"Ke.. Kenapa awak balik sini secara tiba-tiba?" Aku lihat Zafran meraut wajahnya perlahan sebelum menjawab pertanyaanku.
"Because I need to find my self Shara. I was lost. I was angry and I know who can fix me. That's why I am here"
Aku terkedu. Masih tak faham dengan maksud disebalik kata-kata Zafran yang baru didengarnya tadi.
"Apa maksud awak? Boleh tolong jelaskan? " tanyaku. Walaupun dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Jantungku mula berdebar apabila Zafran secara tiba-tiba meraih jari jemari ku.
"Shara, after what happen beween us, I tahu I tak layak untuk minta you apa-apa. But I mohon, please stay beside me no matter what happen. Please bagi I peluang untuk I tebus semua kesilapan I. Kita cuba walaupun I tak pasti apa perasaan I pada you saat ini, yang I tahu perasaan cemburu I makin menebal bila ada lelaki lain cuba dekatkan diri pada you. I hope.. " belum habis lagi Zafran bersuara, aku terlebih dahulu memotong percakapan Zafran.
"Wait! Saya rasa lebih baik awak balik Zafran" aku bersuara dengan nafas laju. Tiba-tiba rasa nak marah menyelubungi diri bila mendengar penjelasan Zafran. Semudah itu kah? Tak cinta tapi...air mataku mulai gugur. Sungguh aku rasa keliru dan terluka. Aku lihat wajah Zafran mulai berubah.
"No! Shara Azhar. I tak kan balik selagi I tak dapat kepastian. Please.. I faham apa yang you fikir lepas apa yang I bagitahu you. I'm here sebab I nak kan jawapan pada setiap tingkah laku pelik I pada you lately. I know something is not right on how I behave whenever I'm with you. I just don't know.. I confused dengan diri sendiri. Apa yang I tahu I just wanna be with you. I nak tuntut hak I yang selama ni I tak nampak and tak pernah hargai. I tahu how you suffer for these past few years, tapi tak boleh ke you bagi I peluang? Untuk I confirmkan perasaan I pada you, let us start new, and let me be part of your life.. Mungkin kita boleh bahagia? " terang Zafran bersungguh. Tapi ya Allah kenapa susah sangat kau nak faham..?
"Zafran no! This is not right! Kita tak kan bahagia kalau takde rasa cinta dan sayang dalam satu perhubungan. You sendiri pun tak jelas dengan perasaan you.. And what if after kita bersama, then you realize yang you sebenarnya tak punya perasaan apa-apa pada I? Will you leave me again sama macam apa yang you buat pada I empat tahun yang lalu?" suaraku semakin bergetar, air mataku semakin laju berderai.
Sekali lagi aku bersuara lemah setelah aku melihat tiada respon dari Zafran.
"Will you Zafran?"
Zafran hanya mendiamkan diri dan diamnya lelaki dihadapanku ini membuatkan hati ku menjadi lebih terluka.
------------------------Selepas kejadian malam tu, Zafran tak lagi menghubungi aku. Mungkin betul tiada jodoh antara kami. Tiga hari telah berlalu dan selama tiga hari tu aku berfikir panjang.. Aku telah pun membuat keputusan untuk meletak jawatan di Syarikat milik keluarga Zafran. Rasanya tiada apa yang perlu aku tunggu dan sepatutnya keputusan meletak jawatan aku buat dari awal lagi.
Pagi tu aku masuk ke ruang pejabat Zafran seperti biasa. Salinan surat perletakan jawatan telah aku serahkan pada bahagian sumber manusia. Manakala surat asal aku letakkan di atas meja Zafran. Hati ku berat tapi itu yang terbaik untuk kami berdua.
Sebelum aku keluar, terdengar bunyi derapan kasut diluar pintu bilik pejabat Zafran. Aku mulai tak keruan. Zafran kah? Tapi kenapa ada bunyi kasut tumit tinggi sekali? Zafran dengan perempuan lain ke?
Sebelum apa-apa baik aku duduk kat meja aku sendiri. Perasaan berdebar semakin kuat apabila tombol pintu dipulas dari luar dan tercegatlah aku melopong apabila melihat Zafran masuk bersama dengan seorang perempuan ayu manis bertudung. Tapi siapa perempuan ni?
"Eherm, Shara can you please excuse us. I ada guest here. Minta tolong you sediakan air Nescafe for her. Thanks" tanpa memandangku, Zafran terus menjemput perempuan tadi duduk berhadapan dengannya. Mereka kelihatan mesra. Hatiku bagaikan direntap melihat kemesraan mereka.
Dua cawan nescafe perlahan aku bawa masuk ke ruang pejabat Zafran. Dari jauh kedengaran mereka bergelak ketawa and dari segi percakapan perempuan ni aku agak dia bukan perempuan biasa-biasa.. Tengoklah cakap pun ada slang British. Mungkin dia girlfriend Zafran semasa di UK? Perasaan cemburu dan sedih mula bermaharaja lela.
"Tuan Zafran, ni Nescafe yang Tuan minta. Kalau tak ada apa-apa saya balik ke tempat saya dulu" beritahu ku dalam nada perlahan.
"Wait, nanti dulu. I nak kenalkan you dengan Aira, she will replace you for the time being sementara I nak dapat new PA. And Aira let me introduce you, this is Shara my temporary PA"
What!? Aku terkedu. Kelopak bawah mataku mula bertakung. Serendah itu kah aku dimata Zafran. Sesuka hati dibuang pergi bila dah tak diperlukan lagi? Secepat itu Zafran mencari penggantiku? Tapi tak kan perempuan secantik and sebijak ni nak jadi PA je? Ouh tapi kenapa sementara je? Ya Allah terlalu banyak pertanyaan yang ada dalam kepala otak aku ni sampai tak sedar bila perempuan yang bernama Aira menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Hi my name is Aira. Nice to meet you. I dengar you nak resign sebab nak ikut suami you. Tak sangka you dah kahwin sebab you look...young"

YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...