𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟗

40 3 0
                                    

DUA minggu kemudian,

"Sadaqallahul Azim.." 

Buku Yassin ditutup lalu dibawa ke dahi dan bibir. Kemudian tubuh dibongkokkan sedikit supaya jarinya dapat mencapai sebatang kayu yang dibaluti kain putih. Tidak semena senyuman nipis perlahan terukir.

"K-Kak, Mika minta maaf Mika tak dapat nak datang waktu hari kebumi akak. Baru hari ni Mika boleh keluar dari wad.." 

Suara serak basah itu semakin sebak dan hampir tidak terkeluar dari kerongkong. Nafas ditarik sedalam yang mungkin lalu dihembus perlahan. Tubuh disandarkan pada kerusi roda yang dia duduki. 

Dua minggu Atiff menahan perasaan sedihnya. Menahan rasa duka apabila melihat yang lain dapat menguruskan hal pengebumian Aiya. Atiff sendiri? Adik kandung arwah sendiri terlantar dihospital. 

Semuanya gara-gara keadaan dia yang masih tidak stabil. Syukur kepada Tuhan, sekarang dia sudah boleh keluar daripada hospital. Walaupun bertongkat kerana kakinya yang patah tetapi rasa syukur Atiff terlalu tinggi. 

Dia berkerusi roda sekarang ini pun kerana arahan Nedina sendiri. 


"Kalau you nak pergi juga, duduk dekat wheelchair tu. I tak nak you bertongkat. Bahaya"


Atiff ikutkan saja. Jika tidak isteri dia merajuk. Satu hal kena pujuk.

"Mika janji Mika jaga umi dengan ayah. Akak tunggu kami dekat syurga sana.." 

Dia sebak. Dia sedih. Walau puas dia memujuk hati sendiri supaya terus kuat namun hati ini jahat. Tetap juga akan rasa terkilan.

Aiya satu-satunya permaisuri dalam keluarga mereka. Istimewanya Aiya sehinggakan Atiff takut untuk melepaskan kakaknya kepada lelaki lain.

"Tapi kau dah pergi dulu.. Jauh daripada yang Mika sangka" tubir mata yang bergenang semakin memberat dan pandangan mata Atiff mulai kabur.

"Atiff, jom kita balik" suara Ellzan menegur mengejutkan Atiff yang dihurungi rasa duka ini.

"Langit pun mendung. Nak hujan. Jom balik"

Persis budak mendapat gula-gula, Atiff mengikut saja ke arah mana Ellzan menolak sehingga mereka tiba dihadapan kereta lelaki itu.

Daripada berdiri sehingga masuk ke dalam kereta, Ellzan setia memapah Atiff. Dia faham perasaan rakannya sekarang ini bercampur-baur.

Lihat raut wajah Atiff saja Ellzan mengerti. Terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang Atiff tidak sedarkan diri.

Selepas sahaja Atiff sedar daripada koma, Aiya kemalangan dalam perjalanan menuju ke hospital.

Dalam hari yang sama juga Haura menjalani pembedahan kerana kehilangan banyak darah.

Operasi menumpaskan kegiatan haram Qaril berjaya. Qaril ditembak mati ditempat kejadian. Rayana ditahan sewaktu mahu melarikan diri dari pihak polis.

Sebutan mahkamah akan dibaca tidak lama lagi dan beberapa kes yang disabitkan ke atas Rayana sendiri. Selain bersubahat, dia juga menjadi dalang utama kemalangan Atiff dan penculikan Haura.

Kes masih berjalan dan diteruskan oleh kerana kehilngan Orkid yang tidak dapat dikesan. Walau siasatan dilakukan berulangkali kepada Rayana.

Tetap juga pihak polis tidak menemui titik penamat.

"Macam mana dengan Orkid? Polis tak dapat jumpa?" Sekilas Atiff menoleh ke arah Ellzan yang sedang memandu itu.

Ellzan menggeleng. "Rumah dia pun bersepah. Huru-hara polis cakap. Dia memang dah lari"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now