Does hurting her make my self a better person?

266 14 0
                                    

Zafran

Jam loceng berwarna hitam di sisi meja katil aku kerling. What? Dah pukul 1 tengah hari? Hari ni aku sepatutnya berjumpa dengan Afnan pada pukul 4 petang di Ben Cafe KLCC. Shit! Macam mana aku boleh tak sedar. By the way Afnan merupakan pekerja papa merangkap kawan baik aku semasa di UK. Kami belajar di Fakulti yang sama tapi selepas tamat belajar Afnan terus pulang ke Penang manakala aku masih menetap di UK dan menolong menguruskan firma arkitek kepunyaan uncle James sahabat baik papa di kota London. Afnan yang kini bekerja di Mahfuz & Co telah menetap di KL setelah hampir 4 tahun pulang ke Malaysia. Dialah satu-satunya kawan yang boleh dipercayai dan banyak memberi maklumat mengenai semua perniagaan papanya di KL, Brunei dan juga Singapura.

Ahh mana pulak pergi iPhone aku ni. Aku masih berbaring malas dikatil. Cuma tanganku saja meraba-raba poket seluar slack grey yang dipakai dari malam tadi. Puas aku cari tapi takde. Damn! Baru aku teringat yang malam tadi lepas aku terlanggar Sofea di hadapan tandas lelaki restaurant 360' aku terus berlalu pergi tanpa mengambil semula telefon ku yang terjatuh dilantai. Disebabkan pertemuan yang tak dijangka itu juga kakiku mula melangkah laju menuju ke private bar section yang terletak di loby hotel tersebut setelah selesai makan malam bersama papa dan Haikal.

Waktu itu aku benar-benar rasa marah. Pertemuan pertama dengan Sofea setelah benerapa tahun tidak bersua muka benar-benar menggangu fikiran aku. Di tambah pula apabila aku terbaca semua kandungan whatsapp Haikal semasa dia meninggalkan hpnya di meja makan ketika dia berlalu ke tandas. Pada mulanya aku was-was sama ada mahu membuka atau pun tidak, akan tetapi gerak hati aku memaksa aku untuk membuka pesanan whatsapp milik Haikal. Hati nya bertambah sakit apabila membaca whatsapp dari Haikal yang tak habis-habis merintih kerinduannya pada Shara, isteriku. What the f**k! mahu saje aku beri tumbukan padu di muka Haikal tika itu juga apabila terpandang wajah Haikal yang telah mengambil tempat disisiku. Walaupun dia perasan yang tiada tanda double blue tick yang diterima Haikal sejak awal, namun hatinya tetap terasa bengang dengan Shara. Disebabkan itu juga aku mula kembali dengan habit aku semasa di UK. meneguk beer atau wine sudah menjadi sebahagian dari sosial hidup aku semasa di UK.

Shara, baru aku teringat yang aku telah merosakkan iPhonenya tempoh hari. Mungkin disebabkan skrin telefonnya yang retak itu menyukarkan Shara untuk mengangkat panggilanku dan juga membiarkan pesanan Whatsapp dari Haikal tidak berbalas. Aku bingkas bangun untuk membersihkan diri. Aku cadang untuk keluar ke KLCC dan singgah ke Machines store. Mungkin aku patut menggantikan iPhone Shara dan juga diriku dengan model iPhone yang terbaru. Mesti Shara suka. Aku tersenyum menampakkan lesung pipitku yang satu itu.

Setelah selesai mandi, aku menyarungkan Tshirt nike berwarna putih ditubuh dan dipasangkan dengan seluar jeans lusuh. Aku menyembur sedikit pewangi dan menyisirkan rambutku sedikit ke belakang. Setelah merasa puas dengan penampilan aku, aku berjalan menuruni anak tangga. Mataku melilau ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuhnya. Tiada.

Bau masakan Che Kiah mula mencucuk ke dalam rongga hidungku. Hurm.. Aku lantas memanjangkan langkahku ke arah dapur. Dari jauh aku lihat Shara sedang khusyuk bermain dengan pokok kaktus di meja coffee di sudut dapur. Aku pantas menuju ke arahnya. Dia yang terkejut akan kehadiranku terus terdiam kaku di kerusinya. Perlahan-lahan aku lihat dia seolah membelakangkan sedikit tubuhnya ke belakang. Wajahnya ditundukkan sedikit. Aku mengerutkan dahiku melihat reaksi spontan Shara.

Tanpa buang masa aku menarik pergelangan tangannya membuatkan dia berdiri secara automatik tapi disebabkan tindakan aku yang drastik, dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh didalam dakapanku sambil tangannya berpaut pada leherku. Mata kami bertaut seketika, lalu aku mengecilkan anak mataku membuatkan dia melepaskan pautan tangannya itu tadi. Jantung aku berdegup laju.

Aku masih tidak berganjak walau seinci bahkan aku mendekatkan lagi wajahku ke wajahnya. Pinggangnya ku rangkul perlahan dan secara tiba-tiba aku melihat ada air mata jernih jatuh dipipiku. Aku semakin keliru dengan reaksinyau itu.

Story of My LifeOnde histórias criam vida. Descubra agora