Aku terkedu, lidah ku kelu apabila melihatkan seluruh ahli keluarga Zafran telah pun berkumpul di ruang meja makan. Zafran pula entah kemana.. Kaki ku tak mampu lagi bergerak apabila aku dapat rasakan mata-mata tajam yang galak memandangku.
Tiba-tiba ada satu tangan sasa yang melingkar di pinggangku lalu aku di bawa duduk di meja dimana mereka semua berkumpul. Dari bau perfume ni aku dah dapat agak Zafran yang meletakkan tangannya di pinggangku. Tapi pegangan itu bukan membuatkan gugup aku hilang tapi lebih membuatkan jantung aku berdegup tiga kali ganda daripada biasa. Haish..Zafran, apa awak dah buat pada saya? Keluh ku dalam hati.
Aku hanya melemparkan semyuman apabila mama Iti dan juga Dato' menyuruhku duduk di sebelah Datin Sofea yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Zafran pula mengambil tempat disebelah ku manakala Haikal pula secara kebetulan atau sengaja telah mengambil tempat duduk dihadapanku.
Mataku tidak berani untuk berpandangan dengan anak mata Haikal yang sedari tadi hanya merenungku dengan pandangan yang tajam.
Beberapa orang yang tidak aku kenali pun kini telah mengambil tempat duduk masing-masing. Mungkin saudara mara mama Iti sebab tak pula aku pernah nampak mereka-mereka ni melainkan Ms Fiena yang juga telah mengambil tempat disisi Zafran. Riak wajah Ms Fiena jelas menunjukkan rasa kurang selesa bila aku berada di majlis makan malam ahli keluarga mereka.
Hurm tapi kenapa?.. Aku cuba berlagak tenang.
Kemudian kedengaran suara mana Iti memecah kesunyian.
"Hah Shara, kenapa Shara macam pucat lesi je ni? Shara tak sihat ke?" Tanya mama Iti padaku. Saat ini semua mata tertumpu ke arah ku seolah-olah menunggu masa saje untuk menerkamku dengan pelbagai persoalan.
Entah bila masa tanpa aku sedar tangan Zafran kini sudah berada di atas bahu ku lalu ditepuk perlahan.
"Sayang okay?" Tanyanya padaku.
"Ouh.. Tak Shara okay je cu.. Cuma Shara tak sangka yang semua ahli keluarga Tu.. Err Zafran ada dekat sini. Shara fikir makan malam biasa je." Shara membalasnya ragu-ragu. Takut pula kalau tersalah jawab nanti.
Zafran tersenyum sinis.
"Haa kamu ni pun satu Zaf, bukan ke kamu yang ajak semua orang datang rumah mama Iti sebab kamu nak umumkan sesuatu? Papa pun tak tahu apa plan si Zaf ni kalau tak mama Iti kamu yang bagitahu dia ajak menantu papa ni makan malam bersama.
Uhuk uhuk! Aku terbatuk kecik apabila terdengarkan perkataan menantu yang keluar dari mulut Dato' Mahfuz.
"Eah kamu okay sayang, nah minum air kosong ni?"tanya mama Iti seraya menghulurkan segelas air putih kepadaku.
Maksudnya everyone in this house dah tahu ke? Muka ku mula berubah warna dan peluh mula menitik didahiku.
Aircond ada tapi entah kenapa satu pun aku tak rasa. Makin bahang adalah. Aku memandang wajah Zafran meminta penjelasan.
"Papa, mama Iti,sebenarnya memang sengaja Zaf tak bagitahu Shara pasal perjumpaam family kita. Shara dengan Zaf kan baru je berbaik and the reason kenapa Zaf setuju dengan permintaan mama Iti sebab Zaf rasa dah tiba masanya Zaf perkenalkan isteri Zaf.. Shara. She's the one yang Zaf bagitahu papa 3 tahun yang lalu" beritahu Zafran.
Kali ni air yang ditelan olehku terasa begitu payau dan kelat sekali ditekakku.
Apa maksud Zafran? Aku lihat reaksi wajah mereka satu persatu. Ada yang terkejut ada yang ceria dan ada juga yang bagaikan tiada reaksi langsung dengan berita yang disampaikan oleh Zafran. Malah Haikal sendiri hanya tersenyum sinis sambil menyuakan segelas air putih ke mulutnya dengan rakus beberapa kali. Shazana yang duduk disebelah Haikal memandang tepat ke wajahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Sesekali anak mata Shazana beralih ke arah Haikal yang seperti tidak senang duduk.
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...