Shara
Aku memandang kosong skrin iPhone 5 aku. Air mata aku masih berbaki lagi. Hati ku sebak melihat rupa iPhone ku yang retak. Ni lah satu-satunya barang berharga pemberian mama sempena hari lahir aku yang ke 18. Sudah lebih kurang 15 minit aku memerapkan diri dalam bilik air. Malas mahu menghadap lelaki yang bergelar suaminya itu. Sakit agaknya dia ni dari pertama kali kami berjumpa tak pernah dia tak menyakitkan hati aku. Ada je. Macam manalah aku boleh kahwin dengan lelaki macam ni. Baru 2 hari kami diakad nikahkan tapi pelbagai insiden telah berlaku. Ahh sampai bilalah aku akan begini.
Iphone 5 kepunyaanku aku capai. Aku membelek-belek sekiranya aku dapat membaca isi kandungan dari whatsapp notification yang diterima. Separuh skrin telefon aku retak menyukarkan aku lagi untuk membaca dan melihat nama pemanggil. Tiba- tiba panggilan dari Haikal masuk. Aku teragak-agak untuk mengangkatnya apabila teringatkan warning dari lelaki itu sebentar tadi. Gerun melihat wajah lelaki itu yang tiba-tiba naik angin satu badan. Sesudahnya aku hanya menbiarkan sahaja panggilan Haikal tidak berjawab. Ahh aku sendiri tak pasti macam mana nak menghadap Haikal nanti. Terus terang hati aku sudah mula menerima Haikal dalam hatinya. Sifat keprihatinan Haikal, gentle dan memahami yang membuatkan aku selesa apabila berada disampingnya. Akan tetapi apa yang membuatkan aku berbolak balik dengan perasaan sendiri adalah disebabkan status kami yang berbeza. Seperti enggang dengan pipit jauhnya. Disebabkan itu jugalah aku tak pernah memberikan harapan pada Haikal. Sayangnya kini semuanya sudah terlambat. Cincin emas putih bertahtakan berlian dia jari manis kiriku aku tenung. Tak mungkin aku akan bersama Haikal sebab aku kini telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang baru aku jumpa sebulan yang lepas. Masa begitu pantas, semenjak aku dirisik oleh suamiku yang sekarang, aku lebih banyak mendiamkan dan mengasingkan diri dari kawan-kawan sekolej aku. Atas perjanjian aku dengan lelaki itu, maka petkahwinan aku terpaksa dirahsiakan daripada orang ramai. Nina kawan rapatnya pun langsung tidak mengetahui akan status dirinya yang telah bergelar isteri. Sorry Nina. Kalaulah you tahu betapa I perlukan you sekarang ni. Mesti you hampakan kalau you dapat tahu yang I dah kahwin tapi you takde masa hari perkahwinan I. Hurm.. Aku mengesat air mata aku dengan tangan. Sungguh aku tak sangka hidup aku telah diaturkan begini. Hanya padaNya sahaja aku berserah untuk memberikan kekuatan padaku tika ini.
--------------------
Setelah hampir setengah jam berada di dalam bilik air, aku cepat-cepat keluar apabila telah yakin yang dia tidak berada didalam bilik aku. Langkahku laju menuju meja solek yang berada tidak jauh dari katil queen size aku. Wajahku aku tatap lama didalam cermin yang tergantung dihadapanku. Sembabnya muka kalau turun bawah macam ni mesti kena tegur dengan mama dan babah. Tiba-tiba satu susuk tubuh keluar dari balkoni bilik dengan hanya bertuala menutupi separuh badannya. Gulp.
Eah mamat ni! Kali ni dah kali ketiga dia slumber je pakai tuala depan aku. Chet! Ingat aku nak tergoda ke? Tak tahu malu! Tapi saat ini jantung aku berdegup laju. Aku cuma perhatikan dari dalam pantulan cermin dihadapanku. Shara rilex Shara. Aku memejamkan mataku. Hopefully dia cepat-cepat pakai baju sementara aku tutup mata ni. Isk benci betul terpaksa berdua-duaan dengan mamat ni dalam keadaan macam ni. =_="
Ahhh wanginya bau apa pulak ni. Gulp. Terasa badanku hangat. Wait! Aku terus membuntangkan mata dan dapati dirinya betul-betul berada dibelakangku.
