"I'll see you tomorrow okay?" Beritahu Haikal setelah kami keluar dari isi perut kereta di hadapan rumahku. Aku hanya menghadiahkannya sebuah senyuman lalu menganguk perlahan.
Terdapat sebuah kereta Honda Accord berwarna putih sedang menunggu Haikal di luar pintu pagar rumahku. Pemergian Haikal aku hantar melalui ekor anak mataku. Setelah keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah ku. Aku bersiap sedia mengeluarkan kunci rumah untuk masuk kedalam.
Tombol pintu aku buka dan dengan perlahan-lahan daun pintu itu aku tolak. Bagaikan pencuri masuk ke rumah, aku menjingkitkan sedikit kaki ku lalu berjalan menuju ke arah anak tanga.
Tapi belum sempat anak tangga ku daki, ada satu bunyi deheman dari arah ruang tamu. Erk. Aku menoleh sambil membuat muka omg-I-am-dying pada pemilik suara tadi.
"Shara, shara pergi mana?" Soal babah padaku dengan nada yang serious. Aku dah agak dah. Agak-agak babah nampak ke? isk isk.
"Err Sha keluar dengan kawan sekejap ba. Kami singgah makan dekat kopitiam berdekatan dengan ofis Sha je. Kebetulan Sha banyak kerja kat ofis tadi. Nasib baik dia ada untuk teman Sha dinner" Terang ku panjang lebar. Doa ku supaya babah tidak memanjang lebarkan lagi pertanyaan nya.
"Sha, babah bukan apa. Babah cuma kurang senang bila anak babah keluar berdua-duaan dengan yang bukan mahram, balik lewat malam macam ni. Nanti apa kata jiran tertangga?" Bebel babah panjang lebar. Aku menundukkan kepalaku.
"Tapi ba, Shara dah besar. I am 24 years old ba. Shara tahu mana yang baik mana yang buruk untuk Sha. Sha tahu mana halal haram ba. Tak perlulah babah risau sebab kami bukan buat apa-apa pun. Cuma pergi makan je" Balas ku pada kerisauan babah yang tak ada asal usulnya.
"Babah faham kamu dah besar.. tapi satu je babah mintak, jangan buat perkara yang boleh menconteng arang pada keluarga kita ni Sha" Jelas babah lagi.
"Bah.. kenapa babah cakap macam tu? Babah tak percaya pada anak babah ni lagi ke? Salah ke kalau Sha nak berkawan ba? Sha pun ada hak untuk bahagia ba. 4 tahun ba Sha mengasingkan diri. Kali ni Sha tekad, Sha tak nak jadi Sha yang dulu lagi, Sha.." Belum sempat aku menghabiskan ayat, kata-kata aku dah di potong oleh mama yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
"Shara.. jaga percakapan kamu dengan babah tu. Dah lewat malam ni. Lebih baik adik naik atas dan solat. Lepas tu tidur awal. Besok kan Sha nak kerja" Lembut je nasihat mama kedengaran di telingaku. Aku hanya mengganguk.
"Maafkan Sha babah, mama. Cuma satu yang Sha mintak, tak perlu risaukan Sha. Sha yakin Sha tak kan buat perkara yang tak elok belakang mama dan juga babah. Biarlah Sha buat keputusan apa yang Sha rasa betul ye? Sha naik dulu. Assalamualaikum." Langkahku atur. Lemah. Aku faham mama dengan babah risau. Sepanjang 4 tahun aku cuba mengelak. 4 tahun aku memendam rasa. 4 tahun aku bersendiri menanggung malu. Berhadapan dengan saudara mara yang bermacam soalan dan pertanyaan. Sekarang tiba masa untuk aku lupakan kisah lama dan cuba untuk mencari kebahagiaan sendiri. Semoga aku jadi lebih kuat walaupun kini lelaki yang pernah menjadi sebahagian besar dalam hidup ku telah kembali dan apa yang lebih membuatkan hari-hari aku disaster ialah apabila kami ditakdirkan untuk bekerja dalam satu bumbung yang sama. Ahh..just forget about it. Now let's focus on your self and your career Shara. Move on!
_______________________________________
Selepas mandi dan menunaikan solat Isya. Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Aku cuba untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Mataku ligat memandang kipas ceiling.
Tiba-tiba whatsapp notification dari hp samsungku berbunyi.
Haikal
Assalamualaikum. Dah tidur?
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...