Chapter 18

254 12 0
                                    

Setelah bersalam salaman dengan mama, babah, abg Zin dan Razman. Aku mula tidak dapat menahan air mata. Lalu aku menangis teresak sambil memeluk mama. Walaupun dekat tapi aku tetap rasa nak menangis. Sebabnya dalam sekelip mata aku dah tak boleh duduk bawak ketiak mama babah lagi dah. Lepas ni semuanya akan berubah. Hati aku bertambah sebak apa ntah lagi mengenangkan diri yang terpaksa duduk sebumbung dengan laki-laki yang tidak dikenali. Entah-entah si Zafran ni pembunuh bersiri ke, pedagang manusia ke. Macam mana kalau dia jual aku? Astagfirullah tak dapat aku bayangkan. Pekerjaan suami aku sendiri pun aku tak tahu, siapa keluarganya pun aku tak tahu. Macam mana aku nak hidup dengan lelaki ini nanti? Uwaaa esak ku semakin kuat dan laju. Mengalahkan masa hari mama dan babah tinggalkan aku di UiTM Perak dulu pulak. Emosinyaa sob sob.

"Okaylah mama. We've got to go. Esok lusa kami singgahlah rumah mama. Mont Kiara dengan Bukit Antarabangsa takdelah jauh sangat." Kata zafran dalam nada memujuk. Eleh dia depan mana babah je pura-pura baik. Benci! Tangan aku di capai dan bahu ku ditepuk lembut. Aik... Nak pujuk aku ke apa ni. Hurm jangan cair Shara.. Kau kena cool. Semua ni permainan dia je. Ingat tu.

Sesampai di pintu duduk sebelah pemandu. Tangan dia yang masih dia bahuku aku tepis. Sempat lagi aku berbisik ditelinganya sebelum masuk ke dalam kereta.

"Tak payahlah nak berlakun baik depan family I. Tak perlu ambil kesempatan nak pegang-pegang I okay" Kataku sinis.

"What? dasar perempuan tak kenang budi" dia mendengus kasar lalu beredar ke tempat duduk pemandu. kereta Lamborghini aventadornya aku hempas sedikit. Baru puas hati aku. Dia menjeling aku tajam tapi cepat-cepat dia senyum apabila terpandangkan family aku yang dari tadi tak sudah-sudah melambai. Ahh tak selesanya naik kereta ni rendah sangat. Rindu aku nak bawak Jazz. Walaupun kecil tapi lagi selesa. Entah apa yang dia minat sangat dengan kereta dua pintu ni pun aku tak tahu. Harap mahal and garang je tapi tak sesuai untuk orang yang dah berfamily. Eah, yang betulnya dia pun bukan nak sangat berkeluarga dengan aku so apa dia pedulik nak pakai kereta apa pun kan?

Setelah itu enjin keretanya dihidupkan. Mulalah bunyik mengaum kuat kedengaran didepan pintu rumah teres 2 tingkat milik keluarganya itu. Dia pun laju je meluncur ke jalan utama setelah memberikan hon tanda kami hendak berlalu pergi. Aku hanya melihat rumah tempat aku dibesarkan semakin jauh  dari sudut cermin sisi keretanya itu. Ahh.. aku sudah mula rindu pada mama. T.T

Di dalam kereta, kami hanya mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan. Tapi aku sedar yang kami harus berbincang mengenai hala tuju perkahwinan kami selepas ini. Tanpa buang masa aku pun bersuara.

"Encik, kalau saya tanya satu soalan boleh?" tanyaku sambil menoleh kearahnya yang sedang khusyuk memandang jalan raya. Yup, aku lebih selesa memangil dia dengan panggilan Encik. Sebab aku rasa dia lebih tua dari aku dan kami pun tak pernah kenal antara satu sama lain. Dari segi luaran aku agak mungkin umurnya dalam hujung 20 an atau mungkin sama baya dengan Abg Zin. Aku pun tak pasti. Ahh nanti aku tanya. Jadi masa ni lah aku patut tanya soalan macam-macam pada dia kan. haa...Zafran menoleh sekilas ke arah ku. Dia hanya mendiamkan diri seketika kemudian menjawab.

"Apa yang kau nak tahu?!' Tanyanya kasar. Aku mula rasa tak sedap hati. perlu ke aku tanya? Mengenangkan sifat dia yang bipolar tu buat aku rasa cuak nak meneruskan pertanyaan.

"Hmm takde apalah. Kalau belum tanya pun muka Encik dah macam singa, baik I tak payah tanya apa-apa" balasku bersahaja. Terasa malas pulak nak bertekak dengan mamat ni.

"Kau boleh tak straight to the point je? Aku menyampah dengan budak perempuan yang tak pasti dengan kemahuan diri sendiri. Lagi satu jadi perempuan tu jangan jadi lembik. Tak perlu harapkan orang lain je untuk tolong kau. Berdikari sikit kan boleh. Ni tak macam budak tadika. Ke kau memang suka lagi-lagi yang tolong kau tu lelaki kan? macam bitch kau tahu?" jerkah Zafran tiba-tiba.

Aku mula mengerutkan kening ku tanda tak faham dengan apa yang cuba dia sampaikan. Kau ni kan memang melampau tau. Kalau cakap tak pernah nak fikir perasaan orang lain. Apa kau ingat aku ni murah sangat? Aku mendengus kuat.

