Truth

269 16 0
                                    

"Shara, sekarang ni babah nak tanya. Sampai bila Shara nak rahsiakan kandungan Shara pada Zafran? Bukan ke elok kalai Shara bagitahu Zafran, mana tahu dia berubah fikiran dan balik ke sini?" Babah menyoalku lembut.

Tak pa. Zafran langsung tak boleh tahu pasal kandungan ni. Sha tak nak dia balik, Sha benci dia ba. Rintihku dalam hati. Berat sungguh dugaan Mu ini ya Allah. Kalaulah babah tahu apa yang aku lalui sekarang ni. Bagaimana pula aku nak sorokkan perut ni ketika aku masih belajar? Memang perkahwinan kami sah, tapi takde siapa pun yang tahu aku dah berkahwin. Mana aku nak letak muka aku kalau mereka fikir aku mengandung anak luar nikah? Aku bertambah serabut apabila memikirkan reaksi teman-teman dan pensyarah di kanpusnya nanti. Haih.

Kini kandunganku telah mencecah 4 bulan. Tak lama lagi peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Kerja-kerja studio harus aku selesaikan sebelum perbentangan projek akhir bermula. Pada awalnya babah dan mama menentang keras untuk aku meneruskan pembelajaranku di dalam bidang ini apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal menimang cucu pertama. Ini kerana bidang ini memerlukan aku menggunakan banyak tenaga dan persekitaran yang tidak sesuai bagi ibu mengandung. Tapi aku masih degil meneruskan niat dan cita-citaku untuk menamatkan pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Aku menunduk lesu. Tidak mampu untuk menjawab persoalan babah.

Mama pula mula merasa sebak. Aku didakapnya lembut. Air mataku juga turut tumpah.

"Babah, mama.. Biarlah buat sementara waktu ni Shara simpan dulu perkara ni. Shara yakin ada hikmah disebalik semua ni. Shara tak nak Abang Zafran terganggu dengan berita kehamilan Shara. He seems so busy with his work and Shara tak nak jadi punca untuk dia lupakan karier dia di UK dan pulang ke KL semata-mata sebab Shara kandungkan anaknya. Kami pun tak pernah ada perancangan untuk menpunyai anak secepat ini." Dalihku lagi. Walaupun kedengaran tidak logik tapi itulah satu-satunya alasan yang dapat aku fikirkan ketika ini.

Babah dan mama hanya menganguk. Mungkin sudah tiada daya lagi untuk memujukku supaya memberitahu hal ini kepada Zafran. Cuma satu yang babah pesan, bila anak ini lahir jangan dinafikan hak Zafran sebagai seorang ayah kepada anak dalam kandunganku ini. Aku hanya tersenyum kelat.

"Apa perkara yang rahsia sangat ni sampai Zafran tak boleh tahu?? Siapa mengandung??" Tiba suara garau Abang Zin mencelah entah dari mana. Muka ku berubah serta merta mendengar persoalan yang bertalu-talu dari mulut Abang Zin. Mama dan babah terkedu. Sudah ku pesan jangan biarkan Abang Zin tahu mengenai perpisahan aku dan Zafran dan juga kandungan ku. Tapi nanpaknya Abang Zin seperti dapat menghidu sesuatu. Kini dia berdiri betul-betul dihadapanku dengan muka yang serious.

"Shara. Jawab soalan Abang Zin tadi." Pinta Abang Zin dengan nada tegas. Aku hanya mendiamkan diri. Lidah ku kelu untuk bersuara. Nafasku tarik dalam-dalam..mencari kekuatan untuk menyusun sepasang ayat untuk diberikan pada Abang Zin. Tapi tidak sepatah pun yang keluar. Lantas air mata ku laju membasahi pipiku.

Abang Zin kelihatan terkejut dengan respon dariku. Dia memelukku erat. Mungkin seperti sudah mengerti apa yang telah terjadi. Aku menangis semahunya di atas dadanya yang luas.

------------------

Kami berempat duduk di meja makan yang terletak di sudut dapur. Muka dan mataku sembab akibat menangis. Abang Zin mula bersuara.

"Dah berapa bulan?" Tanya Abang Zin lembut.

"4 bulan." Jawabku sepatah. Masih tidak mampu memandang anak mata Abang Zin.

"Kenapa sorokkan dari Zafran?" Soalan Abang Zin ku rasakan keras di telingaku. Aku menggeleng perlahan.

"Zin, biarlah mereka selesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka. Zafran tu dah matang, tahulah dia nak uruskan macam mana" nasihat bab pada Abang Zin.

