Masjid Wilayah

234 10 5
                                    

Shazana. Yes Shazana atau lebih dikenali sebagai Shana ialah perempuan yang berambut ikal keperangan yang aku lihat di Facebook Haikal semasa mereka sama-sama belajar di Melbourne suatu ketika dulu. Tapi bukan ke mereka dah berpisah setelah gadis ini diketahui akan kecurangannya pada Haikal?

Aku mengerutkan dahiku tanda tidak mengerti.

Shana yang telah siap-siap dengan kain telekung berwarna hitam itu tersenyum lebar.

"You mesti confusedkan? Yeah Im here in KL. I tahu Haikal masih marahkan I. But Im pretty sure dia akan maafkan I. He's a nice guy, you pun tahukan. By the way I balik sini for good and definitely I nak tebus balik semua kesalahan I pada Haikal. Tapi.." Aku menunggu dengan sabar apa yang cuba disampaikan oleh gadis petite dihadapanku ini.

" Shara, why not kita set time and hang out together? I've a lot of thing to talk with you and I know you're Haikal's bestfriend..so I hope you don't mind to help me get back to Haikal please?" Shana separuh merayu.

Aku seakan terkejut dengan permintaan yang tak ku jangka dari gadis ini. Allah. Mampukah aku?

Tapi melihatkan wajahnya yang seakan desperate, aku hanya mengangguk perlahan lalu sebuah senyuman kecil aku hadiahkan padanya. Ahh.. walaupun aku keberatan tapi aku dah pun terlanjur bersetuju. Tapi kenapa mesti aku? Hurm

Setelah aku memberikan nombor telefon ku kepada Shana, aku segera beredar ke tempat wudhu. Azan pun telah lama berkumandang tapi aku masih tak solat lagi. Mesti Zafran terpaksa menunggu ku lebih lama. Hurm.

Usai solat magrib dan memakai tudung, aku bergegas menuruni anak tangga menuju ke bahagian pintu masuk utama. Kelihatan Zafran sedang berdiri menunggu sambil sesekali matanya di kerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Matilah aku.

Perlahan aku menapak dan menyapanya.

"Sorry saya lambat, tadi saya jumpa kawan lama sekejap" Beritahu ku taku-takut.

"Next time jangan buat I tertunggu-tunggu. I hate waiting. Dah lah jom. We're late." Zafran melangkah laju meninggalkan aku sekali lagi dibelakangnya. Aduh seksanya nak berjalan.=.="

Kemudian aku lihat Zafran berhenti dan memalingkan tubuhnya menghadap aku sekali lagi. Ahhhh..

"Shara.. kalau macam ni lah you jalan, sampai tahun depan I tak makan lagi. Please can you walk faster a bit? I lapar."

Aku menjeling tajam ke arah Zafran.

"Yealah. Lain kali jangan ajak saya makan luar kalau tahu saya lambat. Saya takde kaki panjang macam Zaf..Zafran" Oh em gee. Apesal aku rasa macam nak tergeliat lidah aku menyebut nama boss sendiri. Blergh.

Mata Zafran aku nampak macam bercahaya bersinar-sinar, entah apa yang dia amused sangat dengan apa yang aku katakan tadi pun aku tak pasti . Yang penting riak wajahnya aku rasa lain macam pula. Macam ada sesuatu. Kemudian dia tersenyum sinis menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

Jantungku tiba-tiba berdegup laju. lebih-lebih lagi bila Zafran mula membuka langkah menuju ke arah ku. Setelah beberapa tapak, langkahnya dimatikan dan dia berhenti betul-betul dihadapanku. Anak matanya tepat merenung ke dalam anak mataku.

Haih mula dah.. Awat aku rasa bahang je ni. Aku mengalihkan pandangan ku sambil kaki ku melangkah setapak kebelakang.

"Again.. can you please repeat it again?" Zafran bersuara dengan wajah yang tenang.

"Err.. what? Okay-okay saya minta maaf sebab jalan lambat. Lepas ni saya.." Percakapan ku dipotong. Again?

"No no, not that one. The last sentence. can you please repeat it again?"

Story of My LifeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin