Aku merenung keluar jendela dari rumah banglo yang terletak di atas bukit ini. Renunganku kosong. Sama seperti hati aku yang kosong. Sejak pemergian Zafran secara tiba-tiba tadi, aku hanya memerapkan diri di bilik tanpa menjamah sesuap nasi yang telah dihidangkan oleh Che Kiah.
Walaupun perut ni lapar mintak diisi, tapi seleraku telah mati.
Hp Samsungku aku tenung. Dari tadi whatsapp notifications tak berhenti-henti masuk. Kunci skrin aku buka.
Missed called
Haikal- 9 missed call
Mama- 3 missed call
Melihatkan nama Haikal di skrin hp aku buatkan mata aku tercelik besar. Ya Allah macam mana aku boleh lupa janji aku nak makan tengah hari bersama dengan Haikal?
Aku pun lupa nak bagitahu yang aku terpaksa ikut Zafran ke Cameron secara tiba-tiba. Astagfirullah.. mesti Haikal fikir aku sengaja mempermainkannya. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal apabila mengenangkan kebodohan diri sendiri disebabkan penyakit pelupa aku ni. Aish.
Butang call aku tekan.
Berdering. Tapi talian dimatikan setelah beberapa deringan.
Aku cuba dial lagi sekali. Masih sama.
'Haikal marah pada aku ke? yealah mestilah marah Shara oi. Kau langsung tak bagitahu dia apa-apa kot. Kalau aku jadi dia pun aku dah mengamuk. ' Aku mengomel sendirian. Perasaan serba salah tinggi menggunung sampai rasa nak balik KL sekarang ni jugak. Sob.
_____________________________________________________
Haikal
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland tidak terasa jauh apabila dia membayangkan wajah Shara. Pada mulanya dia terasa hati juga apabila Shara tidak memberitahunya tentang programnya ke Cameron Highland hari ni. Sepatutnya kami ada janji untuk makan tengah hari bersama, tapi pagi ni bila aku tak dapat hubungi Shara, aku terus call Abang Zaf. Aku yakin Abang Zaf tahu akan keberadaan pembantu peribadinya itu.
"Assalamualaikum Abang Zaf" aku memulakan perbicaraan dihujung talian.
"Waalaikumsalam Kal. Ada apa you call I tiba-tiba ni?" Balas Abang Zaf acuh tak acuh. Tapi aku buat tak peduli. Yang penting aku nak tahu yang Shara berada dalam keadaan selamat sebab sejak tadi aku cuba call dia tapi tak pernahnya dapat. Risau pulak aku.
"Shara. Do you know where is she? I've tried to call her several times but she didn't pick up" jujurku pada Abang Zaf.
Aku dengar Abang Zaf mendengus di hujung talian. Bad mood ke abang aku ni.
"She's in Cameron. Hari ni kan ada perasmian Al-Annur. Btw terlanjur you call, please take her home. I've got something to do and now I dah otw balik KL" terang Abang Zaf.
Aku mengerutkan keningku.
"You left her alone???" Aku meninggikan suaraku sedikit. Tak percaya yang Abang Zaf boleh tinggalkan Shara sendirian di Cameron. Ahh as expected, Abang Zaf with his self fish character. Aku menggelengkan kepalaku.
Setelah Abang Zaf menerangkan yang dia punya meeting lain yang perlu dihadiri, aku hanya mengiyakannya sahaja. Lalu talian dimatikan. Aku melepaskan keluhan.
Setelah itu kunci kereta Accord aku capai dan aku bergegas keluar dari pejabatku.
Jadi sekarang ni aku masih berada di atas jalan raya menuju ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan, hp aku berdering. Aku sempat melihat nama pemanggil namun disebabkan ada sedikit rasa marah dan kecewa pada Shara, aku hanya membiarkan panggilannya begitu sahaja. Setelah beberapa kali barulah hp aku senyap. Mungkin Shara pun dah give up nak call aku semula. Haish Shara Azhar. Aku mengeluh sendirian apabila memikirkan tentang perempuan yang dikasihinya itu sejak zaman belajar lagi.
---------------------------------------------

YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...