Chapter 13

279 19 0
                                    

Aku bangun pagi seperti biasa.. Terasa selesa bila berada di katil empuk bilikku sendiri. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.15 pagi.. Aku membuka mataku separuh. Masih mamai. Tanpaku sedari ada satu tangan yang melingkari pinggangku ketika ini. Ketika cuba mahu menuruni katil baru aku tersedar bahawa aku berada di dalam pelukan seseorang. What?! Don't tell me he's here sleeping with me on my bed! Gosh apa dia fikir aku ni murah sangat boleh suka-suka share katil yang sama. Hell no.

"Hey, bangunlah bangun! Apa you buat  kat katil I ni" aku separuh menjerit di telinganya sambil tanganku menepis-nepis tangannya yang masih melekap di pinggang ku. Eiiii!

"What the....shit! Apa kau memekik pagi-pagi buta ni! Aku nak tidurlah boleh tak kau diam?! Shit!" Suara garaunya membuatkan aku terdiam seketika. Tapi itu tidak membantutkan niat aku untuk melepaskan diri dari pelukannya.

"Disgusting! Sanalah! I hate you and please put your hand out of my waist! Now get up I nak solat before habis waktu" bentak ku lagi. Kemudian dia mengalah lalu membiarkan aku menuruni katilku. Kulihat matanya masih terpejam rapat. Tak solat kah mamat ni? Hati aku tertanya-tanya tapi ku biarkan sahaja. Malas mahu menghadap laki ini.

Selepas solat subuh dan memanjangkan doa pada Ilahi. Aku mengeluarkan senaskah Alquran pink yang ku beli semasa melawati Jakarta setahun yang lalu bersama keluargaku. Alquran ditanganku aku renung. Kemudian ku buka dan mula membaca surah-surah yang terdapat didalamnya. Tika ini aku tidak dapat menahan perasaan. Suaraku sedikit bergetar. Tapi aku tetap meneruskan pembacaan tanpa menghiraukan ada sepasang mata sedang memerhatikan ku saat ini. Air mata lalu jatuh. Entah kenapa air mataku murah sekali sejaj kebelakangan ini. Aku mula teresak. Tapi cuba aku kawal agar tidak menggangu tidur lelaki itu. Setelah habis pembacaanku, aku mula menyimpan Quran ditempatnya semula. Telekung di badanku aku tanggalkan lalu ku gantung di dalam almari. Sejadah ku biarkan sahaja terdampar dilantai. Niatku supaya apabila lelaki itu bangun dia akan pergi menunaikan solat subuh selepas dia beredar dari biliknya itu.

Dengan perlahan aku melangkah ke arah pintu bilik akan tetapi belum sempat aku membuka pintu, aku terlebih dahulu disergah oleh suara garau lelaki itu. Aku tersentap lantas memalingkan badanku ke belakang. Aku lihat samar-samar susuk tubuh lelaki itu mendekati aku. Damn! Is he not wearing anything right now?? Aku menelan air liur. Apabila langkahnya semakin rapat, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Encik, ni bilik saya. Boleh tak encik pakai baju dulu. I feel uncomfortable seeing a stranger like you walking in my room ... Mm mm.. Half..hmm Nak.. Naked" haish Shara apa kau nak buat sekarang ni??Jantungku separa laju apa ntah lagi bila terbau wangian badan lelaki dihadapanku ini. Hanya selangkah maka badan kami akan bersentuhan. Aku memjamkan mata. Tidak dapat membayangkan apakah yang cuba dilakukan oleh lelaki ini.

Lelaki itu merapatkan tubuhnya kearahku. Tangan kanannya dilekapkan dibelakang pintu.. Dapat ku rasakan deru nafasnya di cuping telinga kiriku. Ya Allah! Aku berdoa didalam hati agar tiada apa-apa yang berlaku. Dia mendengus kasar.

"Please bear in mind that I am not a stranger to you. Aku suami kau dan aku berhak ke atas kau! Jangan kau cuba lari dengan aku atau nahas kau aku kerjakan!" Katanya perlahan tetapi kedengaran keras ditelingaku. Aku menggigil ketakutan dengan ugutan lelaki itu. Sebelum dia berpaling sempat lagi dia berpesan padaku.

"Well jangan kau ingat aku akan sentuh kau dan untuk pengetahuan kau...." Sambil matanya melirik atas bawah tubuhku. Is he checking on me? What?? "....... Aku pun takde selera nak tengok body kau yang kerempeng ni!" Lelaki itu berlalu sambil tersenyum sinis. Aku mendengus. Mukaku merah padam menagan malu dan marah. Sedikit sebanyak kata-katanya mengguris perasaan aku. Aku rasa terhina tapi aku cepat-cepat menepis perasaan sentap aku. Buat apa aku mesti terkesan dengan setiap perkataan atau perbuatan yang keluar dari lelaki ni? Dia bukannya siapa-siapa padaku. Cuma suami isteri tak lebih dari atas kertas. Aku mengeluh layu sambil beredar dari bilikku. Semakin lama berada dalam bilik yang sama dengannya buatkan aku lemas. Jadi aku berhasrat untuk turun ke bawah menyediakan breakfast untuk diriku. Kalau dia lapar pandai-pandai dialah turun bawah makan. Tak kuasa aku nak layan.

Story of My LifeWhere stories live. Discover now