Good/bad News

223 15 0
                                    

Sebulan telah berlalu. Aku semakin sibuk dengan persiapan projek akhir semester. Semester kali ini lebih tough sebab tiada lagi senior yang baik hati membantu aku ketika di studio. Jadi aku perlu berusaha lebih sedikit berbanding semester yang lepas. Kadang kala apabila aku keseorangan membuat kerja-kerja di studio, aku termenung memikirkan nasib diriku. Rindu ku pada Haikal bertamu lagi. Tapi apabila memikirkan Haikal yang baru sahaja bertemu dengan gadis lain di Melbourne baru-baru ini di facebook membuatkan hati ku benar-benar terluka. Patutlah tiada khabar berita darinya semenjak pergi ke sana sebulan yang lalu. Mungkin dia pun dah bosan menunggu aku yang selalu main tarik tali dengannya sebelum ini. Padan muka aku! Dulu orang tu nak kat kau, kau jual mahal sangat. Sekarang kau sendiri yang ternganga. Uwaaa sedihnya.. Berulang kali aku stalked fb Haikal. Satu persatu gambar Haikal aku skrol sehingga aku ternampak sekeping gambarnya bersama seorang perempuan berambut panjang ikal mayang. Dia nampak macam bahagia di samping perempuan disisinya itu. Tangan Haikal berada di bahu perempuan itu. Rapat. Ada perasaan cemburu di hati aku bila melihat gambar itu. I think its time to move on Shara.. Forget about that guy, forget about your fake marriage. Forget about him. Yes!

--------------------------

"Salam mama. Mama sihat?"

"Wasalam sayang. Zafran ada contact adik?" Gulp aku menelan air liur. Kenapa tiba-tiba mama tanya pasal Zafran? Ahhh.. Bukan ke mama dah tahu akan status kami? Selepas seminggu kehilangan Zafran, aku terus berterus dengan mama dan babah bahawa kami berdua sudah berpisah. Walaupun aku tidak tahu sejauh mana status perkahwinan kami tapi aku menganggap pemergiannya yang tanpa khabar berita ini merupakan perpisahan antara kami. Ye inilah perpisahan yang terbaik aku kira. Pada orang tua ku, aku hanya memberitahu bahawa perpisahan ini adalah untuk kami berdua fokus pada diri masing-masing terlebih dahulu. Adalah jugak aku berbohong pada mereka supaya mereka tidak bertambah kecewa. Bagaimanapun aku tetap tidak akan memberitahu tentang rahsia perkahwinan kami. Cukuplah mereka tahu melalui cerita rekaan aku yang mana Zafran ada memujuk aku untuk tinggal di UK, tapi aku membantah keras kerana tidak mahu meninggalkan pelajaran ku dan juga orang tua ku. Akhirnya kami sepakat untuk berpisah. Aku disini dan dia di UK. Aku harap dia tak kan pulang ke Kuala Lumpur dan menghubungi kedua orang tua ku. Biarlah mama dan babah percaya yang perpisahan ini adalah sementara untuk kebaikan kami bersama. Walhal aku tahu perpisahan ini tak pernah bermakna apa-apa untuk aku dan dia.

Tapi... Mengenangkan period aku masih belum menjenguk, aku jadi cuak. Emosi aku pun sedikit terganggu kebelakangan ini. Bermacam-macam andaian telah aku fikirkan sekirannya benar kalau aku betul-betul positif mengandungkan anak Zafran. Ahhh.. Kusut kepala aku. Lepas satu, satu masalah yang datang. Aku mengeluh perlahan.

"Adik? Are you still there?" Tanya mama cemas. Ouh ye lupa pula yang aku masih di talian bersama mama.

"Ye.. Ye ma. Adik still kat sini. Abg Zafran? Kenapa dengan dia ma? Takde. Mungkin dia sibuk uruskan projek di UK. Ada apa-apa ke ma?" Tanyaku malas. Sejujurnya aku tidak berminat apabila bercerita mengenai Zafran, lelaki yang telah banyak melukakan hati aku dengan perkahwinan yang pura-pura dan satu-satunya lelaki yang telah meragut kesuciaanku lalu meninggalkan aku tanpa sebarang penjelasan. Kejam!

