20 questions game

279 16 7
                                    

Sepanjang perjalan dari Cameron ke KL, kami hanya mendiamkan diri. Aku tahu Haikal terasa hati dengan aku. Tapi aku hanya membiarkannya. Masing-masing sedang melayan perasaan agaknya. Lagu Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Caillat berkumandang di corong radio.

I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard


Eah macam kena pulak lirik lagu ni dengan kami.

Aku menyanyi kecil sambil mataku melirik ke arah Haikal.

Tiba-tiba ada senyuman nipis terukir dibibirnya. Mata kami saling berpandangan. Sekejap tapi cukup mendalam. Kami membalas senyuman. Yeay. Maknanya dia dah okay, yeay. Aku  menjerit dalam hati. Haha.

Aku memperkuatkan volume radio dan meneruskan nyanyian aku yang sumbang. Tiba-tiba Haikal pun turut sama menyanyi dengan penuh semangat. I was like...OMG sedapnya suara mamat ni.

I'm lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again 

Akhirnya setelah tamat sesi karoke lagu Lucky dalam kereta, kami pun ketawa terbahak-bahak. Sebabnya masing-masing penuh emosi menyanyi sambil tangan-tangan menerawang ke atas. huhu. Nasib baik mood dia dah okay, kalau tak memang sepanjang perjalananlah aku duk berhuhuhu menghadap jalan raya yang membosankan.

"Pandai you nyanyi. Tak sangka pulak suara you sesedap ni. I ingat you pandai main guitar je" Puji aku pada Haikal. Wajahnya aku kerling.

"Well sometimes masa study I ikut jugak kawan-kawan I pergi jamming and I akan jadi vokalis. Guitar tu salah satu minat I" Terangnya.

"Lah, you selalu jamming? Masa bila pulak? Tak pernah pun I tahu masa zaman U kita dulu?" Aku mengerutkan dahiku cuba untuk mengingati sekiranya dia pernah memberitahu aku mengenai perihal jamming.

"Lah, you I ajak keluar makan pun susah. Nak reply mesej pun payah. I tanya sepatah you jawab sepatah, banyak yang you tak tahu pasal I Shara. Especially soal hati I" Haikal bersuara. Mendatar sahaja intonasi suaranya. Lain macam pulak aku dengar dengan pengakuan Haikal ni. Isk saje je buat aku serba salah.

Aku mengakulah dulu aku agak jual mahal. Bukan sebab aku tak nak ambil tahu, tapi kedudukan kita ni tak sama. Tak setaraf. Jadi lebih baik aku buat tak tahu dari kemudian hari aku terpaksa menanggung perasaan ni sorang-sorang.  Aku memuncungkan bibir nipisku tanda kurang setuju dengan statement Haikal.

"Isk, dah dah jangan buat ayat sedih pulak. Sekarang ni kita main 20 questions nak?" cadangku pula.

"20 questions? game apa tu?" tanya Haikal sambil menjelingku yang telah bersiap sedia dengan pelbagai soalan disebelahnya.

"Alah spoillah you ni. Duduk oversea lama-lama tapi simple game macam ni pun tak tahu" Cebikku apabila mendengar soalan tak berapa cerdik yang keluar dibibir Haikal.

"Ops sorry sayang, I ni conservative sikit. So apa benda alah game tu pun I tak pasti. You ajarlah I" Jawab Haikal sambil matanya tertumpu pada jalan raya. Aku pula yang blushing bila dia panggil aku sayang. Tapi aku cuba buat tak perasan je. Malulah.

"Okay macam ni, I tanya you question, you mesti jawab. Sama jugak macam I, I akan jawab what ever question yang you tanya. Tapi limit dia sampai 20 je okay? So I start dulu." Terang ku panjang lebar.

"Wait, you mean any question? Any question yang I tanya you akan jawab dengan jujur sejujurnya. betulkan? Kalau you tak jawab dengan jujur macam mana?" Soalnya pula pada aku. Eah mamat ni banyak songeh pulak dia. Haish.

Story of My LifeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang