Dengan secepat kilat aku bangun dari atas ribaannya. Tuhan sahaja yang tahu perasaan malu ku saat itu. Tapi sebab nak cover punya pasal aku cepat-cepat membalas usikan Abg Zin tadi.
"Alah biarlah.. Abg Zin jelous kan sebab takde orang boleh peluk-peluk. Tulah Kak Sabrina ada tak nak pulak Abg Zin masuk meminang cepat-cepat. Asyik-asyik outstation busy sangat sampai wedding adik sendiri pun tak sempat tengok" aku memuncungkan mulutku sedepa. Tanda merajuk pada Abg Zin. Aku lihat dia yang dari tadi duduk mula berdiri dan mendekati Abg Zin untuk bersalaman. Abg Zin hanya tersenyum sinis sambil menyambut salaman dari tangannya. Satu pelukan Abg Zin berikan padanya.
"Congrats. Aku harap kau dapat jaga Shara baik-baik. She's the only diamond in this house. Aku tahu and percaya atas pilihan dia walaupun sukar aku nak percaya yang selama ini adik aku bercinta dengan bakal waris Dato' Mahfuz and Co.. The most successful and richest business man in Malaysia. Dan aku tak tahu pula yang adik aku ni 'taste' player macam kau." Aku lihat dia tertawa kecil. Entah apa yang kelakar pun aku tidak tahu. Mereka seakan berbisik dia antara satu sama lain. Aku lihat Abg Zin tersenyum. Aik.. Sekejap je jumoa mereka dah ada bonding? Aku menjadi semakin tak keruan melihat aksi mereka berdua yang friendly semacam.
Aku berdehem. Perbualan mereka terberhenti dan mata mereka tertumpu pada aku.
"Well.. Seems like you guys can get along together. So I think I don't have to introduce both of you to each other." Aku merasa kekok dengan suasana sekarang ni. Tadi mereka berdua sibuk borak sampai tak ingat aku. Sekarang masing-masing diam membisu sambil memerhatikan aku. Awkward.
"Hello.. Anybody here? Hello hello?" Aku cuba memecahkan suasana sepi dengan membuat lawak bodoh yang aku kira tidak jadi. Sebabnya masing-masing buat muka confused. Benci!
"Abg Zin, dalah malas cakap dengan Abg Zin. Jumlah kita breakfast. Tiba-tiba Shara rasa lapar pulak" aku memuncungkan lagi mulutku sambil memegang perut ku tanda lapar. Tiba-tiba mereka berdua ketawa mungkin merasa puas dapat membuli aku. Haish. Aku mengambil tempat duduk disebelah lelaki itu manakala Abg Zin duduk di hadapanku. Nasi lemak kusenduk dan kuberikan pada abang Zin. Kemudian aku meletakkan sedikit nasi lemak ke dalam pingganku.aku lihat anak matanya sedari tadi ralit memerhatikan lenguk tanganku. Abang Zin pula tidak habis-habis memandang lelaki disebelahnya dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Kenapa ye? Ahh aku tidak menghiraukan lalu kedua tapak tanganku tadahkan. Mataku mengerling ke arah lelaki itu yabg duduk disebelah kiriku. Keningku kerutkan sambi mulutku menjuih ke arah tanganku..
"Bacalah doa makan tu"
"Ouh Ok" Balasnya bersahaja.
Setelah doa makan dibaca. Kami semua khusyuk menghabiskan makanan sehingga babah dan mama masuk ke dapur.
"Ha..dah makan ke semua. Zaf, makanlah lagi mama masak banyak tu khas untuk anak-anak dan menantu mama. Bukan senang kita nak duduk semeja sarapan sama-sama. Faliq pun tak bangun lagi ni. Biasalah cuti sekolah malam tadi sibuk main online game" Suara mama memecah keheningan.
"Tape mama cukup dah ni. Sedap mama masak, dah lama Zaf tak rasa makanan air tangan..." tiba-tiba dia terdiam tidak menghabiskan ayatnya. Aku menoleh ke arahnya. Kulihat ada satu perasaan sedih terpancar diwajahnya. Aku ada terdengar yang masa merisik hari tu dari pengasuhnya yang emaknya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat kanser. Kasihan dia pasti dia rindukan emaknya.
"Takpelah lepas ni kalau you nak rasa masakan mama I, kita suruh jelah mana masak. Kan mama kan?" Aku senyum cuba menarik perhatiannya.
-------------------------------
sorry for the long break in updating this story.. Actually now i am in Italy for some business trip. Its 5.50 am in tge morning and its a lil bit cold outside. I think about 12-13 degrees celcius. Sorry i tak dapat update banyak.. Tp i still nak update jugak walaupun sikit and chapterbya membosankan sikit. So please keep reading and vote okay. Muah muah xoxo
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Story of My Life
RomantizmPreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...