Rumah Thai

208 12 3
                                    

Setibanya di restoran Rumah Thai yang berhampiran dengan rumah aku. Aku dan En Farrel terus park kereta kami masing-masing ke ruang kotak yang disediakan di hadapan kedai makan tersebut.

Nasib baik En Farrel bersetuju untuk melayan anak tekak aku malam ini yang secara tiba-tiba teringinkan tom yam seafood ala Thai. Jadi dia pun terpaksalah mengekori bontot keretaku dari pejabat sehingga ke arah kawasan rumah ku di Bukit Antarabangsa. Walhal rumah En Farrel bukan dari area sini tapi disebabkan aku perempuan maka diikutkan sahaja cadangan ku tanpa banyak songeh.

Kami berdua kemudian memasuki ke ruang bahagian dalam restoran sambil di bantu oleh seorang pelayan berbangsa Myanmar ke arah meja yang masih kosong.

Kelihatan beberapa pasang mata asyik mengekori kami dari awal masuk sehingga duduk di meja yang disediakan.

Aku buat tak peduli. Mungkin mereka semua khusyuk memerhatikan En Farrel yang tidak aku nafikan kelihatan segak dengan pakaian ofisnya. Kalau aku tak kenal siapa En Farrel mesti aku pun dah tangkap cintan. =P

Aku pula tersenyum simpul apabila memikirkannya. Kasihan sungguh mana-mana perempuan yang jatuh hati pada lelaki dihadapanku ini. Aih lagi malang sebab berlakikan playboy Malaya ni.=.="

kami kemudian duduk dikerusi dan mula memesan makanan. Aku memilih tom yam seafood bersama nasi putih dan air suam. En Farrel pula memilih nasi goreng Cina dan air jus tembikai sebagai hidangan makan malam.

Aku pula sednag sibuk memerhatikan keadaan sekelilingku sambil tersenyum simpul. Geli hati pula melihatkan reaksi muka perempuan-perempuan yang dari tadi asyik menlirik ke arah En Farrel. Tapi mamat dihadapanku ini pula masih berlagak tenang seperti biasa. Mungkin dia pun dah biasa agaknya. Tekaku.

"Kenapa you senyum sorang-sorang ni? Hurm ke you tengah usha pelayan Myanmar restoran ni?" Sergah En Farrel sambil matanya melilau ke arah kiri dan kanannya.

Aku hanya mencebik mendengarkan telahan yang keluar dari mulut En Farrel. Isk. Kesitu pula. Aku lebih rela membujang sampai tua dari jatuh cinta dengan warga Myanmar. uhh.

"Err, tak ada apa-apa lah Farrel. Saya terbayang muka perempuan yang dok usha awak dari tadi tu je. Tak berkedip sampai naik juling mata saya tengok!" Aku memberitahunya jujur sambil memuncungkan mulutku ke arah sekumpulan remaja selang satu meja dari meja kami.

Naik hairan aku dengan budak perempuan sekarang yang tiada segan silu kalau memandang lelaki. Bukan ke biasanya orang lelaki yang sifatnya sebegitu? Aih zaman dah modern gamaknya. Kau tu je yang konservatif Shara oi!

"Hahaha. Ada-ada jelah you Shara. Entah-entah diorang bukan tengok I tapi tengok you. Lepas tu diorang cakap untung you dapat boyfriend kacak macam I ni" En Farrel pula mula berseloroh sampai aku pula terkedu. Aku tersenyum kelat.

"Eah. Perasan betul awak ni Farrel. Nasib baik saya bukan girlfriend awak, kalau tak mesti sepanjang hidup saya dibayangi perempuan-perempuan psycho yang gilakan awak. Tak nak lah saya. Scary" balasku bersahaja.

"Baiklah tuan puteri.Haa makanan kita pun dah sampai. Baik kita makan dari melayan musuh-musuh you secara tak langsung tu" En Farrel menyengih. Aku pula hanya membuntangkan anak mataku tanda terkejut dengan statement yang keluar dari mulut En Farrel. Ahh lelaki ni perasan sungguh!

Tapi betullah, sekarang ni aku rasa macam ramai pula perempuan yang tengok-tengok aku dengan pandangan sinis. Tak pasal-pasal pula. Eah apa-apa jelah yang penting aku lapar.

"Dah-dah. Awak jangan nak merepek Farrel. By the way berapa lama lagi awak ada dekat KL?" Tanyaku cuba untuk berbasa basi. Satu hirupan kuah tom yam selamat masuk ke mulutku. Waduh nyaman nya! Hihi.

"Hahah. Okay-okay I surrender. Ouh yeah speaking of that, your Tuan singa baru je email I just now. He'll be back tomorrow morning and.. Yeah" aku lihat En Farrel mula mengerutkan dahinya sambil membaca sesuatu di skrin telefonnya. Patotlah dari tadi hpnya asyik vibrate tanpa henti je.

Aku pula yang terkejut mendengar perkhabaran dari En Farrel tentang kepulangan Zafran secara tiba-tiba. Dah selesai ke tugasnya di UK tu?

---------------------
Salam.

Hi Im back. Actually chapter ni dah lama I tulis but don't have any intebtion to publish it. Kalau korang perasa ada a few chapters yang I keep it as private.. Siapa nak read blh pm I.

Fyi I jusy came back from perth. Family holiday. After balik holiday baru tergerak hati nak on watpad and update sikit. To those yang rasa cerita ni slow.. I am so sorry. I memang tak pandai nak plot story but I'll try my best to finish it ASAP.

Anything just comment kat bawah and I'll try to improve my writing skill.

If you think its worth to read then please help me to vote. Thank u so much!

Xoxo

Story of My LifeWhere stories live. Discover now