"Eah apa you buat ni.. Tak boleh ke jauh-jauh sikit?" Tanyaku laju. Aku nampak dia senyum. Senyum nakal. Ahh! Janganlah aku diapa-apakan. Tak rela aku. Sumpah.
"Hurm kau rasa apa? Kitakan dah sah jadi suami isteri? Aku ada hak ke atas kau sepenuhnya..walaupun kau takdelah menarik mana tapi aku tetap LELAKI Shara Azhar. Jangan kau lupa tu" dia senyum lagi. Kali ni lebih lebar. Aku mula menjarakkan diri kehadapan namun pergerakan aku terbatas dek meja solek yang menghalang. Aku kena fikirkan apa yang patut aku buat sekarang. Aku tengok sekeliling aku. Mana tahu ada apa-apa yang boleh mengelakkan dari lelaki ini menyentuhku. Sungguh aku tak rela dan tak sanggup tubuhku disentuh lelaki ini. Huh.
"Tapi.. Tapi I.. I tak bersedia lagi. I tak sihat.. I pening kepala tiba-tiba I rasa nak muntah" aku memberi alasan. Mataku pejamkan. Lama. Jantung aku berdegup laju. Betul ke apa yang sedang berlaku sekarang ni. Ahh aku cuak. Aku dapat merasakan tangan sasanya menjalar dipinggangku. Tubuhku dipusingkan menghadapnya. Wajahku terasa hangat. Aku dapat rasakan deru nafas nya berada di telingaku. Hati aku berdebar.
"Ya Allah sekiranya benar memang telah ditakdirkan dengan lelaki ini sebagai suamiku, aku relakan walaupun terpaksa" aku berdoa bersungguh-sungguh dalam hati. Aku pun tak tahu kenapa aku terdiam kaku apabila di sentuh lelaki itu. Mulut aku tak henti-henti mengulangi ayat yang sama. Tiba-tiba dia menolakku kasar. Mataku aku buka..terkejut dengan tindakan lelaki itu. Haish lega! Nasib baik. Kalau tak nangis 7 hari 7 malam lah aku jawabnya.
"Ish! Buat cuak orang je. Lain kali jangan datang dekat-dekat I lagi! Marahku padanya.
"Haha.. Apa kau fikir aku hadap sangat dengan kau? Come on jangan pulak kau kata yang kau pulak yang beria-ia nak aku sentuh kau?! Dasar perempuan jalang" aku terkesima. dia hina aku? Aku terkedu. Kakiku berat untuk melangkah lalu aku terduduk. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah dihina sebegini. Teruk sangat ke rupa aku? Kotor sangat ke tubuh aku sampai dia sendiri tak hingin nak sentuh? Air mataku mengalir di pipi.. Aku lihat dia telah pun berlalu menuju ke bilik air.
Ya Allah.. Kenapa mesti aku terkesan dengan kata-kata lelaki ini? Dia bukannya siapa-siapa pada aku. Dia bukan lelaki pilihan aku. Dia bukan satu-satunya lelaki yang aku cintai. Perkahwinan kami pun bukan berlandaskan perasaan suka sama suka. He just hate me and so do I. Jadi kenapa aku mesti rasa sakit hati dan marah pada setiap perkataan yang keluar dari mulutnya? Come on Shara you've to wake up. Mulai saat ini jangan sesekali membodohkan diri kau depan lelaki ni. Walaupun dia suami kau tapi kau tak perlu jadi patung yang boleh dia permainkan sesuka hati kau. Yes. Aku akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Zafran... You make a wrong move dan jangan ingat I akan terperangkao dengan semua taktik kotor you. Huh. Aku bingkas bangun dan menuju ke almari baju aku. Mulai saat ini, aku bukan lagi Shara yang dulu yang senang dibuli dan dipermainkan. Aku akan pastikan suami aku jatuh cinta dengan aku. Pasti. Aku tersenyum puas.
-----------------
Salam. So what do you guys think? Hihi.
Actually I dah takde idea nak sambung cerita ni buat masa sekarang. So I decided to write a new story Mysterious Guy sementara nak dapatkan idea untuk continue this Mr Perfect Vs Ms Clumsy. So you guys bolehlah check it out okay? Sorry if ada typo or any grammatical errors. I am fully aware on the errors but I've no time to reedit the errors. So please bear with it until I finish write the story till the very end.
Anyway thank you for reading! Xoxo
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...