Zafran merenung tepat ke arah anak mataku. Keningnya dikerutkan. Aku tidak mampu menghabiskan kata-kataku lalu aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Biarlah Zafran nak fikir apa pun. Semuanya dah terlambat. Aku tidak akan sesekali memberitahu Zafran mengenai anak kami. Biarlah hanya aku dan keluargaku yang mengetahuinya. Aku perlu bina hidup baru. Meninggalkan semua kenangan pahit yang berlalu.
"Semua tu tak penting Shara. The thing is no one bagitahu I pasal kandungan you! Pasal anak I! God damn it! Selama ni you rahsiakan perkara ni dari I and kalau tak sepupu I yang bagitahu sampai bila-bila I tak kan tahu.." Zafran masih lagi berang. Tapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku terlebih dahulu memotong percakapannya.
"Yes..because its none of you business. . I've got nothing to say or explain to you. Now please let me go please..saya nak balik" Suaraku kedengaran sedikit keras. Yealah ikut suka hati dia je nak meroyan. Selama empat tahun tak ada pula dia nak ambil kisah mengenai aku. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak ambil tahu. But sorry its too late. Aku bermonolog sendirian di dalam hati. Kesal dengan sikap Zafran yang mementingkan dirinya sendiri.
AKu lihat Zafran senyum sinis.
"You're not going anywhere selagi you tak bagitahu I what is exactly happen to my child! Please stop playing with me Shara or else I'll see you in court" Ugut Zafran padaku.
Aku merenung tepat ke arah Zafran. Cuba memahami apa yang aku dengar dari mulut Zafran sebentar tadi. Aku salah dengar ke? Is he really serious about this? Gila, sah mamat ni dah gila.
"Tuan Zafran. Saya rasa Tuan Zafran dah lupa ye.. Saya harap Tuan Zafran dengar betul-betul apa yang saya nak sampaikan ni. Walaupun hubungan kita ni agak complicated tapi saya rasa Tuan tak ada hak untuk tahu kisah silam saya selanjutnya. Kalau saya pernah mengandung sekalipun, anak tu bukan anak Tuan dan saya harap Tuan boleh lupakan soal ni sebab semuanya tak penting bagi saya" Aku menjawabnya dengan penuh konfiden. Mata Zafran semakin membulat. Dicengkam erat kedua belah bahuku. Aku mengerang kesakitan.
"Auch lepas lah..Tuan nak saya jerit ke?" Balasku egois.
Senyum sinis. Ahh mamat ni memang tak boleh berpisah dengan senyum sinis dia.
"Jeritlah kalau you nak. No one will hear you" balas Zafran kerek.
"Ouh okay... Ahhhhhhh" Zup.
Zafran terus menekup mulutku dengan menggunakan tapak tanganku.
Uhhhhh uhhh uhhhhhhh
Aku cuba untuk menjerit selagi boleh. Walaupun usaha aku hanyalahlah sia-sia tapi at least aku tak nak dan tak kan mengalah selagi Zafran tak melepaskan aku.
Ahhhh..
"Shuhhh! Shut up! you ni gila ke apa nak terjerit-jerit tengah malam buta?!" Marah Zafran padaku. Aku membuntangkan mataku pada nya. Biar. Biar semua orang dengar.
Tiba-tiba aku dapat idea untuk menggigit tapak tangan Zafran yang masih terlekat dimulutku.
Tapak tangan Zafran aku gigit sekuat hati sampai Zafran pun menjerit sama sehingga dia akhirnya melepaskan tangannya dari mulutku. Yes!
Aku dengan pantasnya bertindak berlari menuju ke arah pintu bilik air berdekatan. Pintu bilik air aku kunci. Nafasku laju. Cuak barangkali tapi dalam masa yang sama aku rasa lega berjaya melepaskan diri daripada Zafran.
Pintu bilik air diketuk beberapa kali dari arah luar. Pasti Zafran. Aku dengar dia mendengus kuat.
"Shara! Open the door!" Zafran bersuara. Aku menelan air liur ku. Gulp. Aku menarik nafas dalam.
"Shara, bukak pintu ni Shara. Bukak" Aku masih mendiamkan diri. Aku hanya berdoa didalam hati semoga Zafran cepat-cepat pergi dari sini je.
"Baik you bukak Shara sebelum I pecahkan pintu ni. I said open the door!!" Zafran mula berang sebabkan aku masih membatukan diri. Tidak menyahut dan tak juga berganjak dari tempatku berdiri dibalik pintu.
