Keesokkan harinya aku terjaga pukul 4 pagi.Badan ku terasa sakit akibat tidur di lantai semalaman. Kepalaku pening. Mungkin sebab terlalu banyak menangis. Kakiku sakit. Dapat ku rasakan ianya semakin membengkak. Allahuakbar, darah yang sedikit kering penuh dilantai. Sakitnya bila aku nak bergerak. Teringat pula yang semalam kaki aku tercucuk kaca, tapi Kenapa baru sekarang aku terasa pedihnya. Apa patut aku buat ni? Air mata mengalir lagi. Ahh now nak bangun pun susah. Aku mengensot kan badanku sedikit ke arah katil, tanganku aku tahan dan perlahan-lahan aku mengangkat badanku dan kini aku terduduk di sisi katil aku.
Iphone5 aku yang berada di atas katil aku capai. Aku hanya hafal nombor telefon mama, babah, Abang Zin dan Nina je sekarang ni. Kakiku yang mebengkak dan berdarah aku lihat. Luka ditapak kaki aku takdelah besar mana tapi sakitnya ya Allah tuhan saje yang tahu. Aku mengelap air mata yang jatuh. Aku pantas teringatkan Che Kiah, setahu aku Che Kiah akan mula bertugas pada pukul 5 pagi setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Jam didinding aku kerling. Baru pukul 4.30 pagi. Ahh sekarang ni harapan aku cuma Che Kiah je. Aku cuba berdiri dan berjalan menggunakan sebeleah kaki, terincut-incut aku mengerakkan kaki ke arah pintu bilik.
Perlahan-lahan aku menapak keluar dari bilik menuju ke sofa yang terletak di ruang tamu. Ahhh... aku menjerit kecil. I know I can do this! Finally. Aku menghempaskan punggungku di atas sofa. Suasana sunyi sepi dan gelap. Ahh tak mampu aku nak menapak lagi untuk bukak lampu di ruang tamu ni. Harap-harap Che Kiah sampai awal hari ni. Doaku dalam hati.
Setelah beberapa minit menunggu dengan penuh sabar. Sekali lagi aku dengar bunyi bip pada mesin pengimbas. Aku tersenyum, mungkin Che Kiah dah sampai. Alhadulillah syukur sangat.
Tepat sekali sangkaanku. Kedengaran suara Che Kiah memberi salam dan pintu ditutup.
"Assalamualaikum"
"Walaikumsalam, Che Kiah" Jawabku lemah.
"Astagfirullahalazim. Puan Shara apa Puan buat kat sini gelap-gelap ni? Kenapa tak buka lampu?"
"Che Kiah, Che Kiah boleh tolong saya?" Pintaku sambil menahan kesakitan. Setelah itu lampu ruang tamu dibuka oleh Che Kiah. Lagi sekali Che Kian terkejut melihat aku yang sudah tidak berupaya.
"Ya Allah Puan, kenapa dengan kaki Puan ni?Apa dah jadi? Macam mana boleh jadi? Tuan Zafran tak ada?" Jelas kerisauan di wajah tua Che Kiah.
"Che Kiah, saya terpecahkan kaca malam tadi tapi saya tak perasan ada kaca termasuk dalam tapak kaki saya. Saya nak call Zafran tapi hp saya rosak pula. Saya susah nak berjalan sebab tu saya tunggu Che Kiah dekat sini. Pak Mael boleh tolong hantar saya pergi clinic tak?" Luah ku pada Che Kiah. Aku terpaksa menipu sebab aku tak nak Che Kiah fikir yang bukan-bukan mengenai Zafran. Ahh mengingatkan laki tu aku terus menundukkan kepalaku. Sebak.
"Baiklah Che Kiah call Pak Mael dulu" Che Kiah bergegas ke telephone rumah yang terkekat di dinding dapur.
Setelah 20 minit menanti kemudian Pak Mael pun tiba.
"Puan, Che Kiah naik atas dulu sekejap ye. Che Kiah tengok kalau-kalau Zafran ada dibiliknya atau pun tak, kalau dia tahu mesti dia risau" Belum sempat aku bersuara Che Kiah dah bergegas naik tangga atas. Zafran nak risaukan aku? Dia yang buat aku macam ni jadi tak ada maknanya dia nak risaukan aku. Yang betulnya aku masih belum bersedia jumpa Zafran selepas kejadian malam tadi.
"Takpelah Puan Shara, meh sini saya tolong Puan bergerak. Puan Shara papah lengan saya. Saya tak yakin yang Tuan Zafran akan bangun pagi ni. Sebenarnya malam tadi saya yang hantar Tuan Zafran balik sini" jelas kedengaran suara Pak Mael yang hampa. Dari situ aku dapat agak yang Pak Mael dah tahu yang Zafran minum malam tadi.
"Sebelum tu Pak Mael, saya nak tanya sikit boleh?" Tanyaku teragak-agak.
"Puan nak tanya saya pasal Tuan Zafran ke?" Aku mengangguk lemah.
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...