Chapter 5

284 11 0
                                    

Zafran
KL, 2016

Aku bingkas bangun dari katil. Dah kenapa aku perlu ingat benda yang dah 10 tahun berlalu? Tapi disebabkan inilah aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sofea telah menjadi ibu tiri aku. Sepanjang 4 tahun selepas perkahwinan ayah dengan Sofea, aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia. Hati aku terluka. Kosong. Yang ada cuma perasaan marah, benci dan dendam. Sehingga hari ini tiada siapa pun yang mengetahui kisah percintaan aku dengan Sofea melainkan Fina, kawan baik aku merangkap sepupu rapat aku. Itu pun kerana kami belajar di Universiti yang sama tetapi berlainan bidang. Aku mengambil kursus Kejuruteraan manakala Fina dalam bidang Art & Design.

Hari ini niat aku untuk melawat Fina di kampus tempat Fina mengajar secara mengejut. Secara tidak langsung aku mahu berjumpa satu-satu adik lelaki aku yang kini masih menuntut di UiTM di kampus yang sama dengan Fina. Awal pagi lagi aku dah keluar dari Condo pemberian ayah di Bukit Antarabangsa. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari KL ke Sri Iskandar tidak terasa disebabkan perasaan excited untuk berjumpa orang-orang yang aku rindu.

Setibanya aku di perkarangan pintu masuk UiTM Sri Iskandar, aku terus meletakkan kereta Lamborghini Aventador kesayangan aku di tempat letak kereta sementara bersebelahan pondok security. Aku keluar dari kereta dan terus menuju ke pondok itu. Aku memberitahu pengawal keselamatan yang bertugas bahawa tujuan aku kesini untuk melawat sepupu aku yang merupakan pensyarah di kampus ini dan juga adik aku yang menuntut di kampus yang sama. Borang pelawat diisi dan aku di minta untuk meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan sebagai rekod lawatan.

Setelah selesai, aku terus memasuki kereta dan bergerak menuju ke arah yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan itu tadi. Dari jauh telah kelihatan bangunan yang tertulis Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di papan tanda di atas bangunan tersebut. Kereta aku parking dibahagian petak yang disediakan khas untuk pelawat. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di tempat kerja sepupunya. Kagum dia melihat persekitaran kawasan kampus Universiti tempatan ini. Keluar dari kereta, aku lihat ramai student-student yang mungkin baru hendak masuk kelas. Jam di tangan aku kerling, baru pukul 9 pagi. Iphone 6+ aku keluarkan dari poket seluar belah kanan, tangan aku laju mendial nombor telefon Fina. Kedengaran deringan bip dia hujung talian dan kemudian suara perempuan menjerit kecil dihujung talian. Aku menarik sedikit telefon aku akibat suara perempuan yang nyaring itu.

"Ahhh... Babe! U're here in Malaysia???" Jawab Fina dalam nada yang sedikit tinggi disebabkan terlalu excited melihat nama si pemanggil.

"Yes. I'm here. In front of your Faculty. Ouh stop playing with your hair Fina. You still tak berubah. How come you boleh jadi lecturer ni?" Omel aku sambil mataku tepat memandang susuk tubuh yang membelakanginya. Aku pasti itu Fina sepupu aku. Aku lihat Fina segera berpaling ke arah belakang dan tersenyum meleret apabila melihat aku yang berdiri tak jauh dari kedudukanmya. Telefon ku matikan dan aku simpan semula ke poket seluar.

"Oh my God! I just can't believed it you're here! Like seriously? I miss you so much! Its been a year I tak datang visit you kat UK kan? See how handsome my cousin sekarang ni. Have you found any new gf kat sana? Baik you cakap cepat!" Celoteh Fina. Fina masih tak berubah, walaupun dah jadi lecturer tapi perangai masih sama. Gila.

"Fina, you ni langsung tak berubah. Macam manala bila you dengan student you kan, Mesti huru hara diorang dapat lecturer gila macam you"

"Come on, this is Fina okay. I dengan student, I garang kot. Nobody dare to play around bila I mengajar" Jawab Fina pantas sambil menjeling dengan muka kekwatnya.

"Woah, berlagaknya. Well we'll see. Eah you takde kelas ke ni?" Tanya aku hairan.

"Gosh. I memang ada kelaslah ni, tapi you datang macam mana I nak mengajar. Tu lah suka sangat surprise-surprise. Kalau you bagitahu you ada kat sini dah lama I ambik leave and balik KL. Ke you memang tak nak tengok muka I dah?" Fina memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Ei you ni kan I tarik hidung you tu baru tahu. My dad, suddenly called me and asked me to come back immediately. I pun tak sure sebab apa, until today dia takde contact I pun. Did he call you?" Tanya aku serious.