Pintu tombol dipulas beberapa kali oleh Zafran.
Setelah beberapa kali mencuba tiba-tiba suasana sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah deru nafasku yang tercungap-cungap dari tadi. Aku cuba mendekatkan telingaku di balik pintu yang memisahkan antara aku dan Zafran.
Dung! Bunyi tombol dipulas.
Zapp! Opocot kau! aku pula melatah. Terkejut dek bunyik pulasan tombol secara tiba-tiba. Kus semangat! aku mengusap dadaku perlahan. Cis mamat ni aku ingat dah blah dah tadi. Haish.
"You jangan ingat you boleh lari dari I Shara Azhar. I tak kan lepaskan you. I akan cari maklumat pasal anak I sampai dapat dan I akan pastikan you menyesal seumur hidup you Shara" Aku terkesima.
Is he really out from his mind? Getus hatiku.
Kemudian kedengaran derapan langkah tapak kaki mula menjauh daripada pintu bilik air. Aku sekali lagi melekapkan cuping telinga ku ke arah pintu bilik air.
Aku yakin Zafran telah pergi meninggalkan ruangan suite setelah kedengaran pintu bilik suite itu tertutup. Untuk lebih meyakinkan aku membuat keputusan untuk menunggu seketika di dalam bilik air.
Beberapa minit kemudian...
Senyap.
Sunyi.
Sepi.
'Fuhh lega. Hopefully Zafran memang betul-betul dah keluar. Kalau tak matilah aku' Aku bermonolog sendirian.
Pintu bilik air aku buka. Perlahan-lahan kepalaku aku jengahkan sedikit ke luar.
Mataku melilau ke kiri dan kananku. Yes! he's not here.
Aku cepat-cepat melangkah laju keluar dari bilik air menuju ke ruang hadapan suite.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah sebab dah perkenankan doa ku. Aku mengusap perlahan dadaku. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Dengan gelabah aku mengambil telefon di dalam beg clutch aku.
Astagfirullah... macam mana aku boleh lupakan Haikal? Aku tinggalkan dia macam tu je dekat majlis perasmian galeri dia tadi. Kesian Haikal mesti tercari-cari aku.
Talian disambut olehku. Bibir bawah ku ketap.
"Hello Assalamualaiku" Jawabku ragu-ragu. Bimbang dengan reaksi Haikal dihujung talian.
"Alhamdulilah Shara. Finally you angkat pun my phone call. Puas I cari you. I tanya guard dia kata macam nampak you dah balik. I am so worried Sha..you dekat mana ni? what happen?" Soal Haikal bertalu-talu. Jelas kerisauan pada suara garaunya. Aku mengetapkan kedua belah bibirku. Aduh apa aku nak jawab ni. Kepala yang tak gatal aku garu.
"Urm..Actually Kal, I..urm..I tak sihat sikit. Urm..I period pain so that's why I terpaksa balik dulu. I nak bagitahu you tapi you seems busy with reporters all around you. Sorry I dah buat you risau" Aku pula tiba-tiba mendapat idea bernas tu. Takpelah tipu sunat kalau niat kita nak menjaga hati orang. Aku cuba meyakinkan diri sendiri. Lagipun tak kan aku nak bagitahu dia yang aku dibawa lari oleh abangnya pergi hotel berduaan. Tempah nahas tu namanya. T.T
"But you balik naik apa? Sha please jangan buat I tak keruan macam ni. At least you boleh tinggalkan pesanan kat I. I separuh mati cari you, mujur ada guard nampak you keluar dari galeri ni" Jelas Haikal. Aku pula mula merasa kurang senang dengan sikap Haikal yang adakalanya over protective bagaikan aku seorang anak kecil yang perlu sentiasa diperhatikan olehnya.
"Kal. Please. Sorry okay but please I okay je. Don't worry. I dah sampai rumah pun, kebetulan babah ada boleh ambil I kat sana tadi. By the way sorry Kal, I tak dapat stay. Congrats anyway. So happy for you" Aku pula cuba mengawal perasaanku tika ini. Tak naklah spoilkan mood pada hari-hari penting Haikal macam ni. Aku dengar Haikal melepaskan keluhan kecil.
"Sha..please don't do this to me again. Boleh gila I Sha. Sha.. I nak bagitahu you something...tapi.."
_____________________________
Hye guys. Salam!
Sorry for the short update. Thank you again and till we meet in the next chapter. Muah ciked
Please dont forget to vote and comment.=)
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...