"Encik Zafran! Kalau you rasa you ugut I untuk kahwin dengan you semata-mata nak menyakitkan hati I, lebih baik you lepaskan I je. Apa guna you simpan perempuan tak guna macam I ni? Apa guna you simpan perempuan jalang macam I ni. I ni isteri you tapi tak ubah macam perempuan simpanan. Sebenarnya you nak apa haaa??!!" Jeritku sambil memukul lengannya. Dia seakan terkejut dengan reaksi spontan aku lantas menekan pedal break serta merta. Nasib baik aku memakai tali pinggang keselamatan, kalau tak mahu terhumban aku kat depan cermin kereta ni. Gila. aku lihat sekeliling tiada kereta yang lalu lalang. Lega. Cuak juga buatnya kalau terlanggar apa-apa. mahu arwah aku jadinya. Laju je keretanya masuk di kawasan taman yang berdekatan. Keretanya diberhentikan tanpa mematikan enjin. Dadaku sudah mula turun naik. Mahu saje aku keluar dari kereta ni dan berlari pergi meninggalkan lelaki ini.

"Kau dah puas cakap? meh sini aku terangkan kat kau. Memang aku takde niat nak memperisterikan kau. Tapi entah, aku cuma nak tahu apa tujuan kau rapat dengan Haikal sebenarnya? Kau tahukan Haikal tu siapa?" Tanyanya keras. Aku makin binggung. Kenapa nama Haikal yang disebutkan? jangan kata dia jelous. Tak mungkin. Apa pulak hubungan dia dengan Haikal. Aku semakin keliru dengan pertanyaan lelaki ini.

"Apa kena mengena dengan Haikal dengan perkahwinan kita?" tanya ku keliru. Aku lihat dia tersenyum sinis. Tapi dia tak jawab pun persoalan aku. Gear kereta dimasukkan dan keretanya terus meluncur laju keluar dari taman itu. Aku confused!! Kan aku dah cakap mamat ni gila. Bipolar. ahh... stress aku.

_________________________________

Setibanya aku di parking condominium. Aku cepat-cepat keluar dari keretanya. Wah rasa macam orang kaya elite pulak bila semua tempat nak masuk ada acces card. Tengok dari kereta dia je aku dah boleh agak yang suami aku ni bukan calang-calang orangnya. Gerun pulak aku. Btw tak banyak pun baju yang aku bawak. Hanya satu lugage kecil berwarna pink. Ops. Aku bukan peminat pink okay tapi entah kenapa banyak pulak barang aku yang berwarna pink. ^.^. Awal-awal lagi dia dah pesan supaya aku tak bawak barang banyak. Yealah kalau tak, tak muatlah nak masukkan semua dalam kereta dia ni.

Lugage aku tadi dikeluarkan dari dalam boot keretanya. Aku cepat-cepat menarik lugage aku dari tangannya.

"Takpe, I boleh tarik sendiri" Jawabku slumber sambil buat muka kekwat. Confident je aku berjalan ke depan meninggalkannya. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Eah kenapa takde pintu access masuk pun. Kepalaku aku garu walaupun tidak gatal. Err.. Encik. Aku memusingkan badanku kebelakang. mencari susuk tubuh suamiku. Tapi dia takde kat situ. Jantungku mulai laju. Walaupun hari masih terang tapi disebabkan persekitaran parking lot condo ni agak lengang dan sunyi membuatkan darah ku turun naik. Sememangnya aku ni dalah penakut yang amat. Boleh pulak dia main tinggal je aku kat sini. Aku tengok pun takde orang yang lalu lalang kat area sini. Kereta pun hanya beberapa kerat je yang ada di kotak parking. Aku mula gelabah. Iphone aku dalah retak. Screen pun nampak separuh je. Apa aku nak buat ni. Tiba-tiba tangan aku ditarik kasar. Zapp! Aku rasa macam nak pitam je sebab aku memang lemah semangat bab-bab macam ni. Akibat tarikan kuat tadi aku terdorong kehadapan dan dapat aku rasakan trmbok keras yabg berada di depanku.

"Adeh!" Aku mengerang kesakitan. Kepalaku didonggakkan. Zafran! Aku lega. Sumpah tadi aku rasa macan nak menangis je.

"Encik, encik pergi mana? Kenapa you tinggalkan I sorang-sorang je kat sini. Kalau pape jadi kat I nanti?" Aku terus memeluk tubuhnya kuat. Aku tak hiraukan pun perasaan malu aku. Yang aku tahu aku rasa safe bila berada disisinya. Pelukab aku tidak berbalas. Macam biasa si dingin Zafran ni memang macm tu. Pedulikkan. Aku merapatkan pelukan ku. Kejap.

Setelah beberapa saat dia pulak yang merenggangkan pelukan aku tadi.

"Dah dah. Kau jangan nak mengada-ngada kat sini pulaj okay. Kau memang suka ambil kesempatan kan? Dasar perem..." Belum sempat dia habiskan ayat aku dah potong dulu cakap dia. Cakap jelah apa yang kau nak cakap aku tak hiraukan. Aku hanya memalingkan muka aku memandang lain.

"Jumlah naik, i dah letih. I nak rest sekejap. Sorry kalau I banyak susahkan You hmm" balas aku acuh tak acuh. Sebenarnya aku dah tawar hati dengan sikapnya. Tapi aku buat-buat tak nampak semua yang dia buat pada aku. Postive Shara Positive

Story of My LifeNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