"Takde pulak. I pun dah jarang jumpa uncle since dia kawen dengan Sof......" Fina terdiam, terbantut dia untuk menghabiskan ayatnya. Dilihat wajah Zafran tenang. Tiada sebarang reaksi. Is he really ok now? Fina bagaikan mahu gunting mulutnya yang lancang menyebut nama Sofea bekas kekasih sepupunya itu. Haish..

"Ouh I see, so apa kita tercegat kat sini lagi, kalau ye pun bawaklah I pergi round studio you dulu. Nak tengok jugak environment you as a young ceramic artist yang famous tu" Aku masih lagi berlagak tenang sambil mata melilau ke semua tempat. Aku langsung tidak dihiraukan apa yang dikatakan Fina sebentar tadi. Aku tahu Fina tak sengaja menyebut nama perempuan tu. Ahh who cares.

"Okay-okay let me show you where your famous cousin berkerja and mengilhamkan semua seramic sculpture nya. Jum turun bawah, studionya di bawah" Fina terus menarik lengan Zafran ke aras bawah.

Setelah 10 minit aku berpusing-pusing di dalam kawasan studio seramik tempat Fina mengajar, aku berkira-kira untuk pulang. Niat aku untuk melawat satu-satu adik lelakinya pula selepas ini. Aku memberitahu Fina tentang niatku dan tanpa berlengah kami sama-sama berjalan beriringan untuk pergi ke lobby utama Faculty yang berada dia aras atas.

Sedang aku leka berborak dengan mulut murai Fina tiba-tiba..

Gebuk!

Hoi! Buat terkejut aku je. Sempat lagi aku mengerling ke arah budak perempuan yang jatuh terduduk di atas lantai dihadapan aku ni. Adeh ni kepala ke batu ni. Aku mengosok-gosok dadaku sambil menahan sakit. Sesak dada aku. Serious kau ni memang kepala batu. Badan kecik tapi kepala macam batu bata. Muka ku sengaja dikerutkan.

Aku dengar suara Fina meninggi sedikit memarahi budak perempuan dihadapannya. Oh rupanya budak perempuan ni student Fina. Patotlah garang semacam sepupu aku ni macam singa betina. Kesian pulak aku tengok budak perempuan ni, muka pun nampak sangat dah cuak.

"Fie, it's okay. I'm ok je. Cuma senak jugak dada I kena langgar dengan kepala batu agaknya" Aku jawab slumber. Sempat aku tengok reaction minah ni. Muka dia jelas kaget bila dia meminta maaf pada aku sambil tangannya menepuk-nepuk punggungnya yang berdebu akibat terjatuh tadi. Tapi aku buat bodoh je langsung tidak mengendahkan kata maaf dari pemilik suara tadi.

Sempat lagi sepupunya itu membebel pada budak perempuan ni. Kesian pulak aku tengok dia. Dia melemparkan senyum kelat dan berlalu pergi. Kadang-kadang Fina ni unexpected jugak. Tapi tak kan dia segarang ini dengan kesemua studentnya?

"Fie, I said its okay. Don't be too harsh over your student. Macam singa tau you ni." Aku cuba menasihati Fina. Dia tahu Fina baik. Tapi dia rasa reaction Fina tadi keterlaluan sedikit.

"Zafran, I bukan apa but she's too clumsy. Anak manja. Datang studio ikut suka dia. I think she's not interested in what ever she's doing right now. Not sure macam mana dia bolej join our department. You know, art people they have passion but this girl is totally lost" Aku lihat ada kekecewaan dalam nada suara Fina.

"Inilah Junior Haikal yang Haikal your brother dok gilakan tu. I think he's out of his mind too" Sambung Fina.

"Oh really? Well I didn't know that"Jawab aku sambil menjungkit bahu. Haikal, apa cerita lah adik aku yang sorang tu.

"Okaylah Fiena. I really have to go now. I nak pergi surprisekan Haikal pulak. See you later babe."

"Okay. Please don't go back to KL yet. Just stay with Haikal jelah. I'll come over at his place later" Pujuk Fiena. Aku cuma menganguk. Jam di tangan aku kerling lagi, masih awal. Kali ini Iphone 6+ aku keluarkan dan mendial nombor telefon Haikal. Haikal angkat dan aku memberitahu kedatangan aku ke kampusnya pagi ini. Nada suaranya agak terkejut dan kemudiannya berubah ceria. Haikal memberitahu bahawa kelasnya akan habis pada jam 12.30 tengah hari dan kami berjanji untuk makan tengah hari bersama di Uptown cafe. Aku pun tidak pasti dimana Uptown cafe yang Haikal maksudkan, tapi katanya cafe tu terletak tidak jauh dari Fakultinya. Aku membuat keputusan untuk menunggu Haikal di lobby Fakultinya sehingga dia tamat kelas. Mahu kematu bontot aku duduk sini berjam gamaknya.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now