Chapter 17

271 13 0
                                    

Shara

Selepas mengemas pakaian ke dalam bag lugage. Aku duduk di bangku meja solek aku. Laci meja solek aku tarik. Diari kecil berwarna pink aku keluarkan. Dah lama aku tak menulis. Seingat aku kali terakhir aku meluahkan sesuatu dibuku pink itu ialah masa kali pertama dapat tahu yang aku dapat masuk UiTM. Masa tu tuhan saje yang tahu betapa eksaitednya aku dapat sambung belajar. Huhu.

Kali ni entah kenapa hati aku tergerak untuk menulis sesuatu dibuku pink itu. Tanganku laju menulis, meluahkan rasa hati yang tiada siapa dapat memahaminya. Perasaan sedih, marah, bercelaru. Tanpa aku sedar ada air mata yang jatuh membasahi buku kecil itu. Allahuakbar. Jam loceng di atas meja solek aku kerling. Dah masuk waktu Zohor dah tapi aku tak solat lagi. Haish. Aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Dia... Ahhh selepas mandi tadi dia telah lama menghilangkan diri. Mungkin dah turun bawah sebab aku pun ralit mengemas baju tanpa menghiraukannya. Malas aku nak layan dia lepas apa yang terjadi antara kami tadi. Aku lebih suka mengelakkan diri dari bertembung dengannya. Ahh biarlah...

------------------------------

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Setelah usai solat, aku turun bawah.

"Ma.. Zafran mana?" Tanyaku pada mama yang sedang sibuk menyiapkan makan tengah hari di dapur.

"Adik, tak kan dah kahwin pun panggil nama je kat suami kamu tu. Kita ni perempuan kenalah ada rasa hormat kat suami kita. Panggil abang kan lagi mesra. Baru suami sayang. Lagipun jarak kamu berdua jauh sangat. Panggil nama tu dah macam kawan dah mama dengar" ceramah mama padaku.

"Alah ma... Apalah sangat ada pada umur tu. Yang penting Shara pandai jaga diri sebagai seorang isteri kat luar tu ma, lagi pun gelilah nak panggil abang ma, rasa macam berdiri segala bulu roma Shara" yucks tak dapat aku bayangkan panggil si dia abang! Buwek muntah!

"Haish ada-ada je anak mana ni lah! Dah meh sini tolong mama hidangkan lauk tengah hari ni kat meja makan tu, mesti laki kamu tu pun dah lapar. Dari tadi tak habis borak pasal anak-anak kucing kesayangan babah kamu tu kat luar. Lepas hidang pergilah panggil mereka berdua tu masuk makan"

"Hmm yealah" aku hanya menurut sambil tanganku laju mengangkat pinggan mangkuk lalu dibawa ke meja makan utama. Setelah semuanya siap aku keluar rumah mendapatkan mereka. Dari jauh aku dah dengar suara riuh babah. Ada jelah tu yang dia nak ceritakan pasal kucing-kucing kesayangannya tu. Tak tahu pulak aku yang si Zafran ni pandai berborak dengan orang tua sampai aku kat sebelah pun dia tak perasan.

"Ehem! Ehem! Lunch is ready. Babah. Zaf jum kita makan dulu. Kejap lagi pun kita nak balik rumah you dah" aku cuma berbasa basi. Pelik pulak bila panggil nama dia buat kali pertama. Erk awkward. Pandangan ku alihkan cepat-cepat supaya tak bertembung dengan anak matanya yang tajam tu. Eii aku cucuk jugak mata dia tu. Sabar Shara sabar. Aku mengomel sendirian sambil kaki lu laju melangkah ke meja makan di dapur. Babah dengan Zafran hanya mengikuti ku dari belakang. Setibanya di meja makan, aku lihat abg Zin dan adik bongsu aku Razman dah bersiap sedia menunggu di tempat masing-masing.

"Hah Man! Matahari dah terpacak baru Kak Sha nampak batang hidung Man. Kalau tak sampai Kak Sha dah ikut Abg Zaf balik pun Kak Sha tak jumpa Man tak? Cuti-cuti ni buat apa je?" Tanya aku bersahaja sambil mengambil tempat disebelah kiri Man. Man seperti biasa hanya tersenyum simpul menampakkan lesung pipitnya di pipi kiri dan kanan. Itu jelah respon dia setiap kali aku tanya. Uhh. By the way, meja makan ni cuma muat untuk 6 orang je jadi memang cukup-cukup jelah untuk kelurga kecil kami duduk makan bersama. Bezanya kali ini ialah kerusi yang satu dihujung yang dulu kosong kini telah diisi oleh Zafran menantu pertama mama dan babah. Wah menantu gittuh!

"Man, kamu tukar tempat duduk paling hujung sekali. Bagi abg Zaf kamu duduk kat situ tengah-tengah antara babah dengan Kak Sha. Diorang kan baru kahwin, senanglah babah nak borak dengan menantu pertamanya nanti" mama pulak bagi idea. Eah mama ni dah elok-elok Zafran duduk hujung tu biarlah. Isk.

"Mana-mana jelah ma. Man bukan kisah pun. Haaa abg Zaf mehlah duduk tempat Man ni" balas adik aku. Eah peramah pulak adik aku ni. Biasanya kalau ada tetamu di yang paling senyap. Sejak bila pulak kemain bermulut manis ni? Ish ish musykil aku.

