketiga, dapat dia lihat Nadira seperti bergerak-gerak sebelum gadis itu perlahan-lahan membuka mata.

"Fiya, kita kat mana ni?" Serak suara Nadira.

"Tak tau tapi interior macam dalam kapal," balas Arisya sedikit gusar. Tubir mata sudah mula bergenang. Tangannya sedikit menggeletar.

Peristiwa hitam itu seolah-olah berulang kembali.

"Nad kau ok..."

Bunyi daun pintu yang dibuka dari luar mematikan bicara Arisya. Seorang lelaki yang memakai pelitup muka sedang berjalan mendekatinya.

"Dah bangun sayang?" Pipi Arisya diusap lembut.

"Jangan sentuh aku!" Arisya sudah menggeliat kegelian.

"Kalau aku nak jugak?" Lelaki itu tersenyum sinis di sebalik pelitup mukanya.

"Tolonglah jangan." Arisya sudah mengalirkan air mata.

Lelaki itu tidak menghiraukan rayuan Arisya malah tudung gadis itu direntap kasar sehingga rambutnya terdedah.

"Woi! Kau nak buat apa?" tempik Nadira. Dapat dilihat Arisya yang sudah teresak-esak menangis sambil tubuhnya menggigil hebat. Jika tidak disebabkan tangannya yang diikat, sudah pasti Nadira akan meluru ke arah Arisya untuk memeluk tubuh rakannya itu.

"Kau diam perempuan! Bersyukur sikit aku tak sentuh kau!" Ditunding jarinya ke arah Nadira dengan wajah bengis.

"Kau memang binatang! Lepaskan kitaorang!" Nadira sudah kehilangan sabar. Dia tidak sanggup melihat Arisya dianiayai sebegitu.

Lelaki itu bergerak menuju ke arah Nadira dan pipi mulus gadis itu ditampar sebelum rahangnya dicengkam kasar.

"No, stop! Don't touch her." Arisya tidak mahu Nadira disakiti kerana ingin membelanya.

"Betul juga tu, aku pun tak hingin nak sentuh kau." Dahi Nadira ditunjal sebelum lelaki itu mengorak langkah ke arah Arisya semula.

Tangannya naik mengelus rambut panjang Arisya sebelum bibirnya didekatkan ke telinga gadis itu.

"Remember what I've told you before? We'll see each other soon, right? Do you like the sunflowers that I gave you?" Rambut Arisya diselit ke belakang telinga.

Arisya yang sedang mengalirkan air mata itu sedikit terkaku apabila dia mendengar bicara lelaki di hadapannya ini.

"Kau...yang hantar bu...bunga tu?" Takut-takut Arisya menyoal.

"Well, siapa lagi?"

"Kau...siapa?" Berkerut dahi Arisya saat melontarkan soalan itu.

"Kau lupa aku?" Pelitup muka itu ditarik dan wajahnya ditunjukkan kepada Arisya.

Wajah lelaki itu diperhati tajam. Macam pernah nampak. Otak ligat memutar memori lama agar dia dapat mengingati apa-apa sahaja tentang lelaki di hadapannya sekarang.

"Hai, I'm Rafid."
"Fiya."

"Ra..rafid?"

"Bingo! Bijak jugak sayang ni ye?" Haruman daripada leher Arisya dicium sekilas. Sekali pandang, Rafid sudah seperti orang yang hilang kewarasan akal.

"Rafid tolonglah jangan." Air mata mengalir laju saat tangannya tidak mampu menepis Rafid daripada terus mencium lehernya.

"Rafid Amsyar? Raf?" soal Nadira. Dia kenal dengan lelaki ini, selalu juga menjadi bualan di antara Fayyad dan rakan-rakan suaminya itu.

"Ish, kau ni memekak lah perempuan!" tempik Rafid seperti orang kurang siuman.

"You know Fayyad and Zafran will come right?" provok Nadira.

"Well I hope they come, cause I can't wait to kill them both." Penuh benci lelaki itu mengeluarkan kata-kata.

"Woi, kau jaga sikit betina mulut lancang ni, aku nak bawak cinta hati aku pergi bahagian belakang." Rafid mengarahkan anak buah Kadok untuk menjaga Nadira.

Ikatan lengan Arisya dirungkai sebelum gadis itu ditarik kasar agar dia bangun berdiri.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?! Lepaskan aku! Aku tak nak!" Arisya yang seperti tidak mahu berganjak itu menaikkan amarah Rafid.

Pang!

Pipi mulus Arisya memakan tamparan daripada lelaki psiko itu. Hujung bibirnya sudah merekah berdarah.

"Jangan melawan!" Ditarik pinggang Arisya merapati tubuhnya sebelum gadis itu dilemparkan ke atas bahu Rafid dan dibawa ke bahagian belakang kapal.

"Amboi Raf, busy nampak." Kadok menegur Rafid yang sedang membaringkan tubuh Arisya. Gadis itu kelihatan tidak bermaya dan pucat lesi.

"Rafid...tolong jangan apa-apa kan aku," rayu Arisya lemah. Dia sudah kehilangan tenaga. Tekaknya juga terasa loya dan perutnya usah dikata. Terlalu sakit akibat menahan lapar daripada semalam.

Baru sahaja hendak membalas bicara Arisya, telinganya menangkap bunyi das tembakan di bahagian dek utama kapal.

"Kawan kau dah sampai Raf." Kadok menepuk bahu Rafid sebelum tersenyum sinis.

"Shit!"

"Install the bomb to the girl's body, I'll set the time," arah Rafid kepada anak buah Kadok yang menjaga Nadira sebelum dia juga turut melakukan hal yang sama kepada Arisya.

"Kau nak bunuh aku ke Raf?" soal Arisya pasrah. Dia sudah tiada kudrat untuk melawan Rafid yang sedang memasangkan bom ke badannya.

"Kalau Zaf ceraikan kau, I'll spare your life Fiya," bisik Rafid sebelum rifle dari salah satu kotak yang membawa senjata api secara haram itu diambil sebelum dia berjalan beriringan dengan Kadok menuju ke arah bunyi tembakan tersebut.

"Welcome to my hell, Nadhif Zafran," bisik Kadok penuh dendam.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now