Cameron Highland

287 17 3
                                    




Malam tu aku tak dapat tidur dengan lena. Setelah selesai mengemas baju-baju yang perlu di bawa ke Cameron Highland. Aku termenung jauh memikirkan tentang kedatangan Zafran malam tadi. Kalau ye pun kenapa perlu sampai datang ke rumah? Tak boleh ke bosnya itu memberitahu tentang niatnya menerusi pesanan whatsapp? Semuanya menjadi tanda tanya sehingga aku tidak sedar entah pukul berapa aku terlelap. Tahu-tahu je jam loceng pada hp ku telah berbunyi.

Jam di hp aku kerling. Uwarghhh aku rasa macam baru je aku terlelap tadi, tapi sekarang dah nak kena bangun balik. Semua disebabkan Zafran! Kenapalah aku mesti stuck dengan mamat ni. Blerghhh..

Aku lantas bangun apabila aku dengar ada orang ketuk pintu bilik ku.

"Sayang. Dah bangun ke? Mama dapat tahu adik kena out station hari ni? Dah pack barang?" Mama bersuara apabila pintu tombol bilikku aku buka.

"Aik mana mama tahu?" Tanyaku dengan nada terkejut. Wajah mama aku tenung. Tapi mama cepat-cepat mengubah topic.

"Eah takpela kamu mandi dulu. Mama siap-siapkan bekal dulu ye. Mama tak buat apa pun, nasi lemak je. Ok kan?" See nampak tak. Pandai mama cuba tukar topic. Aku hanya membiarkannya berlalu saje sebab aku sekarang ni dah lambat sangat.

Setelah siap mandi dan menunaikan solat. Aku mencapai baju kimono wrap berwarna nude chocolate dan dipadankan dengan pallazo hitam. Shawl hitam aku sarung dan lilitkan ala-ala Elfira Loy. Gigih jugak aku walaupun dah lambat tapi penampilan tetap kena maintain okay. Hihi.

Setelah yakin dengan penampilan aku. Aku bergegas menuruni anak tangga sambil membawa lugage kecil berwarna putih dan juga beg tanganku jenama Furla yang Abg Zin hadiahkan untuk hari jadiku tahun lepas.

Setibanya di bawah dan meletakkan beg-beg di hujung ruang tamu, aku lantas menuju ke arah dapur apabila terbaukan bau wangi nasi lemak yang mencucuk-cucuk hidungku ini. Aku lihat mama sedang sibuk menyusun bekalan makanan aku yang telah disiapkan ke dalam beg kertas berwarna coklat. Aku hanya tersenyum melihat kesungguhan mama menyiapkan bekalan aku pada pagi ini.

"Ma.. Banyak sangat tu. Macam mana adik nak habiskan kalau banyak macam ni?" Soalku pada mama.

"Eah takdelah banyak mana sayang. Mama buat lebih so bolehlah kamu share dengan bos kamu. Ni kan kegemaran kamu berdua" laju saje penerangan mama. Muka aku sedikit berubah.

"Ma.. By any chance. Did you know that he's back to KL already?" Tanyaku meminta kepastian walaupun dalam hati aku yakin bahawa mama sudah tahu hal yang sebenarnya. Mama merenung aku dengan wajah yang sukar aku tafsirkan.

"Sha.. Setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mama tahu Sha dah besar dan boleh fikir apa yang terbaik untuk Sha. Mama harap apa jua keputusan Sha, biarlah ianya membahagiakan adik ye?" Jawab mama panjang lebar. Aku masih bingung, tak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh mama padaku. Does this means that everyone know that he's here in KL already accept me? Aku agak terkilan kalau betul semua orang tahu tapi tak pernah bagitahu aku. Aku memandang wajah mama dengan perasaan hampa. Tapi akhirnya aku mengangguk apabila kedengaran enjin kerera Zafran yang tiba-tiba muncul dihadapan rumahku.

"Dah pergilah. Bos kamu dah tunggu tu. Enjoy your holiday and tolong sampaikan salam mama dan babah pada bos kamu tu. Hati-hati ye. Dah sampai call mama atau babah. Mama dan babah love you so much okay? Take care" aku salam tangan mama sambil mama menghadiahkan satu ciuman di kedua-dua pipiku. Kemudian dia menolakku sehingga ke pintu ke hadapan pintu rumah. Kini kesemua beg berada dalam pegangan tanganku. Tiba-tiba aku berat hati hendak pergi ke Cameron bersama Zafran. Lebih-lebih lagi apabila melihatkan wajah mama yang bersungguh-sungguh itu. Macam ada sesuatu yang disorokkan olehnya. Tapi dia buntu. Hendak di tanya pada Zafran, bermakna dia akan menyingkap semula kenangan pahit 4 tahun yang lalu. Sepanjang Zafran kembali, kami tidak pernah mempersoalkan peristiwa 4 tahun yang lalu itu. Masing-masing seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Jadi tak mungkin aku akan mengungkit kisah lalu dihadapan Zafran. Biarlah begini. Aku tak mahu luka lama di ingat kembali. Biarlah cuma hati ini saje yang menanggungnya.

Story of My LifeOnde histórias criam vida. Descubra agora