The damage that you've done

267 18 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku pula sedang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Hari ni aku balik agak lewat sedikit disebabkan fail-fail yang dah bercampur aduk dengan dokumen lain. Lenguh jugak tangan ni menyusun apa yang perlu disusun semula. Sakit pinggangku sebab terpaksa berjingkit nak masuk kan semula domumen dekat kabinet paling atas. Hew hew.

Setelah aku pastikan bilik Zafran berada dalam keadaan kemas, aku mencapai beg tangan dan mengeluarkan kunci kereta siap-siap. Kaki ku laju melangkah ke arah elevator. Butang B1 aku tekan. Terasa lama pulak lift ni bergerak.

Setelah beberapa minit. Lift itu berhenti di level B1 tempat letak kereta bangunan ini. Aku mempercepatkan langkahku sedikit. Setelah sampai ke kereta ku, butang unlock aku tekan dan aku cepat-cepat membolosi tubuhku ke dalam perut kereta. Butang lock aku tekan demi keselamatan. Enjin kereta dihidupkan. Kemudian aku terdengar bunyik telefonku berbunyi.

Haikal. Aku tersenyum apabila terpandangkan nama si pemanggil. Aku lantas menjawab.

"Assalamualaikum" jawabku lembut.

"Waalaikumsalam. Sha dah nak gerak balik rumah ke?" Aku toleh kiri dan kananku. Tak nampak pulak bayang Haikal. Tapi macam mana dia boleh tahu aku baru nak gerak balik rumah? Isk mamat ni.

"Eah mana Haikal tahu? Soalku padanya. Kedengaran gelak Haikal dihujung talian. Sungguh aku senang mendengarnya. Tiba-tiba tingkap kereta ku di bahagian pemandu diketuk seseorang. Dengan muka terkejut aku lantas menoleh ke sisi kananku sambil telefon masih ditelingaku. Astagfirullah. Terkejut hakak tau!

"Hahaha. Now boleh kita keluar dinner sama?" Tanya Haikal yang masih berada dihujung talian sambil tangannya melambai-lambai di sisi keretaku. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Haikal. Telefon ku matikan dan tingkap sebelah pemandu aku turunkan. Aku lihat dia pun telah menyimpan semula telefonnya dipoket seluarnya.

"Kal. What are you doing here?" Tanyaku dengan nada yang masih terkejut.

"Hee. Saje nak surprisekan you. I tunggu sebelah kereta you dari tadi. Tapi masih tak nampak bayang-bayang you. Did my brother gave you alot of work sampai.. Nearly 7 baru nak keluar dari building  ni?" Tanyanya dengan begitu perhatian. Jam di dashboard aku kerling. Yealah dah nak masuk pukul 7 petang tapi aku masih di basement parking. Hurm..

"Ada kerja sikit I kena setelkan. Siapkan awal-awal senang sikit. Esok boleh relax. Hehe. You buat apa kat sini Kal?" Tanyaku lagi

"Shara berapa kali I nak bagitahu you yang I datang ni sebab nak jemput you pergi dinner. Jumlah. I ada tahu satu restaurant arab somewhere nearby here. Sure you suka" ajak Haikal bersungguh.

"Well last minute sangat ni tak sempat I nak balik rumah tukar baju. Is it okay if I pergi dengan baju kerja je? Tanyaku kurang pasti dengan idea last minute Haikal.

"Yeah sure. You look good in any outfit anyway.Plus we're going to drop by at the nearest surau or masjid before going to the restaurant. Perhaps you can freshen up before solat magrib, then kita terus gerak sana. Okay?" Terang Haikal.

"Ouh okay. Sounds good. So I follow you dari belakang? Sebab tak kan I nak tinggalkan kereta I dekat sini pulak kan?" Aku memberi cadangan pada Haikal.

"Ouh yeah sure. No problem princess" Haikal tersenyum lebar. Aku pula malu-malu kucing bila di panggil dengan panggilan sebegitu. Satu senyuman manis aku hadiahkan untuk Haikal.=)

________________________________________

Sesampainya kami di restauran Arab yang dimaksudkan oleh Haikal. Kami pun mencari tempat letak kereta yang berhampiran. Malangnya hanya terdapat satu kotak parking kosong yang tersedia. Aku memandang Haikal dari dalam kereta dan Haikal memberikan isyarat supaya aku mengambil sahaja tempat parkir tersebut manakala dia akan pergi mecari tempat parkir yang jauh sedikit dari kedudukan restauran. Memandangkan Haikal laki-laki so aku fikir takpelah kalau dia parking jauh sikit. Aku hanya mengangguk tanda bersetuju.

Story of My LifeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora