bab 49

1.1K 67 1
                                    

DERINGAN telefon mengejutkan Arisya yang tertidur di sofa. Pinggangnya juga terasa sakit kerana dia tertidur dalam posisi duduk.

"Hello?" Suara gadis itu sedikit serak.

"Fiya! Bukok (bukak) pintu jap, aku ada kat depan ni." Suara cemas Arfan menyapa gegendang telinga.

"Eh?" Arisya memandang skrin telefonnya lama. Ingatkan scammer mana tadi, rupa-rupanya si Arfan. Dia tidak memeriksa nama pemanggil sebelum menggesel ikon hijau tadi.

"Fiya! Derah (Cepat)!" gesa Arfan.

"Sabo gok (Sabar lah)." Dengan susah payah Arisya bangun dan berjalan ke pintu utama. Kenapa Arfan tak telefon Nadhif je untuk bukak pintu?

Kejap.

Nadhif dah balik ke belum ni? Lepas Arisya siap solat Isya' pun, lelaki itu masih lagi belum pulang. Tapi kalau Nadhif ada, takkanlah dia tak kejutkan Arisya yang terlelap di sofa bilik bacaan itu tadi.

Buka sahaja pintu, muka cemas Arfan menjamah pemandangannya. Terus lelaki itu menonong masuk dan pintu rumah ditutup.

"Fiya..." Ditarik tangan adiknya untuk duduk di sofa ruang tamu.

"Bakpe mu ni? Kul (Pukul) sebelas malam mari sini." Jam di dinding dikerling sekilas. Anak mata Arfan dicari, meminta penjelasan. Dia rasa tak sedap hati. Janganlah Arfan datang bawa berita duka.

"Zaf..."

"Why? Apa jadi?" Arisya sudah tidak senang duduk.

"Zaf accident."

Dua patah perkataan itu mampu membuatkan hatinya retak seribu. Ibarat seperti dunia di sekelilingnya ini berhenti berputar. Lama-kelamaan pandangan Arisya menjadi gelap.

"Fiya! Ya Allah..." Arfan menampar lembut pipi adiknya yang sudah tidak sedarkan diri. Kelam kabut dia bangkit dan ke arah tempat letak kunci kereta yang berada di tepi pintu. Dia datang dengan motosikal tadi jadi dia terpaksa guna kereta adiknya dahulu untuk ke hospital.

Jumpa sahaja kunci, terus kereta dihidupkan sebelum tubuh adiknya dicepung masuk ke dalam perut kereta. Tangan Arfan sedikit menggigil, lantas dia berselawat sebelum kereta dipandu keluar ke jalan raya.




"SHAFIQ..." Suara seseorang menyapa Arfan yang hampir tersengguk di ruangan menunggu. Raut muka sedih Tuan Zamri dan Puan Nuha dapat dilihat jelas saat lelaki itu mengangkat wajahnya.

"Zafran macam mana?" soal Tuan Zamri. Bahu isterinya yang sedang menitiskan air mata diusap perlahan.

"Takde update lagi, masih dalam rawatan," ujar Arfan perlahan. Pandangannya dialihkan ke arah pintu wad kecemasan. Lampu merah yang menandakan rawatan masih lagi dilakukan dipandang kosong.

"Fiya dah tau?" Puan Nuha pula menyoal. Kesian menantunya. Sudahlah gadis itu sedang mengandung. Dia tak mahu jadi apa-apa pada cucu dan menantunya pula.

"Dah...tapi..." Serba salah pula Arfan ingin memberitahu tentang kondisi adiknya sekarang.

"Kenapa dengan menantu aunty, Shafiq?" Riak Puan Nuha bertukar jelas. Kelihatan risau dan keliru.

"Adik saya tu lepas dapat tahu je, dia terus tak sedarkan diri. Sekarang ada dekat wad 8B tingkat 5." Rambutnya diraupkan kebelakang sedikit. Sungguh dia penat saat ini.

"Allahuakbar..." Puan Nuha memicit pelipisnya perlahan.

"Siapa yang jaga dia sekarang?"

"Saya..."

"Dah kamu ada kat sini?" soal Tuan Zamri hairan.

"Tadi nurse cakap Fiya dah okay cuma dia kena berehat, itu yang tunggu sini takut doktor cari nak bagi update pasal Zaf," jelas Arfan.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now