Chapter 15

292 16 0
                                    

Zafran

Entah kenapa hati aku tersentuh apabila melihat layanan mesra keluarganya pada aku. Sedikit sebanyak terubat rindu aku pada mama. Semuanya baik kecuali abang sulongnya.. Razin. Aku tak sangka pulak abang sulongnya kenal siapa aku. Masa mula-mula kami perkenalkan diri tadi, aku dapat rasakan ketegangan pada anak mata dan suaranya. Pelukannya pada aku juga tidak begitu ikhlas. Ahh.. Nanti aku akan mintak Afnan pekerja papa untuk soal siasat siapa Razin yang sebenarnya. Sebab dia macam tahu sedikit sebanyak mengenai diri aku. Tidak dinafikan papa seorang businessman yang terkenal dan terkaya di Malaysia. Tapi aku tak sangka pula dia boleh tahu latar belakang aku walhal sudah beberapa tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Dari mana dia tahu yang aku seorang player pun aku tak pasti. Well se player aku pun aku masih tahu jaga maruah family aku. Pandai-pandai buat pandai-pandailah simpan. Lagipun di UK takde orang yang kisah pasal kehidupan aku yang sosial. Aku kira papa pun tidak tahu menahu dan tak langsung ambil tahu mengenai hal aku di UK.

Pagi ni selepas bersarapan aku berkira-kira untuk pulang ke pent house aku di Mont Kiara. Aku memang tiada niat untuk berlama dirumah keluarga ini. Disini bukan tempat aku sebaliknya aku punya misi yang tersendiri. Perkahwinan ini hanyalah perkahwinan atas kertas atas sebab... Ahh aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh punya idea untuk mengahwini budak bawah umur ini untuk dijadikan isteri. Yang aku tahu aku cuma mahu mempermainkannya dan melihat sejauh mana keikhlasannya untuk berkawan dengan Haikal. Mungkin betul dia sengaja memerangkap Haikal untuk dijadikan umpan kesenangan dirinya. Well we'll see... Aku akan pastikan kau takkan dapat sesen pun dari harta aku dan kau tak kan pernah bahagia selagi kau jadi isteri aku. Aku tersenyum puas.

Setelah habis bersarapan, aku berkira-kira untuk naik kebiliknya. Sebelum tu aku sempat memberitahu kedua ibu bapanya tentang niat aku untuk kembali ke pent house ku yang terletak di Mont Kiara.

"Mama, babah. Saya ingat lepas sarapan ni dalam pukul 11 pagi saya nak balik ke pent house. Saya pun tak boleh lama dekat sini sebab saya ada kerja lain yang perlu saya uruskan sebelum saya balik UK" beritahuku dengan nada bersahaja.

Tiba-tiba kedengaran kaca pecah berderai di bahagian sinki. Ahh apa pulak kali ni. Aku bingkas bangun ke arah sinki yang terselindung disebalik kabinet dapur berdekatan dengan meja makan kami tadi. Aku lihat serpihan kaca berterabur di atas lantai. Aku panik apabila melihat darah leluar dari tangannya.

"Are you ok? Kenapa careless sangat ni sampai pegang pinggan pun boleh terlepas!" Aku mencangkung dan mengambil tangan kanannya yang luka. Mukanya sedikit pucat mungkin akibat terkejut. Pada mulanya dia engan menguhulurkan tangannya tetapi dia akur apabila aku membuntangkan mataku mengarahkannya menghulurkan tangannya.

"Ya Adik. Macam mana boleh terlepas ni. Tulah mama dah pesan banyak kali. Lain kali hati-hati. Kurangkan sikit sifat kelam kabut kamu tu. Tengok habis dah luka tangan tu. Haish anak dara mama ni macam mana mama boleh lepaskan kamu kahwin sedangkan diri kamu sendiri pun kamu tak pandai nak jaga" keluh mamanya.

"Sudahlah tu mamanya.. Benda nak jadi yang awak emosi tiba-tiba ni kenapa. Budak tu pun dah berlaki tahulah laki dia jaga bininya. Dah Zafran pergi bawak Shara ke ruang tamu. Biar babah je yang kemas and bersihkan serpihan kaca ni. Karang kamu pulak yang terpijak kaca" arah babahnya pada aku.

Tanpa buang masa aku terus menarik lengannya dan kubawa duduj di sofa yang berada di ruang tamu. Suasana sunyi sepi. Tiba-tiba muncul Razin berserta peti kecemasan di tangannya. Peti itu kemudian dihulurkan padaku. Wajahnya tenang tetapi anak matanya tidak berkelip memandang aku yang sibuk membersihkan luka di tangan adiknya itu. Aku tidak menghiraukannya dan meneruskan untuk membalut pergelangan tapak tangan kecil milik gadis ini. Siap. Sempat lagi aku mengerling wajah gadis dihadapanku ini. Mukannya sedikit pucat tetapi tiada sebaang reaksi darinya.. Tangannya kaku dan sejuk. Tak sakit ke dia ni? Sempat lagi termenung melihat bandage yang terbalur di tangannya. Aku cuba berdehem tapi tiada respon. Kali ini aku cuba berdehem dengan lebih kuat.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now