Shara
Setibanya di Uptown cafe yang dipenuhi dengan student-student. Aku dan nina mula menapak dan mengambil tempat di bahagian hujung berdekatan dengan tangga turun cafe. Sengaja aku cop tempat duduk paling hujung. senang habis makan tak perlu aku lalu lalang depan orang ramai. Aku memang tak sukakan perhatian. Lepas kejadian tadi, aku rasa aku dah cukup malu bila diperlakukan oleh lelaki sombong tu tadi. So cukuplah semua orang yang dekat fakulti nampak babak drama air mata aku sekejap tadi. Sakit hatinya bila teringat hal tadi. Ahh..Sekarang ni yang aku mahu ialah makan dalam keadaan tenang tanpa ganguan sesiapa. Nina yang yang duduk berhadapan aku pun diam tak banyak cakap. Mungkin dia tahu aku masih belum ada mood nak berborak mengenai hal yang baru terjadi tadi. Mata ku sorongkan ke Nina, memberi signal untuk sama-sama pergi membeli makanan di gerai Pak Mat. Yup..Antara banyak- banyak gerai, gerai Pak Matlah yang paling menarik dan mendapat kunjungan ramai. Yang paling best ialah nasi ayam dan tom yam dia. Fuhh terus lapar gila teringatkan nasi ayam Pak Mat. Setelah selesai mengambil dan membayar nasi campur yang disediakan untuk makan tengah hari, kami segera beredar ke tempat duduk tadi. Sebelum sampai aku berselisih dengan Haikal. Tak sangka dia nak makan tengah hari kat sini jugak. Haish lepas kejadian tadi aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Haikal.
Aku cuma mengangkat kening dan berlalu pergi tanpa berkata sepatah ayat pun. Haikal masih lagi tercegat di tempat yg sama. Aku nampak dia palingkan sedikit badannya dan melirik matanya ke arah aku yang berlalu pergi tanpa sebarang kata. Ouh ye yang sebetulnya sebab aku malu. Malu nak bertentang mata dengan Haikal. Tapi sweaternya tetap masih tersarung dibadanku. Nasib baik cuaca tak panas. Kalau tak mesti orang ingat aku buang tebiat pakai baju tebal-tebal tengah hari buta ni. Ahh nanti jelah aku cakap terima kasih kat Haikal dan pulangkan sweaternya ni. Sekarang aku takde mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Yang aku tahu perut aku dah lapar. Nina pun aku tengok dah siap duduk ditempatnya tadi. Aku pula mengambil tempat duduk dihadapannya.
Belum sempat aku nak menyuap suapan yang pertama ke mulut ku, mata aku tertancap pada seorang lelaki yang duduk tak jauh dari tempat kami. Mata kami bertaut. Tapi tenungannya lebih tajam membuatkan aku rasa tak selesa. Jantungku berdegup laju. Darah mula naik sampai ke kepala. Tiba-tiba selera makan aku mati. Nina yang perasan akan perubahan aku terus menoleh ke arah tempat yang aku sedang perhatikan. Aku membalas tenungan lelaki itu dengan penuh kebenciaan. Huh! Ingat awak sorang je ada mata? 😡
"Babe, sudahlah tu jangan dihiraukan mamat kekwat tu. You makan je. Kalau I ada tadi dah lama I hempuk dia guna handbag I ni. Such a rude guy!" Nina juga melahirkan rasa tak puas hati. Sempat lagi dia hempuk-hempuk handbag dia yang berada diatas meja depannya. Haish Nina, you pun kecik je ada hati nak hempuk orang.. Huhu
"Entah I rasa semenjak I jumpa mamat ni hari I rasa malang sangat. Monopos agaknya dia ni kerja asyik nak herdik orang. Ingat dia tu siapa? Anak Sultan? Chet!" Mata ku jeling ke arah mamat tadi sambil menunjukkan garfu ke arah lelaki tu seolah-olah hendak mencungkil biji mata laki tu. Benci sungguh dia tengok lelaki tu. Sempat juga aku kerling ke arah lelaki itu sebelum meneruskan suapannya kemulut. Berkerut muka laki tu melihat aksi spontan dari aku tadi. Tapi siapa dia?
...........................................
Zafran
Perempuan ni lagi! Tak boleh ke kalau dalam satu hari kau tak munculkan diri depan aku? Semak.
Amboi berani pulak kau nak cungkil biji mata aku ye? Apa kau ingat kau tinggi sangat sampai tangan kau tu boleh capai mata aku? Aku kerutkan lagi muka ku tanda tak mengerti apa yang cuba perempuan tu sampaikan. Come on! Annoyed sungguh.
"Hah abg Zaf, now tell me whats going on here? Mimpi apa abg Zaf balik Malaysia then terus datang jumpa I kat sini?" Haikal tiba-tiba muncul dihadapannya sambil membawa 2 buah pinggan nasi ayam.
KAMU SEDANG MEMBACA
Story of My Life
RomansaPreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...