"Tapi ba, Zafran tu memang melampau! Babah tak kenal siapa menantu babah tu. I know him ba! Sebab tu bila Shara kata Shara nak kahwin dengan mamat tu Zin terkejut. He's not a random guy ba. Dan kenapa banyak-banyak perempuan kaya dan cantik kat luar sana, dia tetap pilih Shara?? Zin tahu dia mesti ada agenda dia yang tersendiri!" Abang Zin mula meninggikan suara. Aku terkedu mendengar pengakuan dari Abang Zin. Jadi selama ni Abang Zin kenal siapa Zafran? Tapi kenapa dia tak pernah bagitahu aku? Aku mengerutkan dahiku tanda tidak mengerti. Siapa Zafran sebenarnya?

"Zin, kamu control sikit suara kamu tu. Mama tak faham apa yang kamu maksudkan tapi yang mama tahu Zafran menantu mama yang baik. Walaupun mereka berpisah tapi Zafran tak pernah lupa beri nafkah pada Shara. Kita pun tak tahu apa situasi dia dekat sana. Mungkin dia ada masalah. Kita patut doakan yang terbaik untuk mereka" mama pula mencelah. Aku keliru. Bertambah tak faham apabila mama membangkitkan soal nafkah ku. Jadi selama ini aku memang masih isteri Zafran? Jadi selama ni duit yang babah kirim tiap bulan adalah duit dari Zafran? Macam tu? Aku seakan tak percaya dengan apa yang aku dengar.

"Ma.. Apa maksud mama? Sha tak faham.." Tanyaku dengan penuh tanda tanya.

"Maafkan mama dik sebab mama tak bagitahu Shara mengenai hal ni. Tapi itu pun atas permintaan Zafran. Dia tahu tanggungjawab dia sebagai suami. Walaupun dia jauh tapi dia tak kan lupa nafkah Shara. Memang duit belanja Shara, makan pakai termasuk yuran pembelajaran Shara Zafran yang tanggung" aku muka menitiskan air mataku lagi. Sebenarnya perkahwinan kami ini atas dasar apa? Ya Allah. Mahu saje aku pergi ke UK dan mencari Zafran, aku perlukan penjelasan darinya. Aku maraup wajahku yang sugul. Tiba-tiba Abang Zin bangun dari tempat duduknya.

"Mama, babah. Zin tak kira. Walau macam mana pun Zin akan pergi cari Zafran di UK. Dia mesti balik dan bertanggungjawab ke atas Shara dan kandungannya! Zin bersumpah Zin tak kan lepaskan dia ma!" Abang Zin sudah mula menggengam jari jemarinya dan menumbuk terus ke atas meja makan. Kami semua terkejut.

"Astagfirullahalazim Zin. Mengucap nak. Bukan ni caranya kita nak selesaikan masalah Zin. Ni antara Shara dengan Zafran. Mama yakin mereka akan bersama kembali. Janji Allah itu pasti. Mama yakin jodoh Shara dengan Zafran kuat dari hari pertama mama berjumpa Zafran. Kamu jangan masuk campur Zin" bebel mama pada abang Zin.

"Shara? Kenapa Shara senyap? Shara pun sama nak tunggu jugak si jantan tak guna tu? Come on Sha bukak sikit mata tu!" Jerkah abang Zin padaku. Aku hanya mampu menangis. Tidak mengiakan atau menidakkan. Aku sendiri tidak pasti apa yang perlu aku lakukan. Menidakkan bermakna anak dalam kandungan ini akan lahir tanpa bapa. Tapi jikalau aku mengiakan bermakna aku menyerahkan diri aku untuk terus disakiti. Perkahwinan tanpa cinta tak akan bawa kami ke mana. Hurm.

"Abang Zin. Cukuplah. Shara pun dah serabut dengan semua masalah ni. Sha minta abang faham situasi Sha. Sha tak bersedia lagi nak bagitahu Zafran. Kami tak pernah berbincang soal anak lagi. Biarlah Sha dan family Sha saje yang tahu. Sha yakin Sha boleh besarkan anak Sha sendiri. Tolong ye bang jangan besarkan hal ni lagi. Jangan cari Zafran ye bang. Sha merayu" rayu ku pada abang Zin.

Keluhan berat aku dengan dari mulut abang Zin. "Bullshit Shara!" Itulah perkataan terakhir yang keluar dari pada mulit abang Zin sebelum dia berlalu keluar dalam keadaan marah. Tapi aku yakin abang Zin tidak akan tikam belakangku. Rahsia ini haris disimpam kemas. Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya Allah. Amin.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now