𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟎

64 4 0
                                    

BUNYI sahaja azan isyak, lahirnya cahaya mata pertama Atiff dan Nedina. Dengan berat 3.1 kg, Atiff menggendong bayi lelaki berkulit putih kemerahan itu. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya sedari tadi semakin melebar. 

"Encik boleh azankan baby. Kiblat arah sana, ya" 

Dengan suara halus dan serak-serak basah Atiff mengalunkan azan. Nedina yang berada dikatil sedaya upaya menahan tangisan. Dia gembira. Dia bersyukur. 

Perasaan ini bercampur-baur dan tidak dapat dia ungkapkan dengan kata-kata. Melihat Atiff dan bayi mereka sekarang menghilangkan rasa lelah dan penat yang dia rasai tadi. 

Baru dia faham perasaan ibu dia melahirkan. Sakit. Penat dan memeritkan. Namun semuanya demi menyelamatkan satu nyawa berada di dalam perut. 

"Ned..," Satu tangan mengusap kepalanya yang berlapik itu membawa Nedina kembali alam nyata.

Hajar dan Hassan.

"Umi.. ayah.."

"Tahniah.." Tubuh Nedina dibawa kepelukan. Erat. Cukup erat.

Nedina tersenyum kecil. "Terima kasih, umi"

Seketika kemudian munculnya Hanim beserta Haura yang sedang duduk diatas kerusi roda yang ditolak oleh Ellzan. 

"Cepatlah tolak! Lambat betul!" Haura membentak. 

"Tak padan cacat kau ni" Ellzan menolak kerusi roda itu betul-betul bersebelahan katil Nedina. 

"Shh, jangan bising. Kita ada budak kecil sekarang ni" tegas Hanim berpesan.

Memang dua ketul ini jika tidak ditegur menjadi-jadi bisingnya. Memekak.

"Ops, lupa! Mana baby boy kita? Mesti comel macam Haura kan?"

Erk?

"Confident kau beli dekat shopee ke?" Atiff yang sedang duduk disofa tidak jauh daripada mereka bersuara.

Tangan masih utuh menggendong bayi kecil yang sedang nyenyak tidur.

"Eh! Tak perasan pula abang ipar duduk dekat situ! Hai, abang ipar. Sihat? Kaki macam mana? Boleh berlari dah ke?" Sekilas pandangan matanya menghala ke arah kaki Atiff yang bersimen itu.

Dia pun duduk atas wheelchair. Nak cakap orang.

"Kau pun apa kurangnya? Ada kaki pun nak orang tolak ke?" Atiff tidak akan kalah dengan Haura.

Sesekali tidak akan.

Haura mencebik. Sehari tidak berbalah mulut dengan Atiff dan Ellzan memang tidak akan lengkap harinya.

"Dah.. jangan bergaduh. Datang sini nak tengok Ned dengan baby. Bukan tengok korang bergaduh" Hajar pula bersuara.

"Apa nama anak kau? Dah ada ke?"

Ellzan memeluk tubuh merenung seraut wajah bersih di dukungan Atiff. Memang wajah itu saling tidak tumpah persis wajah bapaknya.

Anak daddy lah ni.

"Tak tahu lagi. Biar Atiff lah bagi. Aku tak boleh nak fikir"

Hassan berada disebelah Atiff mengusap lembut pipi kemerahan si kecil itu.

"Letak nama biarlah ada maksud baik-baik. Macam Hassan. Kan sedap"

Sudah.

"Abang, hambar sangat lawak tu" terkebil-kebil mata Hajar merenung wajah si suami.

Apa kena orang tua ni?

Hassan mengangkat kening. "Abang tak buat lawaklah"

Nedina mengemam bibir sambil bermain mata dengan Atiff. Kekoklah pula. Nak jawab apa ni?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now