If it was meant to be, it was meant to be

286 10 6
                                    

"It's okay saya boleh call babah.  Tuan Zafran tak perlu susah-susah hantar saya balik" beritahu ku pada Zafran. Tapi Zafran seperti biasa tidak mengindahkan apa yang diperkatakan oleh aku. Matanya hanya fokus pada jalan raya dan sesekali hanya memandang pada cermin pandang belakang.

"Tuan Zafran,  saya dah kata saya boleh balik sendiri. Nanti apa kata mama babah saya? " tanya ku sekali lagi tanda tak puas hati.

"Tak perlulah nak gunakan alasan mama dan babah. They know about us. You knew that. You lari macam mana sekalipun,  tempat you tetap disisi suami. " jawab Zafran slumber.

"okay stop! Saya tak nak dengar apa-apa." aku menutup kedua telingaku dengan kedua belah tapak tangan. Zafran tersenyum sinis.

"eah kejap, kejap, tapi kita nak pergi mana ni? Simpang rumah saya dah lepas ni. Tuan jangan macam-macam. Kalau Tuan ada niat nak kidnap saya,  saya jerit sekuat hati saya! Haaa saya jerit okay" aku mula cemas bila tengok Zafran yang hanya tersenyum sambil mengigit bibir bawahnya. What the...

"You ingat suara you tu boleh dengar keluar ke? Kita balik our house kejap.  I nak ambil lugage esok I akan fly ke Singapore. Kalau you ada nak tanya apa-apa you better ask me now" muka aku terus berubah warna.

"Mak.. Mak.. Maksud Tuan?" ya Allah kenapa tiba-tiba jantung ni laju bukan main?

"We have 5 minutes before kita sampai rumah and another 20 minutes sebelum sampai rumah your parents, so apa yang you nak tahu?" tanya Zafran dengan wajah yang tenang.

Aku mengetap bibirku. Cuba untuk digest tindakan dan juga soalan yang keluat dari mulut zafran ni. Mungkin aku patut gunakan masa ni untuk tanya dia soalan yang bertahun-bertahun aku pendam dan tak pernah diberikan jawapan. Tapi patot ke aku tanya dulu kisah pagi tadi di ofis?  Pasal hal tender aku? Pasal Aira? Hurm. .cakap pasal Aira si gadis ayu. Apa hubungan mereka berdua sebenarnya? Kalau tak silap aku Zafran ada mentioned pasal aku being his wife, tapi.. Ke aku salah dengar? Aduh.. Kenapa kau ni Shara. Please get your self together!  Ahh...

"Hey! You only have two minutes more before kita sampai rumah" sergah Zafran tiba-tiba.

"ouh mak kau Aira! " Allahu! Macam mana boleh termelatah nama perempuan tu pulak ni. Ya Allah malunya.. Mana aku nak letak muka aku ni.  Nanti dia kata aku jelous pulak.. Ouh no Shara! Aku menepuk nepuk perlahan mulutku dengan tapak tanganku.  Terasa kesal sebab tersasul nama Aira.  Sah-sah dia tahu itu yang aku fikir dari tadi.

"ahah BINGO!  kita dah sampai and I nak you tunggu dalam kereta kejap. By the way that's for you to find out later" ujar Zafran lalu keluar dari keretanya meninggalkan aku yang

***************

"Assalamualaikum babah,  mama. Sihat? Zafran hantar Shara balik sebab kaki Shara terseliuh tadi kat ofis. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa,  bengkak sikit je. Dua tiga hari doktor kata in syaa Allah okay. Cuma kena kurangkan pergerakan je"
Beritahu Zafran setelah tiba di rumah Shara dan berjumpa dengan kedua ibu bapa mertuanya.

Alhamdulillah syukur mertuanya sangat memahami dan sangat baik hati. Adakalanya dia pun tak faham macam mana mereka berdua masih mahu menerimanya sebagai menantu walaupun dah banyak kali dia melukakan hati satu-satunya anak perempuan mereka. Masih ingat lagi 3 tahun yang lalu bila dia pulang ke Malaysia dan memberitahu perkara yang sebenar pada kedua mertuanya,  tentang perkahwinan paksa antara dia dan Shara, walaupun terkejut sebab Shara tak pernah menceritakan hal sebenar malah sehingga kini Shara tak pernah membuka cerita pada kedua ibu bapanya, tapi mereka menerimanya dengan tenang. Ya Allah betapa bertuahnya Shara kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Disebabkan itu juga dia berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya pada Shara walaupun dia sendiri tak pasti apa perasaannya pada Shara ketika itu. Ya dia mungkin jahil akan ilmu agama,  tapi semenjak malam dia pergi meninggalkan Shara,  dia seolah terasa kehilangan.

Berbulan juga dia cuba mencari jawapan tapi tak jumpa sehinggalah dia bertemu  Khairy di salah satu seminar perniagaan yang diadakan di UK, seorang anak muda berasal dari Indonesia yang banyak memberi nasihat soal agama,  yang mengajarnya soal tanggungjawab dan membimbing dia ke arah kebaikan. Walaupun habit buruk nya masih lagi tak berubah tapi Alhamdulillah dia sudah mula mendirikan solat. Dan atas nasihat Khairy juga, dia pulang ke Malaysia untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tapi lain pula jadinya bila babah dan mama memberitahu yang Shara telah pergi melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia setelah tamat diploma di UiTM Sri Iskandar, Perak.

To be continued...

******
Hi, sorry ai saming part ni in the next chapter..bab ni and akan datang maybe a bit boring sebab mostly I akan start cerita pasal what happen to Zafran for the past few years before jumpa Shara. I try to make it short as I nak endkan kan this story at soonest possible. Lagi lama I peram lagi takda idea dah I nak tulis. And also would like to thank all of you yang sudi baca story cliche macam ni. i know its a bit boring and dull but in syaa Allah will try to improve in the near future. Hope you guys akan terus support I sebab I memang suka menulis since I was in high school..its like my passion even after having two kids😊

See you in the next chapter ok.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now