Everything happen for a reason

250 14 1
                                    

Zafran

Aku menghempaskan Iphone aku ke atas katil empuk ku. Muka aku merah padam menahan marah selepas  mendapat tahu bahawa Farrel telah mendahuluinya, hatinya menjadi sakit. Entah kenapa aku rasa tak senang duduk. Tanpa berfikir panjang aku terus meminta Delilah pembantu peribadi uncle James untuk menempah  tiket penerbangan aku ke Kuala Lumpur seawal yang mungkin.

Kebetulan masalah di Syarikat uncle James masih dapat dikawal berikutan dengan tindakan cepat dan tepat yang dibuat olehnya ketika rundingan bersama kesemua pemegang saham syarikat milik uncle James semalam.

Ini semua gara-gara tindakan bodoh anak saudara uncle James yang diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat miliknya setelah kepulangan aku ke Malaysia.

Dalam keadaan kesihatan Uncle James yang tidak berapa elok semenjak dua menjak ni membuatkan aku tekad untuk datang ke UK dan membantu mana yang boleh.

Sebenarnya uncle James telah aku anggap seperti bapa kandung aku sendiri memandangkan uncle James tak pernah mendirikam rumah tangga dan mempunyai anak akibat kesibukan dirinya membina empayar nya yang semakin lama semakin megah berdiri di bumi UK hasil titik peluhnya 25 tahun yang lalu.

Uncle James juga banyak mengajar aku erti kehidupan dan dalam erti kata lain mengajar aku untuk lebih kuat mengharungi jatuh bangun setelah mengali kehilangan. Disini juga aku belajar untuk melupakan Sophia. Cinta pertama aku.

Disebabkan kegagalan cinta yang lalu, aku sukar untuk mempercayai seseorang yang bernama wanita. Disebabkan itu aku cuba untuk bina tembok ego aku setinggi gunung Everest apabila berhadapan dengan perempuan sehingga takdir menemukan aku dengan Shara Azhar. Perempuan yang aku kahwini hanya kerana mahu menunjukkan bahawa aku lelaki yang berkuasa dan ego. Lebih-lebih lagi bila aku lihat wajah suci Shara bila kali pertama kami bersua tanpa sengaja.

Tapi siapa sangka, sekali lagi aku tertipu dengan sosok wajah perempuan yang kelihatan suci dan polos tapi sebenarnya hanya mahu mempermainkan hati seorang lelaki dan juga materialistik. Tak ada beza dengan Sophia bekas kekasihnya yang meninggalkannya hanya kerana mahu berkahwin dengan seorang Jutawan iaitu papanya sendiri.

Sedikit sebanyak aku cuba membalas dendamku pada wanita melalui perkahwinan paksa rela aku dengan Shara gadis pujaan adik aku sendiri.

Sengaja aku menanamkan perasaan benciku pada Shara supaya aku tak terjerus ke dalam permainan Shara yang di anggap cuba untuk mengambil kesempatan ke atas status diri adiknya itu. Maklumla siapa yang tak kenal anak bujang jutawan terkenal Malaysia? Dah pasti semua perempuan akan cuba mendekati mereka atas kepentingan diri sendiri. Zafran tersenyum sinis.

Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil sambil matanya dipejamkan. Terbayang wajah Shara yang yang terkejut sewaktu kali pertama mereka berjumpa setelah 4 tahun aku meninggalkannya. Ya, aku bukan setakat meninggalkannya tapi aku tinggalkan juga sejarah hitam ke dalam diri Shara. Entah apa yang aku fikir saat itu. Ahhh.. Aku meraub wajahku dengan kedua tapak tanganku kasar.

Sekarang aku dah balik KL.

Well, Nur Shara bintik Azhar.

Aku akan tuntut hak milik yang sepatutnya menjadi milik aku.

Just wait and see. Aku tersenyum puas.

--------------------------------

"Farrel, thank you for the dinner. It was great walaupun saya rasa macam pesalah je bila keluar dengan awak. Yealah mana taknya asyik dapat renungan tajam for free je dari perempuan-perempuan tu. But Alhamdulillah nasib saya baik, masih lagi hidup. Hihi" aku berseloroh sambil membuka pintu kereta Honda Jazz milik aku.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now