Shara
Suasana di rumah sewa Haikal sunyi seketika. Aku tidak dapat menahan perasaan aku tika ini. Air mata jernih laju membasahi pipiku. Tidak ku sangka ini yang akan terjadi. Tidak sanggup ku melihat mata-mata mereka seolah aku persalah dimata mereka. Sememangnya berat sangat dugaanku kali ni. Aku hanya duduk kaku dihujung sofa. Aku lihat lelaki tu sedang berbincang sesuatu dengan mereka. 4 orang lelaki yang merupakan pegawai agama dan seorang lelaki yang sedikit berumur mungkin merupakan ketua pegawai mereka. Perbincangan mereka seakan serious dari raut wajah masing-masing. Sesekali wajah lelaki itu ku tenung, aku lihat mukanya kusut sekali. Sesekali wajahnya itu diraut kasar. Apabila mata kami bertaut, seakan ada api yang membara cuma tinggal untuk diluakkan sahaja. Tenungannya tajam. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku sambil menyeka air mata dipipi. Apa yang sedang terjadi? Macam mana aku nak mejawab dengan mama dan babah yang satu-satunya anak perempuannya di tangkap khalwat dirumah lelaki dan yang pasti dia tidak pernah kenal dengan lelaki ini. Allah berat sungguh dugaan Mu ya Allah.
Sebelum lelaki itu memberikan keterangan, pihak pegawai agama yang datang terlebih dahulu menunjukkan id kad, waran tangka dan juga waran geledah rumah. Bermacam persoalan yang mereka tanya pada kami. Salah seorang pegawai agama yang bertugas diarahkan untuk mencatakan kete dia dalam buku notenya manakala seorang lagi sibuk merakam video keterangan kami. Kad pengenalan kami di ambil. Dan segala info mengenai kami berdua di tulis di atas kertas. Kami juga di beritahu oleh ketua pegawai operasi bahawa kami boleh mengambil khidmat lawyer sekiranya perlu dan menyerahkan senarai pegiam syarie kepadanya. Dia juga turut menerangkan kepada kami bagaimana proses setelah ditangkap khalwat yang mana kami berdua perlu dibicarakan dan jika disabit kesalahan kami mungkin didenda tidak lebih dari RM3000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Setelah diterangkan segala prosedur yang perlu kami lalui. Kami diarahkan untuk pergi ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan siasatan. Tiba-tiba Haikal muncul di pintu rumah sewanya. Wajahnya penuh tanda tanya.
"Assalamualaikum. Boleh saya tahu apa yang dah jadi kat rumah saya ni?" Tanya nya hairan. Apa ntah lagi bila melihat aku yang berada didalam rumahnya. Ahhh pasti Haikal fikir yang bukan-bukan pasal aku setelah apa yang terjadi. Aku semakin takut. Adakah nanti kami akan dipaksa kahwin macam kesemua cerita novel yang pernah aku baca selama ini? Ahh tidak! Please tell me this is not for real. Macam mana mama dengan babah nanti? Apa kata kawan-kawan sekelas aku nanti? Lepas ni bukan sahaja nama aku dicop sebagai pisau cukur malah ditangkap khalwat dirumah lelaki. Aku mula menangis tanpa henti apabila membayangkan kehidupan ku selepas ini. Mana nak letak muka ni? Allah...
Aku lihat Haikal sedang bercakap sesuatu dengan salah seorang pegawai yang mengambil keterangan kami tadi. Kemudian dia beralih arah ke lelaki itu. Muka mereka kelihatan tegang dan aku dapat melihat dada Haikal yang turun naik. Marahkah dia? Aku tertunduk malu. Malu dengan kebodohan diri sendiri. Setelah itu kami dibawa kedalam kereta pegawai yang bertugas menuju ke balai polis.
Setibanya dibalai polis. Keterangan kami diambil sekali lagi. Aku hanya menunduk lesu. Tidak berani untuk memandang wajah tegang Haikal. Jelas dari raut wajahnya dia begitu kesal dengan apa yang telah terjadi pada kami. T.T
Selama 1 jam berada di balai polis. Tiba-tiba ada seorang lelaki berkemeja suit sampai. Aku lihat dia bercakap dengan lelaki itu dan juga Haikal. Serious. Tiba-tiba lelaki yang bersama-sama dengan aku semasa ditangkap khalwat datang ke arahku. Wajahnya kini kelihatan tenang sedikit.
Walaubagaimanapun tenungannya tetap tajam memerhatikan aku yang serba tidak kena. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila mata kami bertaut. Ngeri.
"Bangun! Sign sini." Katanya dengan nada keras sambil menghulurkan beberapa helai kertas untuk aku tanda tangan. Aku teragak-agak untuk sign tapi apabila melihat wajah lelaki itu yang bagaikan singa terus laju sahaja tanganku bergerak menandatangani kertas yang diberikan tadi. Kertas itu dicapai olehnya dan diteliti. Aku tertanya-tanya.. Maksudnya apa sekarang ni? Aku perlu kahwin dengan lelaki ini ataupun tidak? Aku teragak-agak untuk bertanya... Tapi kugagahkab juga.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...