Dari jauh aku dah nampak dua susuk tubuh yang amat aku kenali.
Perlahan aku menapak menuju ke arah mereka yang sedang leka berborak di sudut hujung table restoran The Apartment.
"Assalamualaikum" Aku memberi salam setelah melihat mereka masih tak perasan akan kehadiran aku. Rancak sangat bergosip ye sampai aku sampai pun mereka tak nampak. =.="
"Waa...alaikum salam Sha!!!! Ouh my God! You look so pretty babe!" Ujar Fir setelah melihat aku yang berdiri tercegat di sisi Nadea.
Itulah Firdaus, atau lebih dikenali sebagai Fir. Teman rapat aku juga semasa di Universiti.
Kami rakan sekelas dan disebabkan itu dia selalu je ikut aku dan Nadea kemana-mana. Macam belangkas, walaupun berlainan jantina tapi kami senang berkawan disebabkan sifat Fir yang sedikit lembut dan metroseksual itu. Namun kami masih menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
AKu hanya tersenyum lebar sambil memeluk erat tubuh tinggi lampai Nadea sambil berlaga pipi.
"Sha, you look amazing! How's your life dear?" Tanya Nadea dengan wajah girang.
"Kalau ye pun bagilah I duduk dulu, order makan minum dulu ke. Lapar ni tak sempat nak breafast tau. Aish korang ni tau"
Rasa seronok pula dapat berjumpa dengan mereka ni. Seronok-seronok pun Alhamdulillah dapat juga aku selesaikan satu masalah iaitu tempat untuk mengadakan majlis hari jadi Dato' nanti. Kesemua senarai tempat yang dicadangkan oleh Nadea dan Fir telah aku catatkan didalam buku nota.
Lega rasanya. Setidaknya tugas aku selepas ini hanya untuk membuat panggilan telefon untuk memastikan yang tarikh majlis tersebut masih kosong,
Hampir dua jam jugalah kami sama-sama perah idea. Setelah penat akhirnya aku meminta diri untuk meneruskan projek aku untuk menelefon tempat-tempat yang telah disenarai pendek.
Aku ni sebenarnya boleh tahan juga cerewetnya. Ada beberapa tempat yang Nadea dan Fir cadangkan seperti lounge bar di hotel-hotel terkenal di KL ni, tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku tak selesa mengadakan majlis hari jadi di tempat-tempat sebegitu. Mungkin aku sedikit konservatif tapi Zafran sendiri yang memberikan kelonggaran padaku untuk memilih sendiri beberapa tempat yang dirasakan sesuai untuk menyambut ulang tahun Dato' yang ke 60 tahun.
Setelah itu aku mengambil keputusan buntuk pulang ke ofis dan menyiapkan tugasan aku sebelum pulang kerumah. Setelah itu aku meminta diri dari Nadea dan juga Fir. Aku berterima kasih sangat pada mereka berdua kerana sudi membantu aku hari ni. Syukur dikurniakan kawan baik seperti mereka berdua.
Aku tersenyum puas sambil mengerling jam di tanganku. Jam kini telah menunjukkan ke angka 1 tengah hari waktu Malaysia. Bermakna sekarang jam telah mencecah ke angka 5 pagi waktu tempatan di ibu kota London.
Ouh my... Maksudnya aku ada less then 3 hours untuk aku dapatkan tempat yang tarikhnya masih kosong dengan hari jadi Dato'Mahfuz.
Aku segera pulang ke pejabat. Setelah sampai di pejabat, aku memulakan tugasan aku untuk menelefon hotel dan juga tempat yang telah disenarai pendek oleh aku tadi.
Satu persatu nombor aku dial. Segala maklumat yang aku terima aku catatkan dalam buku nota pink aku.
Nampak gayanya tugasan kali ni agak mencabar jugaklah sebab banyak tarikh yang tak available atau pun telah di tempah oleh orang lain terlebih dahulu. Jadi setelah semua panggilan dibuat, sekali lagi aku terpaksa cancel kan beberapa tempat yang aku kira sudah tidak perlu aku masukkan mengunnakan pen. Dari 13 tempat sekarang hanya tinggal 6 tempat yang masih kosong.
Jam didinding ofis aku kerling. Alamak jam dah menunjukkan ke angka 3 petang, tapi aku masih lagi belum menyelesaikan tugasan aku dan yang pasti aku belum lagi menunaikan solat zohor.
ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...