"Eherm eherm" suara deheman dari arah belakangku membuatkan aku tersentak.
Zafran. Ahhh malunya mana aku nak letak muka aku sekarang ni. Aku menggigit bibir bawahku.
"Hah Zafran kamu dah kenapa pula gatal tekak ke dari tadi asyik berdehem je" kini fokus mama Iti mula beralih arah pada Zafran yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aku memejamkan mataku.
"Ouh Zaf tiba-tiba rasa macam sakit tekak pula. Mungkin sebab malam tadi.. Urm.." Suara Zafran kedengaran pelik pula kali ini. Haaa dah kenapa pula tiba-tiba mamat ni nak sakit pulak. Haish ada-ada jelah.
"Aiii tak kan malam tadi dapat tidur dengan bini terus dapat sakit dah, haa yang kamu Shara kenapa tercegat lagi kat situ.. Ajaklah suami kamu makan sama.. Jangan segan-segan mama Iti faham perasaan orang bercinta ni haa"
Gulp. Apa pulak mama Iti ni. Ada pulak cakap macam tu depan Zafran. Muka ku sudah mula memerah. Semua salah Zafran punya pasal. Aku memalingkan tubuhku perlahan memandang susuk tubuh Zafran yang memakai kain pelikat dan jugak tshirt berwarna putih.
Dup dap dup dap
Aiii jantung? Kau dah kenapa.. Macam lah kau tak pernah tengok lelaki pakai kain pelikat kan. Selalu setiap hari jumaat masjid kat area rumah kau berlambak orang lelaki pakai kain pelikat pergi solat jumaat. Takda pulak kau nak dup dap dup dap macam ni.
Tanpa sedar aku mula meniliti setiap gerak geri tubuh badan Zafran.
Saying he look hot with that kain pelikat is an understatement.
I think he's the best creature I've ever seen on earth. Omg! What did I say??
Wait wait... Kenapa jarak Zafran dengan aku makin lama makin dekat ni?
Hati ku mula gelabah. Degupan jantung aku makin lama makin tak stable. Normal ke aku ni?
Tubuh ku kaku. Hanya anak mataku saja yang bergerak memerhatikan Zafran yang kini sedang menuju ke arahku dengan senyuman nakal yang tak lekang dari bibirnya.
Waduh waduh... Kok kamu ganteng banget ya Zafran! *ops
Aku menekup mulutku. Seriously Shara?
******************
Selepas pengumuman Zafran pada keluarganya mengenai perkahwinan kami tempoh hari, kini penuhlah didada-dada majalah dan surat khabar wajah Zafran dan juga 'isteri' misterinya itu. Misteri? Haa akulah tu perempuannya tu. Zzzzz.
Tajuk berita tak nak kalah. Panas dan sensasi aje kalau dibaca. Naik jemu pula aku baca.
Naik fed up dan muak pulak aku dengan wartawan Malaysia yang tak habis-habis nak busy body hal hidup peribadi orang lain. Selama seminggu ni jugak aku cuba menghindarkan diriku dari terserempak dengan Zafran disebabkan rasa arah dalam diri aku ni masih menebal lagi.
Apa dia fikir dengan cara dia hebohkan tentang perkahwinan kami satu Malaysia ni boleh membuatkan kami bersama kembali ke apa? Ouh no, please talk to my hand. I won't accept you no matter what.
Bertambah sakit hati lagi adalah bila tengok komen-komen pedas dari 'keyboard warrior'. Seolah-olah mereka lagi arif dan tahu mengenai kami. Tahu nak menghukum je.
Satu-satu tajuk berita mengenai perkahwinan Zafran yang kini menjadi trending aku scroll pada Ipad miniku ini. Sebal.
"Punca Ahli Perniagaan Termuda di Malaysia Merahsiakan Perkahwinan"
"Bukan Pilihan Keluarga, Punca Ahli Perniagaan Termuda Merahsiakan Status Diri"
"Rahsia Disebalik Perkahwinan Tanpa Restu"
"Siapakah Isteri Misteri Zafran Aiman Bin Datok Hj Mahfuz?"
Ya ampun sakitnya hati aku baca. Kalau aku boleh cilikan mulut penulis cerita-cerita sampah ni dah lama aku cilikan. Sedap je mulut cakap hal kain dalam orang. Hairan aku macam mana mereka ni boleh buat cerita yang tak tahu hujung pangkalnya. Elok pula ada sekeping gambar pernikahan kami empat tahun lalu disertakan di dalam artikel mereka. Nasib wajah aku di blurkan, kalau tak sampai lubang cacing aku cari si penulis ni.
Ipad mini aku, aku letakkan disisi katil. Tubuhku aku rebahkan di katil empuk ini. Runsing.
Setelah beberapa minit Hp ku mula berdering. Dengan malas-malas aku mengangkatnya tanpa melihat nama si pemanggil.
"Heloo" Aku menjawab malas sambil memejamkan mataku rapat.
"Where were you last night?" Tanya Zafran dalam nada ketat.
Omg! Dah kenapa pulak mamat ni tiba-tiba nak berangin pulak. Seminggu dia senyap je aku takde pun nak hairan apa dia buat ke, pergi mana ke, dengan siapa ke. Eah eah tiba-tiba muncul dah tanya soalan serupa polis. Bbbrr.
"Eherm! Yang awak tiba-tiba call tanya saya ke mana malam tadi dah kenapa?" Tanyaku semula. Slumber. Padahal walaupun hubungan kami complicated, Zafran masih lagi boss aku.
"I've the right to know everything about you Shara. You pergi mana ke, you buat apa, keluar dengan siapa, every single thing happen in your life is all my business right now. So you tell me where were you last night???" Kedengaran suara Zafran sedikit tegang.
Aku pulak terkedu. Come on!
"Mana ada saya pergi mana-mana saya duduk rum..." Tak sempat aku nak habiskan ayat aku tiba-tiba aku teringat yang aku terserempak dengan Firdaus masa pergi beli roti kak 7e area rumah aku. Jangan-jangan dia ni stalked aku tak?
"Haaa awak stalked saya ye?!"
**********
Hye korang!
Rindu tak?
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...