A little confessions does change everything

296 16 2
                                    

"Kita nak pergi mana ni Kal?" Tanya ku penuh tanda tanya. Setelah kami beredar dari restoran Arab tadi. Haikal mengajak aku ke suatu tempat yang aku sendiri tak pasti. Kereta aku dipandu oleh Haikal manakala keretanya di tinggalkan saja di tempat tadi. Katanya nanti biar staff dia saje yang uruskan. Pada mulanya aku membantah, kenapa pulak nak susahkan orang lain. Walaupun aku tahu Haikal merupakan CEO syarikatnya sendiri dalam pembuatan barangan seramik seperti jubin dan mempunyai ramai pekerja yang taat kepadanya, aku tetap kurang senang kalau dia masih mahu membebankan pekerjanya dengan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja-kerja di syarikat. Apabila aku memberitahunya bahawa aku okay untuk memandu kereta sendiri, tapi dia hanya menggeleng laju. Maka aku tahulah bahawa pujukan aku tidak berhasil apabila dia berkeras dan mengambil anak kunci kereta ku. Setelah itu aku pun malas untuk bertegang lidah sebab aku kenal Haikal yang satu ni sangatlah tegas. Setelah aku melihat jalan yang dibawa oleh Haikal bukanlah jalan pulang ke rumahku, aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Kal jawablah. Ni bukan jalan nak balik rumah I" beritahuku sambil memandang Haikal dari sisi ku setelah melihat Haikal yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

Wajahnya masih tenang dan aku masih sabar menanti jawapan darinya. Tanpa aku sedari, keretaku yang dipandu oleh Haikal berhenti dihadapan kedai kopitiam berdekatan dengan pejabatku juga.

"Kita dah sampai. We're not supposed to end this date yet. And sorry I just can think of kopitiam je sekarang ni. Is it okay with you?" Aku terkedu. Is it really a date? After what happen.. Aku melepaskan keluhan kecil tanpa aku sedari.

"Look. I'm just kidding okay. I don't want you to stress out and I think perut you pun dah berbunyi dari tadi. Laparkan? So jum" Aku memegang perutku. Ops! Aku hanya tersenyum kecil lalu mengangguk. Tapi aku confused dengan layanan Haikal padaku sekarang ni. Ada sedikit perasaan hampa bila aku lihat dia hanya bergurau denganku soal temu janji kami yang pertama ini. Ouh yeah.. It is not a date Shara. Please wake up! ------------
Pintu kopitiam Haikal tolak dan memberi laluan padaku untuj masuk. Kemudian dia menunjukkan sebuah meja kosong yang agak tersorok padaku. Aku mengangguk lantas berlalu ke arah meja yang dimaksudkan Haikal. Haikal yang selalu being gentleman terus menarikkan kerusi untukku. Mukaku merah padam apabila di layan sebegitu tapi aku hanya ikutkan saja. Perut pun dah lapar sangat ni. Setelah pelayan kopitian itu mengambil pesanan kami, Haikal membuka bicara.

"Sha.. I'm sorry for everything" beritahu Haikal dalam nada perlahan. Aku hanya

Story of My LifeWhere stories live. Discover now