Chapter 2

360 9 2
                                    


Shara

Haish kenapalah malang sangat aku hari ni? Dalah tertinggal drawing bag lepastu terlanggar mamat kekwat mana ntah. Terserempak pulak dengan Miss Fina si singa tu. Masaklah aku kalau aku bagitahu yang aku terlupa bawak drawing kelas dia. Bisik Shara dalam hati. Selepas kejadian langgar tadi Shara terus memasuki ruang studio dan terus meletakkan begnya di dalam locker yang tertulis namanya dihadapan pintu locker. Hatinya sebal. Dia baru berkira-kira untuk duduk di kerusi dihadapan meja kerja nya tetapi bunyi vibrate dari Iphone nya membantutkan niatnya. Tertera nama Nina di skrin. Tangannya laju mengangkat.

"Ninaaaa... What happen?" tanyaku hairan. Pasti ada sesuatu yang penting. Kalau tak, takkan di awal pagi dah call aku.

"Shara, have you forgotten something? Haish, I dekat depan studio you ni. I bring together your drawing bag. You left it in front of our room door. Mehla cepat ambik mek. I lambat dah" Terang Nina panjang.

"Ouh my God! You're my life saver Nina! Ok-ok I keluar sekarang" Shara mematikan telefon bimbitnya dan laju menuju ke arah Nina yang sedang menunggu. Bag lebar hitam di tangannya ku sambut. Nina senyum sambil mulut tak berhenti mengomel. Shara pekakkan telinga. Hanya mampu senyum kambing sambil pipi Nina dicium tanda terima kasih yang tak terhingga.

"Thanks Nina, I owe you one. I belanja you lunch tengah hari ni please?" Pujuk Shara tanda serba salah apabila melihat muka mucung Nina apabila dicium. Ahh kami memang macam ni. Sama-sama manja dan cengeng. Perwatakan kami sama tapi Nina jauh lebih menarik berbanding dirinya. Nina lebih peramah dan mudah didekati. Itu yang membuatkan ramai pelajar dan persyarah menyenanginya.

"Okay babe! See you kat lobby fac around 12.30 ok? Don't be late" Nina seakan memberi amaran padaku. Aku angguk sambil melambai Nina yang telah membelakangkan ku. Mataku ralit menghantar Nina ke arah tangga yang dituju sehingga tidak perasan ada mata yang memerhati.

Haikal

Dari jauh aku melihat Shara yang sedang melambai ke satu arah. Aku berjalan mendekati Shara.

"Hi Sha!" Tegurku.

"Oh hi Haikal. You buat apa kat sini?" Tanyaku hairan.

"Ouh I ada kelas dengan Puan Zakiah kat Studio A. You got class?" Balas Haikal.

Shara

"I see. Ha'ah. Kelas lecturer singa tu. Haish tak faham I kenapa dia anti betul dengan I Haikal." Jawab aku perlahan, takut kalau-kalau Ms Fiena terdengar. Mahu dia failed kan terus subject yang diajarnya, Matilah mak.

"Hahaha. Apalah you ni Sha. Ada-ada je. Eh btw lunch nanti kita lunch sama? I thought nak bawak you pergi Bandar U" Tanya Haikal padaku.

"Alah Haikal, sorry I dah janji dengan my room mate. Next time boleh?" Jawabku sambil mengecilkan mata ku agar dia faham maksud ku yang menolak ajakannya.

"Oo.. Its ok maybe next time?" Jawab Haikal hampa.

"Okay Kal, ok lah I've got to go. Ms Fiena dah masuk dah tu. See you around" Balas aku sambil masuk semula ke dalam studio.

Haish Haikal, sampai bila you masih mahu mengharap? Im just an ordinary girl, tak layak untuk bercinta dengan you walaupun sedikit sebanyak ada juga terselit perasaan sayang pada lelaki ini. You kena faham, I cuma anak seorang cikgu tapi you? Mana mungkin I nak bercinta dengan anak orang yang ke 6 terkaya di Malaysia ni? Cukuplah orang selalu gossip pasal kita. Orang cakap I berkawan dengan you hanya kerana status you and paras rupa you. Walaupun you seorang yang humble dan tak macam lelaki lain. Tapi cukuplah hubungan kita sebagai kawan. Shara tertunduk bila teringatkan kisah Haikal yang meluahkan isi hatinya semasa dia berada di semester ketiga tahun lepas. Dia dapat melihat wajah hampa Haikal. Seminggu jugak dia tidak mendapat khabar berita dari Haikal, mungkin lelaki itu malu selepas cintanya ditolak. Agaknya.

Tapi selepas itu hubungan mereka kembali seperti sedia kala. Haikal dengan sifatnya yang suka menolong, selalu sentiasa ada ketika dia memerlukan pembantu dalam menyiapkan projek-projek semester akhir di studio. Dia berterima kasih sangat pada Haikal kerana banyak membantunya dari semester pertama sehingga kini. Hairan juga Shara kenapa bidang seramik yang menjadi pilihan Haikal. Bukan ke sepatutnya anak orang kaya belajar di Universiti swasta dan mengambil jurusan professional sebagaimana yang wujud di dalam novel-novel atau drama melayu di televisyen. Tapi Shara tak pernah ambil pusing untuk bertanya. Biarlah. Haikal ni pun perahsia orangnya. Tahun ini merupakan tahun terakhir Haikal berada disini. Lepas ni siapalah yang akan sudi membantunya lagi. Hurm.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now