"Oouh okay thanks. Nanti jangan lupa next saturday Abg Zaf ambik kat rumah ye." Jawab Zafran. Aku mengerutkan dahi tanda tidak memahami apa yang sedang terjadi. Am I missing something here?

"Ouh ye Shara, Man bagitahu Zafran yang dia minat motorbike. Kebetulan Zafran bagitahu yang dia ada kawan punya minat yang sama dan katanya kawan dia ada track di rawang sana. So Zafran janji nak bawak adik kamu pergi tengok koleksi motorbike kawannya nanti sabtu depan" aku membulatkan mata ku tanda tak percaya. Kenapa dengan family aku semua dia baik, tapi layanan dia pada aku tak ubah macam sampah. Aku terasa hati tapi aku pendamkan saje. Come on ini Shara kot.

"Ohh Kak Sha tak tahu pulak adik Kak Sha minat motorbike? Wah best jugak tu pergi tengok motorbike. Kak Sha join boleh?" Tanya ku riang. Tiba-tiba abg Zin yang entah dari mana mencelah.

"Sha apa tahu.. Yang Sha tahu bercinta je kat U tu. Mama babah hantar Sha pergi U belajar tapi Sha pergi bercinta. Abg ingat Sha nak bawak Haikal balik as adik ipar abg tapi tup tup takde angin takde ribut lelaki lain pulak yang Sha pilih buat jadi suami" aku lihat Zafran yang sedang minum air masak tiba-tiba tersedak. Merah mukanya yang putih melepak tu.

"Eah Zaf, kamu okay ke? Ya Allah kenapa sampai boleh tersedak ni. Kan dah merah muka tu" tanya mama dalam keadaan panik. Aku pulak terkedu dengn kenyataan Abg Zin. Isk abg Zin ni mulut takde insuran betullah. Ada ke patut cakap macm tu depan suami aku. Eah kisah pulak laki tu kan sebab di kahwin dengan aku pun sebab hurm..sebab apa eak? Eah sebenarnya aku pun tak tahu menahu sampai sekarang sebab apa dia sibuk beria-iw paksa aku kawin dengan dia walaupun dia benci aku. Aish aku pun tak faham.

"Apa kamu ni Zin. Tak elok cakap macam tu depan Zafran. Diorang kan dah kahwin.. Lagipun siapa budak si Haikal yang kau maksudkan tu?" Tanya babah pula. Adeh apa aku nak jawab ni. Matilah aku. Baru tadi aku kena warning dengan laki ni pasal Haikal. Sekarang nama senior dia jugak yang dibangkitkan. Aku tengok dia mengetap bibirnya, matanya tajam memandang aku. Cis!

"Tak silap Zin budak tulah yang selalu tolong Shara kat studiokan. Pernah sekali Zin datang hantar drawing Shara yang tertinggal kat rumah ni. Nina kawan Shara cakap dia ada dekat studio, so bila sampai Zin tengok si budak Haikal ni ada sekali. Kesian kena buli dengan Shara suruh angkap sculpture dia yang besar tu. Nasib budak tu ikutkan je. Zin ingat tu bf Shara" tambah abg Zin lagi. Aduh matilah aku. Tiba-tiba ada tangan yang memegang tangan kananku. Makin lama makin kuat. Aku terkedu. Aku lihat tangannya berada di atas tanganku. Aku menjeling ke arahnya tapi muka dia slumber je sambil tangan kanannya menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Adeh!" Rungutku. Tiba-tiba semua mata memandangku.

"Kamu dah kenapa dik?" Tanya mama. Aku pantas mengeleng sambil tangan kananku cuba untuk meleraikan pegangan kuat tangannya itu. Tapi macam sia-sia sebab dia seolah tidak mahu mengalah. Isk aku siku lengan dia tu kang baru tahu. Sudahnya aku hanya menyengih dan memberitahu mereka bahawa ada nyamuk gatal gigit lenganku. At last dia lepaskan jugak tangan aku sebab kalau tak macam mana aku nak makan nanti. Tapi aku prrhatikan dari tadi dia cuma mendiamkan diri je di meja makan. Sakit e dia? Ahh lantaklah malas aku nak fikir.

Setelah selesai makan, aku membantu mama apa yang patut di dapur. Sengaja alu lengahkan walaupun mama dari tadi tak habis-habis bising suruh aku cepat bersiap sebab sekejap lagi aku akan  meninggalkan rumah dan berpundah ke rumah Zafran di Mont Kiara untuk selama mana aku menjadi isterinya. Sedih. Walaupun aku dah terbiasa berjauhan dengan mama babah sepanjang berada di universiti. Tapi kali ni perasaannya lain. Kali ni walaupun dekat tapi aku terasa macam aku akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Sebab aku bukan lagi di bawah tanggungjawab mama dan babah tapi aku dah jadi tanggungjawab suami aku iaitu Zafran. Entah macam manalah kehidupan aku selepas ini? Sudi ke dia tanggung aku? Pembelajaran aku pula bagaimana? Haih semuanya menyesakkan pemikiran aku sungguh!

--------------------

Hi! You all dah baca belum my 2nd book the mysterious guy? Kalau belum apa lagi pergilah baca. This time I bak buat watak heroin tu gila-gila sikit so harap you all sudi baca ye. Lepas baca jangan lupa vote and comment. Nak jugak tahu apa feedback korang.. Please😢 pape pun enjoy okay? Thank u. Xoxo

Story of My LifeOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz