"Abang Zin! Apa ni? Malulah orang tengok. Abang Zin tak malu ke bertumbuk depan orang ramai sampai semua orang tengok" Aku meninggikan suaraku sedikit akibat terkejut dek tindakan Abang Zin yang secara tiba-tiba menumbuk Zafran tepat di mukanya.
Apalah nasib aku lately ni. Ada je yang benda buruk nak jadi. Haish. Aku mengeluh dalam hati.
Aku lihat Zafran sedang memegang hidungnya sambil mengerang kesakitan. Mahunya tak sakit kalau kena tumbukan padu Abang Razin tu. Kalau aku pun boleh pingsan tau.
Haish Abang Razin ni pun satu, melulu je nak naik tangan. Apa dia ingat ni kandang gusti ke nak main tumbuk-tumbuk anak orang.
Kemudian muncul pula kak Sabrina yang kelihatan cemas di sisi Abang Zin. Haish macam manalah diorang ni boleh ada kat sini pula. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal sambil mengerutkan dahi. Kelam kabut tak tahu nak buat apa ni.
Tanpa befikir panjang aku terus mendapatkan Zafran. Orang pula sudah mula berkerumun melihat aksi tumbukan padu Abang Zin yang macam sebiji dalam drama Tamil di KLCC . Fuhh malu beb!
"Tu..tuan okay? Sorry I..urm sorry my brother he wasn't think straight. I hope you're okay" Aku meluahkan simpati aku pada Zafran yang sedang terbungkuk-bungkuk menahan sakit lagi. Hadoi apa aku nak buat ni. Perasaan cemas bertambah cemas lagi bila aku tengok ada darah mengalir dari hidung Zafran.
"Shara! What are you doing there? Jum ikut Abang Zin balik. I need your explanation on this" arah Abang Zin pada aku. Duhh..
"Sayang, apa you buat ni? What happen to you? Kenapa sampai nak bertumbuk kat public?" Kini giliran kak Sabrina pula bersuara. Jelas kelihatan suaranya yang kerisauan. Abang Zin pula masih tak berganjak dari tempatnya berdiri. Dadanya turun naik, mungkin masih lagi menahan marah yang berbaki. Bukan aku tak tahu Abang Zin masih marahkan Zafran sebab tinggalkan aku dulu. So aku faham sangat kenapa Abang Zin secara tiba-tiba naik angin bila nampak kami berdua bersama.
But still..come on! Be maturedlah. Not in public macam ni kalau nak bergaduh pun kan. Si Zafran ni pulak dari tadi diam je. Please say something please! Aku pula bermonolog sendirian. Sempat lagi.
Arghhhh... Why my life is so complicated?
"Sab, you jangan masuk campur. You stay there and wait for us. I ada benda tak settle lagi dengan mangkuk tak guna ni." Balas Abang Zin.
"Kau dengar sini Zafran, lagi sekali aku nampak kau keluar berdua dengan adik aku. Nahas kau. Hari ni aku cuma patahkan hudung kau je, esok lusa silap-silap pinggang kau pun aku patahkan" Warning Abang Zin pada Zafran sambil tangan telunjuknya laju menghayun ke arah muka Zafran yang sedang berkerut.
Entah dari mana datang keberanian aku untuk mempertahankan Zafran pula. Yealah bukan salah Zafran, antara kami memang dah berlalu. Walaupun aku masih lagi ada perasaan marah dan benci pada Zafran, tapi apa aku boleh buat. Hubungan kami bukan macam orang lain. Jadi aku rasa tak wajar kiranya Abang Zin bertindak sedemikian.
Dengan kekuatan yang ada aku menapak kehadapan dan berdiri bertul-betul di antara Abang Zin dan juga Zafran. Wajah Abang Zin dan Zafran aku tenung berganti silih. Aku menarik nafas panjang.
"Abang Zin, please. We're all adult. Any problem antara kita biarlah kita selesaikan kat tempat yang betul. Abang Zin baliklah dengan kak Sab. Sha dah besar, tahulah Sha nak uruskan hal hidup Sha. Abang Zin tak perlu risau lagi dah" Akhirnya aku bersuara. Abang Zin pula macam terkejut dengan statement aku yang acah-acah dah matang sangat. Eah! Ampun kan Sha Abang Zin=(
Tanpa berfikir panjang aku terus menarik lengan Zafran dan suprisingly Zafran hanya mengikuti gerak langkahku tanpa berkata sepatah apa pun. Wow!
Aku pun malas nak panjang-panjangkan lagi isu ni. Sebelum pergi ke parking kereta sempat lagi aku singgah di convenience store untuk beli setin air coke sejuk. Zafran pun masih tak banyak bunyi sampai lah kami sampai dan masuk ke dalam isi perut kereta Audi milik Zafran.
______________________________________________
Di dalam kereta aku lihat Zafran hanya menyandarkan tubuhnya di tempat duduk pemandu sambil mengurut-urut tengkuknya. Mukanya dari tadi cemberut je.
"Bak sini sapu tangan Tuan" pinta ku padanya. Zafran yang sedang mengurut lemah tengkuknya berhenti dari melakukannya apabila mendengarkan permintaan aku tu. Wajahnya dipalingkan ke arahku lalu keningnya di angkat sebelah. Fuhh walaupun mukanya nampak bengkak dan kemerahan sikit pun still handsome. Adeh! Control sikit Shara oi..
"What?!" Soal Zafran dalam nada bengang. Eah tiba-tiba pula nak marah aku.
Aku melepaskan keluhan. Niat hati nak membantu susutkan bengkak tu. Tapi kekwat pula mamat ni. Memang patut pun kena penumbuk sulung Abang Zin tadi. Baru kau rasa kan kan. Huh!
"Bagi jelah, banyak soal pulak dia" Tanpa beerlengah aku terus mendekatkan tubuhku ke arahnya sambil menghulurkan tanganku untuk menyeluk poket kemeja coklat Zafran. Aku tahu dia memang suka simpan sapu tangan kat poketnya tu. Jadi aku dengan slumber pakai ambil je dalam poket kemeja Zafran.
"What the hell is that Shara?"Tanya Zafran padaku sambil tangannya dengan pantas memegang pergelangan tanganku. Mukaku merona kemerahan akibat tindakan spontan Zafran itu tadi.
"Err..Saya cuma..saya..please lepaskan dulu tangan saya ni. Sakitlah" Tapi Zafran hanya mengindahkan permintaan ku, makin kuat pegangannya lagi adalah. Eii karang kalau aku bagi penumbuk lagi satu baru tahu langit tinggi rendahkan.
Setelah beberapa saat Zafran melepaskan pegangan tangannya. Wajah ku direnungnya. Dalam. Sampai aku pula tak senang duduk.
"You nak buat apa dengan sapu tangan I tu?" Tanya Zafran lagi. Kini suaranya sedikit tenang berbanding tadi.
Aku hanya menjeling sambil menunjukkan air tin sejuk yang aku bungkus dengan sapu tangan milik Zafran tadi. Wajah Zafran semakin berkerut tanda tak mengerti. Aih lembab betul bos aku ni. Aku mengomel dalam hati.
Kini kami betul-betul duduk menghadap tubuh masing-masing. Wajah Zafran aku tarik mendekatiku sedikit supaya mudah untuk aku menuam di kawasan mukanya yang kelihatan jelas membengkak. Zafran agak terkejut pada mulanya tapi hanya membiarkan saje tanganku membilik dan menilik kesan bengkak diwajahnya itu setelah beberapa saat.
Aku pula perlahan-lahan menekapkan air tin coke itu tadi ke atas sekitar permukaan muka Zafran yang bengkak itu. Sesekali kedengaran Zafran mengerang kesakitan.
Aduh boleh tahan teruk juga ni rupa bos aku ni. Kesian pun ada. Muka handsome-handsome tapi biru birat kat pipi dan hidungnya. Sadis betul. Dalam khusyuk aku menuam, tak perasan pula aku yang kedudukan kami sekarang ni betul-betul dekat sehingga deru nafasnya pun aku boleh dengar. Gulp.
Entah macam mana mata kami saling berpandangan. Lama. seolah macam hati kitorang je yang berbicara gitu. Muka aku ni mulalah nak berubah warna time ni jugaklah hai. Haish! Cool Shara cool. Kau mesti tunjukkan yang kau sikit pun tak terkesan dengan pandangan mata bos kau ni. Ingat Shara, he's nobody. He's just a boss to you dan kau tak kan sesekali jatuh cinta dengan mamat ni.
Ouh Tuhan..Please help me! T.T
____________________________________________
Hi readers!
Please don't forget to vote and comment okay?
Please please I need to achieve 1k votes from all of you.
Sayang sikit. Muah! huhu.
Thank you for reading. =)
ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...