Hari ni seperti biasa tak banyak sangat kerja aku sebagai seorang pembantu peribadi pada Dato' Mahfuz. Terus terang aku sangat mengagumi budi pekerti Dato' yang sangat merendah diri dan kelakar. Ada sahaja ayat-ayat dia yang membuatkan aku tergelak besar apabila dia mula menyakat aku. Walaupun dia peramah tapi aku tak kan pernah lupa batas-batas kami sebagai majikan dan pekerja.
Tiba-tiba interkom aku berbunyi.
"Shara, masuk bilik saya sekejap. Saya ada hal nak beritahu" suara Dato' kedengaran dihujung talian.
"Baik Dato'" ujar ku dan terus bangun menuju ke bilik Dato'.
Pintu bilik diketuk. Setelah Dato' memeberi arahan untuk masuk barulah aku berani menolak daun pintu kaca itu.
Seperti biasa Dato' memang tidak pernah lekang dengan senyuman dibibir. Aku membalas semyumannya sambil mengeluarkan buku nota kecil bersama pen di tanganku tanda aku telah bersiap sedia untuk menulis segala arahan dari Dato'.
"Ye Dato' ada apa-apa yang saya boleh bantu?" tanyaku lancar
"Ouh ye, saya nak beritahu kamu sesuatu Shara. Duduklah" arah Dato'. Aku semakin hairan, sampai kena duduk-duduk ni ada apa-apa ke? jangan-jangan Dato' nak buang aku kot. Isk. Naiya,
"Apa dia ye Dato', buat suspen saya je ni." Balasku berseloroh. Saje aku nak tutup gugup sendiri. Haiyak.
"Takde apa, sebenarnya kalau Sha nak tahu saya tak perlukan PA lagi memandangkan isteri saya pun dah cukup untuk mengeruskan hal kehidupan dan tempat kerja saya. Jadi.."
"Dato' nak terminate saya ke Dato'.. Tapi Dato' mana saya nak kerja lepas ni?" Aku memotong percakapan Dato'. Ahh patotlah sepanjang aku kerja dengan Dato' aku tak pernah diberi tugas sebagai seorang PA, aku hanya diperlukan apabila Dato' memerlukan air kopi dan fotostat beberapa dokumen sahaja. Aduh, sedihnya kalau memang betul aku dah kehilangan kerja ni. Mana aku nak dapat duit nak sara kehidupan ni. Walaupun aku masih tinggal dengan babah dan mama tapi tetap aku tak nak susahkan mereka lagi. T.T aku mula gelabah.
"Ish kamu ni Sha! Saya tak sempat cakap habis pun kamu dah potong cakap saya. Cuba dengar dulu" Bebel Dato' pada ku. Aku hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Habis kalau bukan Dato' nak terminate saya, habis tu apa?" Tanyaku penuh tanda persoalaan.
"Saya tak terfikir pun nak terminate sesiapa kat sini. Asalkan awak rajin kerja, disiplin dan ada kesungguhan nak belajar benda baru, saya sentiasa berlapang dada untuk berikan awak kerja ini. Cuma tujuan saya mencari PA adalah untuk anak lelaki saya. Dia akan menggantikan saya buat sementara waktu, kalau dia lulus saya akan berikan dia kepercayaan untuk meneruskan dan menguruskan legasi saya ini. Jadi saya nak awak jadi PA dia dan jadi 'spy' saya bila dia masuk melapor diri minggu hadapan" Jelas Dato'.
"Err..maksud Dato' Hai....eah ouh okay anak lelaki Dato" aku hanya mengangguk-angguk akan permintaan Dato' yang satu itu. Tapi, tak mungkin Haikal dah berubah fikiran sebab setahu aku Haikal langsung tak berminat dengan selok belok perniagaan papanya. Mungkin Haikal ada alasannya sendiri. Haish, jadi PA pada anak laki Dato' bermakna secara tidak langsung, aku akan menjadi PA Haikal? OMG!! Mesti kekok nanti. Ahhh kenapalah..
"Kenapa dengan awak ni Shara, macam nampak hantu je saya tengok. Jangan bimbang, anak lelaki saya tu tak makan orang. Dia mungkin pendiam jadi saya rasa dia tak kan banyak kerenah sangat. Minggu depan saya perkenalkan Shara dengan dia."

VOUS LISEZ
Story of My Life
Roman d'amourPreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...