Adeh... Pedihnya ulu hati ni. Padan muka aku siapa suruh tak makan tadi. Sekarang dah gastrik. Nak makan roti telur ni pun dah tak lalu sebab perut dah masuk angin. Dekat satu jam jugaklah aku menahan asyik dok pegang perut. Sesekali air mata tumpah jugak sebab pedih yang amat.
Tiba-tiba interkom aku berbunyi. Ahhh nak apa lagi mamat ni? Tak habis-habis nak kacau aku. Aku hanya membiarkan sahaja pangilan interkom dari Zafran. Setelah beberapa deringan tidak berangkat akhirnya telefon ku tidak lagi berbunyi. Lega.
Ni tak boleh jadi ni. Aku kena call babah jugak mintak dia ambil aku di pejabat. Nak tunggu ke petang alamatnya meringkuklah aku kat pejabat ni. Ni pun aku dah terduduk-duduk di lantai. Telefon bimbitku aku capai. Nama babah dia senarai pemanggil aku dail. Lama. Tiada jawapan. Ahh babah...😭
"What the hell are you doing Puan Shara????" Suatu suara garau yang cukup aku kenali menjengah cuping telinga aku. Macam kena kejutan elektrik aku cepat-cepat pusingkan badan sambil buat muka how-dare-you-call-me-with-that-name! Dalah tengah sakit, lagi mahu tambah sakit kat hati aku ni. Eii...
"What??" Balasnya lagi bila melihat respon wajahku yang macam singa betina menunggu mangsanya. Haish Zafran, time macam ni pun nak carik pasal dengan aku ke.
"Sorry Tuan call saya tadi ada apa-apa ke? Saya busy tak sempat nak angkat" balasku slumber sambil tanganku menekan-nekan perutku dengan harapan akan rasa lebih elok lagi. Tapi hampeh. Tiba-tiba ada suara garau mencelah. Pulakkkk...
"Shara. Is that you? Sha, what happen? Are you okay?" Kedengaran suara lelaki tu sedikit cemas. Again.. Kenapa semua orang tak nampak yang aku tengah sakit berguling-guling sekarang ni?? Aku mendongak pantas ke arah empunya suara. Haikal? Ouh my Burberry! What is he doing here... Awkward... Si abang dengan si adik betul-betul berada dihadapan aku sekarang ni.
"Adeh adeh adeh... Perut I" aku pura-pura menambahkan lagi mimik muka sakit perut aku bila Zafran dan Haikal saling berpandangan. This is sooooooo awkward I tell yah... Aku nampak Haikal cepat-cepat menghampiriku yabg berada di kawasan bawah meja pejabatku. Tangan kasarnya sempat singgah ke bahu aku. Tapi tak sempat nak mengelak, perut ku bagaikan dicucuk pula. Maka aku hiraukan sentuhan dari Haikal tadi.
"Babe! You tak makan ke tadi? I dah banyak kali pesan dari dulu lagi jangan skip makan.. You ada gastrik and you should know better lah. Since I kenal you, tak pernah nak berubah dengan perangai degil you" okay terus terang aku sentap dengan bebelan Haikal. Walaupun ada benarnya dengan apa yang dia cakap tapi tak perlulah dia layan aku macam budak kecil. Lebih-lebih lagi depan Zafran, nanti dia fikir aku tak pandai jaga diri dan mengada-ngada. Aku mencebik. Sempat lagi Zafran menghadiahkan senyuman sinisnya padaku.
"Well, love birds. Untuk pengetahuan korang, this is office bukan kelab malam. Kalau korang nak bermesra, please get out from here.. Hotel pun banyak dekat KL ni" Dang ! How dare you Zafran! Aku menjeling tajam apabila mendengar statement dari Zafran.
"It's okay Kal. I boleh bangun sendiri. Can you send me to the nearest clinic please. I hope Doktor bagi I MC seminggu terus so takdelah I perlu menghadap manusia yang tak berhati perut ni buay sementara waktu" aku perlahan bangun dan berdiri. Tangan Haikal aku capai. Handbag semua dah siap sedia terletak dibahu ku. Aku lihat muka Haikal tercengang-cengang.
"Bro apa ni.. She's sick. At least kalau you tak boleh bawak dia pergi clinic, tak perlulah you nak menyindir. Btw I'll be back after hantar Shara. There's something I would like to discuss with you" Haikal mula bersuara dan menegur abangnya yang bongkak tu. Yes!
Kami berdua keluar dari Mahfuz & Co dan bergerak menuju ke Clinic berdekatan sambil memapahku. Mujur Haikal ada kalau tak tahulah macam mana aku nak menghadap bos aku yang bipolar tu. Sepanjang perjalanan pun Haikal tak habis-habis meminta maaf padaku. Aku hanya tersenyum kelat dan mengangguk perlahan. Haikal kalaulah you tahu mengenai sejarah silam kami.. Mesti you akan minta maaf dari I lebih dari ni atas perbuatan abang you sendiri. Aku mengeluh sendirian.
------------------------------

ESTÁS LEYENDO
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...