Email

294 12 2
                                    

Pagi ni seperti biasa aku masuk ofis dalam keadaan tak bermaya. Mata sembab. Muka sembab tanpa sebarang make up di wajah. Memang naked face habis. Kalau hantu tengok mahu dia lari lintang pukang. Okay perumpamaan aku ni kadang kala melebih-lebih juga ye.. Tsk.

Tapi semuanya gara-gara aku melalak berejam-rejam dalam toilet lepas balik dari KLCC. Lepas ni sumpah taubat tak nak menangis lagi. T.T

Mujur hari ni kerja di ofis tak terlalu banyak disebabkan bosnya tiada di ofis. Kalau tak pasti ada je arahan yang diberikan oleh bosnya itu. Ada je yang tak kena di mata lelaki itu. Pernah sekali dia suruh aku buatkan air hot chocolate tapi ada ais? Korang rasa? Aku nak menangis dengar tau.

Pertama kali orang minta aku buat air coklat panas siap ada ais. Betapa peliknya citarasa bos aku ni. Bukan setakat citarasa je, orangnya pun perangai pelik=.="

Patutlah bila aku ingat semula kali pertama disuruh aku beli hot chocolate di cafe kat bawah tu, dia bukan minum pun. Sudahnya terbiar kesejukan di atas mejanya.

Rupanya air coklat tu tak kena dengan anak tekaknya. ^.^

Dahlah tu, lepas dah buat beberapa kali barulah menjadi air coklat panas letak ais dia tu. Pelik tak pelik selera bos aku ni?

Nama je duduk oversea lama. Cakap jelah nak aku buatkan air coklat kurang ais. Senang hidup aku=.="

Lepas tu disebabkan sifat OCD dia aku pula jadi mangsa kena susun baju-baju spare dia dekat ofis ni ikut warna dan saiz yang sama. Kalau buat memo atau minute meeting pun macam tu, tulisan, jarak antara perenggan semua disemaknya satu persatu. Sekali pandang je dia boleh tahu format yang aku guna tu salah. T.T

Aku ni pula jenis cuai. Banyak kali kena buat pembetulan sampai kadang-kadang pernah juga dia buat sendiri bila dah tak lalu nak betulkan kerja aku. =(

Tiba-tiba lotus email notification di laptop aku berbunyi tanda ada email baru yang masuk.

From:  Zafran Aiman Mahfuz

Subject:

Salam.

Please help me to arrange my father birthday party on 10th September 2016.

I'll email you my guests list name shortly. Please prepare everything accordingly. You may choose the place and food to be serve during the event day.

Anything please update me.

Regards

ZAM


Tiba-tiba jantungku derdebar apabila melihatkan nama pengirim email di hadapan skrin laptopku. Apa ntah lagi bila baca isi kandungan email tersebut, lagi gugur jantung aku dibuatnya.

What?

Nak suruh aku organize birthday party Dato' pula?

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aduh, macam mana pula aku nak buat ni.

Pulak tu, kenapa mamat tu tak tidur lagi? Bukan ke sekarang dah pukul 1 pagi waktu di kota London? Aku membebel sendirian.

Setelah itu butang reply aku tekan.

To: Zafran Aiman Mahfuz

Subject:

Wasalam,

In syaa Allah.

Before that may I know the detail such as Dato' food preference etc from you?

Regards

Nur Shara Azhar


Setelah menaip beberapa perkataan. Butang send aku tekan. Kemudian aku mula merenung skrin email aku seolah-olah menunggu balasan dari orang sana.

Story of My LifeOnde histórias criam vida. Descubra agora