"Ouh.. Semalam dia ada call babah. Bising babah bila dengar suara dia. Tapi babah cakap dia mintak maaf tak sempat jumpa mama dan babah sebelum berangkat ke UK tenpoh hari. Katanya ada emergency . Babah tanya kenapa tak bawa berbincang sebelum kahwin, kenapa kamu berdua kahwin kalau tahu masing-masung tak boleh sepakat nak tinggal mana selepas kahwin. Eah mama pun tak fahamlah korang berdua ni... Kalau dah tahu kamu tak boleh ikut dia ke sana, kenapa kahwin jugak. Kenapa tak tunggu sampai habis belajar je Shara?" Bebel mama panjang lebar. Tapi betul ke Zafran call babah untuk minta maaf? Patutnya minta maaf pada aku bukan pada orang tua aku. Yang diperkosa dan ditinggalkan ialah aku. Aku tiba-tiba jadi emosi bila mengenangkan yang Zafran tiada usaha untuk menerangkan padaku tentang pemergiannya ke UK. Dulu ada juga di tinggalkan surat untuk Che Kiah dan kini dia hanya call babah sahaja tapi bukan aku. Ahhh kenapa perlu aku kisah mengenai Zafran? Persetankan semua tu.

"Ma... Shara pun tak tahu ma. Mungkin sebab kami berdua jatuh cinta terlalu cepat dah tanpa fikir panjang terus kahwin sebab nak elak fitnah. Kami pun tak rancang semua ni. Bila babah kata soal perpisahan apa dia kata?" Bimbang juga aku kalau-kalau Zafran memberitahu hal yang sebenarnya. Cukuplah mereka kecewa dengan berita perpisahan kami tapi jangan buat mereka rasa tertipu dengan perkahwinan tanpa rela aku ni. Aku masih belum bersedia untuk menghadapinya seorang diri.

"Dia hanya diamkan sahaja. Katanya dia akan pulang bila Shara tamat belajar nanti. Maknya nak tunggu sampai setahun. Eah mama betul-betul tak faham dengan budak-budak sekarang ni. Apa korang ingat kahwin ni main-main ke?" Bising mama padaku. Setahun lagi? Lepas tu apa? Maknanya aku masih isterinya yang sah? Ahhh aku pun pening memikirkan soal rumah tangga aku ni. Dahlah kena kahwin tanpa rela, kahwin pun senyap-senyap, sorang pun family dia aku tak tahu. Sekarang aku ditinggalkan tanpa sebarang sebab.

"Ma.. Sha mintak maaf. Sha harap mama hormat keputusan kami berdua. Kalau ada jodoh kami, adalah. Kalau bukan, mama doalah yang terbaik ye? Ma... Abang Zin dah tahu ke?" Soalku pada mama. Risau juga kalau berita ni sampai ke telinga Abg Zin. Mahu mengamuk dia kalau dia tahu. Tak dapat aku bayangkan. Sama je panas barannya tu dengan Zafran. Huh.

"Belum. Mama rasa elok Sha beritahu sendiri. Sampai bila Sha nak mama dan babah sorokkan perkara ni? Lama-lama nanti dia akan tahu juga." Aku hanya mengangguk perlahan dihujung talian. Lemah. Tiba-tiba aku rasa tekak ku loya yang amat.

"Uwek wekk" aku menelan air liur.
"Adik?? Adikk... Shaa.. Kamu okay ke ni? Kenapa pulak tu?" Kedengaran suara risau mama dihujung talian. Tanpa berlengah aku terus mengambil plastik yang ada dibilik hostel dan terus memuntahkan kesemua makanan yang aku makan siabg tadi. Gulp. Tekak ku rasa lega sedikit. Nasib baik ada plastik, kalau tak jenuh aku nak berlari keluar ke tandas yang terletak di tengah- tengah hostel. Iphone ku aku capai, kedengaran suara cemas mama dihujung talian.

"Adik.. Adik okay ke ni? Kenapa tu? Kam pregnant ye???"

What? Pregnant? Aku cuba menidakkan. Mana mungkin aku pregant kan anak Zafran? Walaupun tekaan mama tu boleh jadi 90% betulnya tapi aku tetap tidak boleh pregnant lebih-lebih lagi dalam keadaan aku yang macam ni.

"Maaa..."

Story of My LifeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin