'It's not how we make mistakes, but how we correct them that defines us'
Aku masih terngiang-ngiang kata-kata nasihat yang keluar dari mulut Khairy seminggu sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur.
Jam di dashboard aku tenung. Entah berapa lama agaknya aku menunggu di dalam kereta yang diparkir betul-betul di seberang jalan berhadapan dengan rumah mertuaku. Rumah yang sama didiami oleh isteri yang aku tinggal kan setahun yang lalu.
Entah kenapa baru hari ni aku memdapat kekuatan untuk bersemuka dengan Shara dan juga kedua ibu bapa mertuaku. Allah telah banyak dosa yang aku lakukan dan betapa zalimnya aku pada tulang rusuk ku yang satu itu. Wajahku yang sugul aku raup perlahan. Menyesali akan semua perbuatan ku pada keluarga ini.
—————————————
'Assalamualaikum' Zafran memberi salam dalam keadaan gugup.
'Walalaikumsalam. Eah Zafran! Allah lama betul mama tak jumpa kamu Zaf. Kamu sihat? Kenapa Shara tak bagitahu mama yang kamu nak datang rumah hari ini? Shara pun satu tau! Meh masuk rumah meh'. Jelas kelihatan riak wajah terkejut Pn Aishah melihat susuk tubuh menantu lelakinya itu.
Zafran kaget. Kenapa terasa lain penerimaan ibu mertuanya walhal dia jangkakan pasti ibu mertuanya akan membenci dan menghalaunya keluar dari rumah setelah apa yang dilakukannya pada satu-satunya anak tunggal perempuan mereka.
'Alhamdulillah ma, Zaf sihat. Mama dan babah sihat?' Namun pertanyaan mesra dari Pn Aishah tetap dibalasnya.
'Kamu dah makan Zaf? Mama ada masak bihun goreng pagi ni. Mama hidang ke kamu ya?'
'Eah ma, tak apa. Zaf okay. Zaf datang ni bersebab ma' Zafran sudah mula duduk di sofa di ruang hadapan manakala Pn Aishah menyibukkan diri hendak menyediakan sarapan pagi buat Zafran yang datang secara mengejut. Tapi tanggannya terhenti apabila pelawaannya ditolak lembut oleh Zafran.
'Kalau mama tak keberatan, Zaf nak beritahu mama dan babah sesuatu mengenai hubungan saya dan Shara. Babah ada di rumah ke ma?'
Hati Pn Aishah mula tidak sedap.
'Kamu dengan Shara baik-baik aje kan Zaf?' Mama minta maaf kalau mama tak didik anak mama dengan baik. Tapi mama yakin dengan jodoh kamu berdua. Ini sebab apa yang terjadi ke? Maafkan mama bukan niat mama nak sorokkan perka...'
'Eah ma, bukan macam tu. Dengar dulu penjelasan Zaf. Zaf rasa lepas mama dan babah dengar penjelasan Zaf, mama dan babah mesti benci Zaf. Tapi sebab tu Zaf balik sini untuk tebus kesilapan Zaf.' Pintas Zaf laju.
'Apa maksud kamu Zaf?' Tiba-tiba suara garau En Azhar mencelah dari pintu dapur.
Zafran pejam mata sambil meraut mukanya. Okay this is it. Zaf, kau kena jadi anak jantan dan betul kan semua salah silap kau. Walaupun kau tak pasti apa yang akan terjadi tapi kau tetap perlu minta maaf pada orang tua Shara.
'Bah, Zaf minta maaf. Zaf datang nak minta ampun pada mama dan babah' sambil tangannya laju menghulur tangan kepada En Azhar untuk bersalaman.
'Apa yang penting sangat sampai kamu tak boleh tunggu hari esok? Kamu pun dah lama tak balik kan? Ni Shara tahu tak kamu di Kl? Setiap kali babah tanya Shara, dia kata kamu busy keluar negara' panjang lebar pertanyaan yang keluar dari mulut En Azhar.
Dari apa yang Zafran faham, seolah-olah selama ni Shara tak pernah ceritakan hal kisah mereka berdua kepada kedua ibu bapanya. Sebab tulah mertua dia masih melayannya dengan baik. Zafran menghela nafas panjang. Mencari kekuatan yang tiba-tiba hilang dek kerana kelembutan yang diterima daripada kedua mertuanya. Allah..apa yang telah aku lakukan.
'Mama, babah. Zaf nak berterus terang dengan mama dan babah dan Zaf rasa Zaf tak sepatutnya sembunyikan perkara ni dari mama dan babah. Zaf sebenarnya dah banyak lukakan hati Shara ma, bah. Zaf tak pernah tunaikan tanggungjawab Zaf pada Shara selama setahun Zaf kahwin dengan Shara. Mungkin Shara tak pernah beritahu mama dan babah tapi selama setahun Zaf abaikan Shara dan tinggalkan Shara seorang diri dekat KL. Zaf tak pernah ambil tahu hal Shara ma and Zaf mengaku yang Zaf lari dari tangungjawab and duduk di UK tanpa pengetahuan Shara' Zaf meraup wajahnya. Menyesali segala kebodohan diri. Tapi nasi dah jadi bubur.
'Astagfirullah Zafran. Betul ke apa yang kamu cakapkan ni? Tapi kenapa Shara tak pernah sikit pun bagitahu mama dan babah mengenai hal ni? Zaf apa kamu dah buat pada anak mama Zaf'. Pn Aishah tidak dapat membendung rasa sebaknya. Air mata ibunya laju mengalir. Tak sangka anaknya selama ni memendam rasa seorang diri. Sudahlah baru sahaja keguguran beberapa bulan yang lalu, lebih memeritkan ditinggalkan tempat bergantung harap begitu sahaja. Hati ibu mana tidak remuk. Pn Aishah tidak dapat menahan amarahnya, lantas dia bangun menuju ke arah Zafran yang kini sedang duduk dilantai untuk meminta ampun dari kedua mertuanya.
'Zaf, Zaf tak tipu mama kan. Zaf anak yang baikkan? Zaf tahu tak apa yang Zaf buat pada anak mama, Zaf tahu tak apa yang Shara tanggung sepanjang ketiadaan Zaf??!!Zaf tahu tak?!!'
'Mama ingat Shara bahagia, mama ingat Zaf takde di sisi Shara bila Shara memerlukan Zaf sebab Zaf uruskan ahli keluarga Zaf yang sakit, mama percaya semua apa yang Shara bagitahu mama sebab mama percayakan Zaf! Mama percaya anak mama bahagia dengab Zaf!' Pn Aishah meraung sambil duduk betul-betul berhadapan Zafran di atas lantai. Lemah longlai badannya mengenangkan nasib anak kesayangannya. Mungkin ini sebabnya bila Shara beria tak mahu beritahu sesiapa akan keguguran kandungannya termasuk Zafran sendiri. Allahu anak ku.. betapa beratnya ujian mu nak. Mama minta maaf...
'Dasar jantan dayus tak guna! Kurang ajar, berani kau jejakkan kaki kat rumah ini lepas apa yang kau buat pada adik aku??!'
Tiba-tiba jeritan suara marah Razin kedengaran.
———————————-
Hi, I'm back. Maaf lama tak update. But this draft has been in my watpad for so many years, and I think I should finish up what I've started before.Hope korang semua tak lupakan Zafran and Shara. :)
ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...