Sabrina menunggu lama Razin di dalam Restauran Ben yang berada di aras satu KLCC. Sengaja dia mengambil tempat yang sedikit tersorok menghadap pemandangan luar.
Sementara menunggu tunangnya sampai, Sabrina telah siap-siap memesan makanan untuk mereka berdua. Seperti biasa Sabrina memesan Classic Caesar Salad bersama Iced Peach Tea untuk dirinya manakala Ben's Cheeseburger dan juga Iced Lemon Tea untuk tunangnya Razin. Mereka berdua memang selalu berjumpa di restauran ini memandangkan ianya berdekatan dengan dengan tempat kerja Sabrina di Petronas Twin Tower.
Hari ni mereka berjanji untuk bertemu setelah dua minggu tidak bersua muka. Sengaja dia memberikan alasan untuk mencari hadiah hari jadi abahnya dan meminta Razin untuk menemaninya membebeli di KLCC.
Kalau tak ada je alasan yang diberikan tunangnya itu. Sibuk dengan kerjalah, tak ada cutilah. Ada urgent meeting yang perlu di attendlah dan banyak lagi. Kini genap 3 tahun mereka mengikat tali pertunangan namun setakat ke hari ini mereka berdua tak pernah pun bercakap mengenai perhubungan mereka apa ntah lagi soal kahwin.
Kadang dia pun naik bosan dengan pertanyaan orang tuanya mengenai perhubungannya dengan Razin, tapi nak membangkitkan soal ini pada Razin dia sendiri malu. Yealah awal-awal pertunangan masing-masing dah bersetuju untuk tunggu kedua-duanya stabil dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya iaitu kahwin.
Tunangnya Razin sekarang ni pun dah masuk 35 tahun, dia pula cuma beza dua tahun muda je dari Razin. Sepatutnya umur dah menjangkau 33 tahun bagi orang perempuan ni dah dikira andartu kalau tak kahwin lagi. Tsk Tsk.
Setelah beberapa minit menunggu muncul lah Razin tunangnya itu. Sabrina hanya tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Razin yang kelihatan segak dengan kemeja berwarna biru muda dan dipadankan denga seluar slack berwarna hitam. Lengannya yang sengaja dilipat dan disinsingkan ke paras siku menambahkan lagi daya penarik pada diri Razin. Aish.
"Hi sayang. Awalnya you sampai. I thought we're supposed to meet here around.. 2 pm?" Razin menjeling jam tangan di pergelangan tangannya sambil menarik kerusi sebelum mengambil tempat duduk berhadapan dengan Sabrina.
"I saje je datang awal, kalau tak nanti takde tempat pulak. You tahu jelah dekat Ben ni ramai orang je manjang. Especially during lunch break" Bebel Sabrina. Kebetulan masa Razin sampai, pelayan restauran pun sampai sambil membawa hidangan makanan yang dipesan Sabrina sebentar tadi.
"Bijak jugak tunang I ni. Siap makanan pun dah sampai. Tak sia-sia I jadikan you calon isteri I kan?" Anguk Razin berkali-kali setelah mendengar penjelasan dari Sabrina. Knowing Sabrina yang sangat detail orangnya, memang boleh di agak yang dia punya arrangement untuk sesuatu mesti tip top. Itulah agaknya kelebihan bercinta dengan seorang engineer agaknya, akui razin dalam hati.
"Mestilah ni Sabrina kot. Cuma tak kan sampai bertahun-bertahun cuma jadi calon isteri je. Entah bila nak dapat title isteri pada En Razin depan I ni pun I tak tahu. Umur dah tua. Orang lain umur kita ni dah kehulu kehilir dengan anak-anak. Kita bayang pelamin pun tak nampak you" perli Sabrina sambil ketawa kecil. Saje nak cover malu. Takdelah nampak obvious sangat kan?hihi.
Wajah Razin tiba-tiba berubah serious.
Gulp. Sabrina menelan air liurnya. Tak pasti pula kalau apa yang dibangkitkan itu tadi membuatkan Razin tak selesa. Yealah setelah tiga tahun bertunang, ini baru kali pertama Sabrina mengutarakan soal kahwin. Tapi bila lagi kan?
Razin terdiam. Dia memejamkan matanya lalu tubuhnya disandarkan pada kerusi. Kemudian satu keluhan berat dilepaskan.
Sabrina pula seakan tidak senang duduk melihatkan perubahan reaksi dari Razin. Sesungguhnya dia rasa menyesal membangkitkan isu kahwin sekarang. Dalah susah nak jumpa buah hati yang satu ni, bila dah jumpa dia pula buat mood tunangnya huru hara. Adoi Sab oi!
ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...