Malam tu aku tak dapat nak lelapkan mata. Memikirkan ugutan keras Zafran dan juga permintaan Haikal yang ku kira tak masuk akal.
"Jumpa parents I?" Aku bertanya sekali lagi pada Haikal untuk mendapatkan kepastian. "Tapi untuk apa Kal?" Sambungku.
"I rasa I tak boleh tunggu lama lagi Shara. Bertahun-tahun Shara dan I rasa I dah bersedia untuk menghalalkan hubungan kita" Haikal berterus terang.
"What??? Apa maksud you Haikal. I tak faham" tanyaku dengan nada terkejut. Mana tak terkejutnya kalau dah tiba-tiba Haikal ungkit soal ni. Selama ni dia fikir Haikal faham yang dia tidak mahu memikirkan soal perhubungan apa ntah lagi soal perkahwinan kalau benar itu yang dimaksudkan oleh Haikal. Aku buntu.
"Shara.. Please. I sayangkan you. I can't lose you anymore. Please bagi I peluang" pujuk Haikal.
Tapi entah kenapa aku rasa lain.
Kalau dulu ini mungkin perkara yang telah lama aku tunggu dan impikan. Siapa tak nak weh kahwin dengan crush zaman belajar. Dalah handsome, good looking, educated, anak orang kaya pulak tu. Bonus orang kata kalau crush kita tu pun sebenarnya suka kita.
Tapi aku?
7 tahun aku simpan perasaan pada Haikal. Perasaan yang aku terpaksa lawan, terpaksa pendam hanya kerana status kedudukan kami yang berbeza. Seksa hokay!
Tapi...
Tapi kini perasaan tu macam makin pudar...
Mungkin juga bakal hilang. 😔
Dulu aku frust tertonggeng bila apat tahu Haikal ada perempuan lain semasa di Australia. Seminggu tau tak makan. Hanya Nina je yang tahu macam mana weng nya aku waktu tu.
Sekarang?
entahlah...aku bingung dengan perasaan sendiri.Nafasku hela panjang. Haikal pula masih sabar menanti jawapanku dihujung talian.
"Haikal. I faham perasaan you. Tapi... I. I belum bersedia. I takut. Bagi I masa please Kal" aku tak mampu untuk berterus terang. Biarlah aku fikirkan soal ini dulu. Mana tahu nanti aku berubah fikiran?
Senyap.
Kemudian bunyi bip kedengaran tanda talian telah dimatikan.
Pulak? Aku hanya menggelengkan kepalaku. Nasib badan bertemu dan ditakdirkan datang dalam kehidupan dua beradik yang berlainan perwatakan tapi kadang kala sukar diramalkan. Haish😩
~~~~
Disebabkan itu malam tu jugaklah aku tak dapat tidur semalaman. Merenung ke arah ceiling bilik suite dengan perasaan yang bercelaru. Uwaaaa...
Ouh ye.. Malam tu memang aku tidur di bilik suite yang ditempah oleh Zafran. Pada awalnya aku bimbang juga kalau-kalau Zafran kembali dan menggangu aku. Jadi orang yang bernama Shara ni memang letih. Bila teringatkan apa kata orang tua ku, hati mulalah rasa tak sedap. Risau kalau babah dan mama pulak risaukan aku yang tak balik-balik sejak tadi. Tapi lepas aku call babah bagitahu yang aku terpaksa tidur di hotel sebab dah lewat malam, babah hanya mengiakannya sahaja tanpa banyak soal.
Pelik pula aku dengan orang tua ni. Biasanya dialah orang yang paling risau kalau aku balik lewat malam atau tak pulang ke rumah. Pernah dulu stay back study dengan Nina di rumahnya, papa berkeras juga suruh aku pulang dan tidur di rumah. Sanggup babah datang ambil aku pukul 2 pagi terpacak depan rumah orang tua Nina.
Tapi sekarang dia pula yang terlebih sporting. Mungkin faktor umur agaknya. Aku pun sekarang dah dewasa, tahulah aku nak fikir mana yang baik dan mana yang buruk untuk aku. Mungkinlah.. Hihi.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...