" Aku nikahkan dikau dengan Nur Shara Binti Azhar dengan mas kahwin RM20,000 tunai"
"Aku terima nikah dengan Nur Shara Binti Azhar dengan mas kahwin RM20,000 tunai"
Sah.. Sah.. Sah.
Kedengaran para tetamu mengucapkan Alhamdulillah selepas sah pasangan pengantin diijab kabulkan beberpa saat yang lalu. Aku masih tidak percaya bahawa pada usia aku 20 tahun aku telah selamat menjadi isteri pada lelaki yang tidak pernah aku kenal. Air mataku aku seka dengan lengan baju putihku. Baju yang putih suci yang melekap ditubuhku tidak mengambarkan hati ku tika ini. Sebak. Bercelaru. Sememangnya dia tidak pernah menyangka pertemuan dia dengan lelaki yang kini bergelar suaminya akan berakhir dalam sebuah ikatan perkahwinan tanpa keleraannya. Aku hanya tertunduk hiba.. Sejak 2 minggu selepas pertemuan kami aku lebih banyak menghabiskan masa di studio dan berteleku menghadap Ilahi. Sememangnya perkabaran bahawa aku akan disunting seseorang telah sampai pengetahuan kedua ibu bapaku sehari selepas aku menandatangani perjajian yang ku kira tidak masuk akal dengan lelaki ini di sebuah restoran tempat belajarku. Ini semua gara-gara mamat ni yang terlebih dahulu membuat panggilan telefon dan memberitahu niatnya untuk memperisterikan ku 2 minggu lagi. Mama dan babah seakan tidak percaya langsung memanggilku untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan segera kerana mahu mendengar penjelasan dari mulutku sendiri mengenai lamaran lelaki gila tu. Ahh dia memang gila! Mereka pada mulanya memikirkan bahawa aku telah pun terlanjur dengan lelaki itu tapi setelah meyakinkan mereka berdua bahawa tiada apa yang berlaku diantara kami, barulah mereka akur dan memaksa supaya pihak lelaki datang merisik pada hujung minggu ini. Aku gelisah ketika babah dan mama menyatakan hasratnya itu untuk berkenalan lebih rapat terlebih dahulu dengan keluarga pihak lelaki. Sememangnya aku tidak pasti adakah lelaki itu akan bersetuju memandangkan perkahwinan kami ini adalah rahsia diantara aku, dia dan family terdekatku. Dia tidak mahu perkahwinannya dihebohkan dan dia juga ada memberitahu bahawa perkahwinan kami ini hanya berladaskan kertas semata. Jadi tidak perlu punya majlis yang besar tapi cuma majlis akad nikah yang sederhana di ruang yang tertutup. Aku tidak pasti akan helah dan tujuannya untuk mengahwini aku. Yang aku tahu aku telah pun terperangkap dek idea perkahwinannya ini disebabkan tidak mahu dia menhebohkan mengenai peristiwa tangkap khalwat kami lebih-lebih lagi pada mama dan babah. Mengenangkan taraf kesihatan babah kali ini, tidak sanguo pula aku hendak mengecewakannya dengan menyapu arang pada mukanya. Sudahnya aku disini.. Terduduk layu menunggu giliran lelaki yang bergelar suamiku untuk menyarung cincin di jari manis kiriku. Aku hanya memandang kosong cincin emas putih bertakhtakan berlian yang dipegangnya. Kaku. Tiba-tiba aku disiku oleh mama yang menyuruhku menghulurkan jari manis kiriku. Aku menurut tanpa banyak soal.Tapak tanganku yang halus kini didalam genggaman tangan lelaki itu. Cincin berbatu berlian itu kini telah tersarung kemas dijari manisku. Kemudian satu kucupan hinggap didahiku. Lama. Hatiku berdebar. Saudara maraku yang lain hanya tahu menyakat kami saja. Aku jadi rimas bila part cium dahi tu terpaksa kami ulang. Aku tengok dia slumber je mengambil kesempatan ke atas aku. Haish dasar lelaki! Aku yang blushing dan semakin rimas dengan tangannya yang menjalar di keliling pinggang ku apabila sesi bergambar bermula. Haish bila majlis ni nak habis? Aku semakin merasa sesak nafas apabila berada disamping lelaki ini. Setelah semuanya selesai aku bergegas menaiki anak tangga dan menuju ke bilik ku.
---------------------------------
Wajahku ku tenung dihadapan cermin di bilikku. Lama. Apalah nasib aku selepas ini? Sejujurnya aku tidak punya apa-apa perancangan. Oleh kerana perkahwinan ini bukan atas dasar kerelaan dan suka sama suka, jadi kami tak berkesempatan untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai 'kami' selepas berkahwin.Beberapa helai dokumen di atas mejaku, aku teliti lagi sekali. Ini semua perjanjian yang perlu aku patuhi sebelum aku bersetuju mengahwini kelaki ini. Terselit juga gambar kami ketika ditangkap khalwat 2 minggu yang lepas. Ahhh benci aku dengan lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan pada orang yang lemah macam aku. Gambar tersebut aku koyakkan lalu ku buang ke dalam tong sampah. Air mata jernih ku gugur lagi untuk kesekian kalinya... Mama babah, maafkan adik terpaksa menipu kalian dengan perkahwinan palsu ini.
Tiba-tiba ada suara lelaki berdehem. Aku toleh cermin dihadapanku dan aku lihay lelaki itu sedanf tersenyum sinis. Tiba-tiba matanya berubah tajam apabila terpandangkan keratan gambar yang ku koyak tadi berada di dalam tong sampah yabg berada disebelah ku. Wajah ku dikerling dengan pandangan yang menakutkan. Dia menghampiriku.
"Kau ingat dengan koyakkan gambar tu kau dah takde bukti yang kita pernah terlanjur? Hmmm?" Tanyanya dalam nada yang kasar. Terlanjur? Aku bencikan ayat itu sebabnya aku masih perempuan suci yang belum pernah disentuh mana-mana lelaki pun! Aku menjeling wajahnya tajam. Benci sungguh aku.
"FYI encik, correction! I dengan encik tak pernah ada apa-apa yang berlaku. Encik jangan ingat encik boleh ugut I dengan gambar-gambar macam ni. Satu hari nanti I pasti kebenaran akan terbukti juga" kataku membuatkan mukanya berubah lebih bengis. Pergelangan tanganku ditarik sehingga aku terdorong ke arahnya. Kuat. Aku cuba melepaskan diri tapi apalah daya aku nak dibandingkan dengan tenaga seorang lelaki.
"Hey perempuan pisau cukur. Apa tak cukup duit yang aku bagi kat kau huh? Kau dengar sini, aku kahwin dengan kau bukan sebab aku aku cintakan kau. Tapi aku nak tengok jauh mana kau boleh hidup dengan duit aku tapi aku akan pastikan kau tak kan pernah bahagia selagi kau jadi isteri aku" dia tersenyimum sinis. Allahuakbar apa dosa yang telah aku lakukan padanta sehingga dia sangup memperlakukan aku sebegini? Air mataku laju menuruni pipiku. Hati aku hancur mendengar pengakuan lelaki itu. Dengan sekuat tenaga, aku merentap tanganku yang masih berada dalam pegangannya.
"You don't deserve me and I tak kan sentuh duit-duit you semua. Don't you ever dare to touch me again!" Kataku sinis sambil berlalu ke dalam bilik air yang terletak didalam bilik tidurku. Hati ku perit. Aku menangis semahunya di dalam toilet. Sekarang aku rasa keseorangan. Nina... I rindu you😭
ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...