The unwanted meeting

313 22 3
                                    

Jam di dinding pejabatku aku kerling. Pukul 8.15 am. Awal lagi ni. Bisikku di dalam hati. Sebenarnya aku takde pun pejabat sendiri, cuma ada partition kecil je sebelum masuk ke pejabat Dato'.. Huhu. Tapi macam biasa aku memang suka berangan lebih-lebih. Haha=)

Lagi 15 minit untuk bos baru masuk melaporkan diri. Aku hanya duduk di kerusi aku sambil mataku tidak lekang melihat pintu masuk utama ke pejabat Dato'. Sesekali tudungku aku perbetulkan di hadapan cermin kecil yang sengaja aku letak di atas meja. Well perempuan dengan cermin memang tak dapat dipisahkan. Hee. Setelah yakin tudungku terbentuk kemas, aku membuat keputusan untuk pergi ke pantry untuk membuat air kopi Dato' terlebih dahulu. Kebiasaannya Dato' akan sampai ofis tepat pada pukul 8.30 pagi dan dia lebih suka jikalau kopinya telah siap tersedia di atas meja. Tapi untuk Haikal, aku sendiri tak pasti minuman apa yang digemarinya. Hurm tapi..dekat pantry ni cuma ada kopi kegemaran Dato' je. Ahh takpelah nanti bila dia datang aku tanya sendiri terus padanya.

----------------------------------------------------------------

Hurm sedapnya bau kopi ni. Cawan kopi Dato' aku bawa perlahan-lahan menuju ke bilik pejabatnya. Dengan berhati-hati aku membuka daun pintu kaca bilik Dato' dan meletakkan cawan tersebut perlahan di atas meja Dato'. Aku tersenyum puas.

Tiba-tiba ada suara berdehem disatu sudut bilik. Aku yang terkejut dengan bunyi tersebut terus sahaja melatah sehinggakan tanganku tanpa sengaja terlanggar air kopi tadi yang aku letakkan di atas meja Dato'. Ahh nasib baik tak ada sebarang dokumen penting atas meja Dato', kalau tak mati aku terus kena buang kerja. Muka cemas aku jelas kelihatan.

"Kus semangat. Allahuakbar" Aku sempat mengusap dadaku sebelum cepat-cepat megambil tisu yang berada di atas meja Dato' dan mengelap air kopi yang tertumpah. Rasa mahu menangis pun ada saat ini. Chill Shara Chill. Jangan clumsy sangat boleh tak?

"Astagfirullah Shara, apa awak dah buat atas meja saya ni?" Tanya Dato' yang secara tiba-tiba muncul di balik daun pintu masuk pejabat. Aku pula secara tidak langsung mengangkat muka dengan mata yang sudah mula berkaca.

"Dato', maafkan saya sebab saya tak sengaja. Tadi ada sua.." Aku tidak dapat menghabiskan ayatku apabila terpandangkan susuk tubuh yang aku kenali. Jantungku berdegup laju seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatku ini. Betul ke ni? aku tak mimpi ke? Ma... macam mana dia boleh ada kat sini? Tak mungkin.

Zafran. Aku seakan mahu menjerit dan melarikan diri dari pandangan lelaki ini. Kenapa? Kenapa baru sekarang kau nak muncul dalam hidup aku? 4 tahun lalu, kenapa baru sekarang? Mataku tidak berkedip memandangnya. Mata yang berkaca kini sudah menistiskan air mata. Aku mengalihkan pandangan. Tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Tapi dia kelihatan tenang sekali. Seolah tiada apa yang terjadi. Ahh dasar lelaki! Getus hatiku.

"Shara, are you okay? Okaylah sudah-sudahlah tu. Saya gurau je tadi. Tak perlulah kamu menangis, Isk kamu ni clumsy dan cengeng betul. Macam ni rupanya kalau saya ada perempuan ye" suara Dato' seolah memujukku. Aku hanya tersenyum kelat sambil mengesat air mataku dengan hujung lengan baju. Ahh persetankan semua persoalan kau saat ini Shara, tak kan kau nak menangis merayu depan Dato' ni pula? Cukuplah drama yang kau dah buat pagi tadi.

"Maaf Dato' saya janji saya tak akan clumsy lagi. Saya cuma...urm.." Aku tidak tahu apa ayat yang sesuai untuk aku tuturkan tika ini. Melihatkan dirinya yang berlagak tenang membuatkan aku semakin gelisah dan tidak tentu arah.

"Takpelah Shara, mari sini saya perkenalkan kamu dengan anak sulong saya Zafran Aiman" Aku hanya membantukan diri di tepi meja Dato'. Tidak berganjak mahupun mengangkat wajahku ke arah lelaki itu. Tiba-tiba ada satu tangan yang menghulur ke arah ku. Aku terpegun. Tidak tahu sama ada mahu menyambutnya atau mebiarkan sahaja. Aku tertunduk lagi.

Story of My LifeМесто, где живут истории. Откройте их для себя