Aku tersentak. Kurang senang dengan statement dari perempuan yang bernama Aira ini. Tapi kenapa dia sebut pasal aku nak resign sebab ikut suami aku? Lagi bertambah pelik sebab aku tengok surat perletakan jawatan aku masih terletak elok di atas meja Zafran. Maksudnya Zafran pun tak baca lagi tapi dia dah pandai-pandai cari pengganti aku... Dah berubah fikiran ke mamat ni? Sekejap suruh bagi peluang, sekejap terus buang aku begini. Haih tak fahamlah aku dengan mamat sorang ni.
"Err yeah.. I guess so. Takpelah kalau macam tu Cik Aira, rasanya tak ada apa lagi kot. Saya balik ke tempat saya semula ye kalau Tuan Zafran tak ada apa-apa lagi". Aku cuba mengelakkan diri dari berbual lama.
Dengan tergopoh gapah aku melangkah mahu meninggalkan meja Zafran, tapi entah macam mana aku boleh tersilap langkah membuatkan aku tidak dapat mengimbangi tubuh badan aku sehingga jatuh terduduk di antara dua lutut. Aku dengar teriakan suara Aira dan Zafran. Allah Allah.. Sakitnya bukan kepalang nasib baik aku dapat menghalang muka aku dari jatuh tersembam ke lantai dengan kedua belah tapak tangan aku menekan permukaan lantai.
"Oh my God Shara, are you okay?" kedengaran suara Aira panik.
"Astagfirullah Shara, can you watch your step and walk properly?!"sergah Zafran yang kini telah berada di sebelah ku. Air mukaku mula berubah, terasa hati dengan kata-kata Zafran ditambah pula perasaan malu dengan Aira yang juga sudah duduk mencangkung dihadapanku. Dah lah lutut sakit ditambah pula sakit hati. Muka ku merah padam. Waktu macam ni lah air mata nak bertakung! Haish Shara kenapalah nasib kau ni malang tak sudah. Astagfirullah mulut kau Shara, aku menekup mulutku sambil cuba menahan air mata dari keluar.
"I think she's injured. Help me papah dia duduk dekat sofa sana Zafran"
"It's okay. I boleh diri and jalan sendiri" aku cuba menolak tawaran dari Aira. Apa ntah lagi aku tak mahu ada apa-apa sentuhan dari Zafran sendiri. Sedaya upaya aku cuba untuk berdiri tapi sungguh aku rasa aku tak mampu dan entah macam mana tubuhku terasa melayang ke ruang udara. Tak sempat nak bernafas, tindakan spontan Zafran mengangkat tubuhku dengan bridal style buat aku terkedu. Tubuhku kaku. Entah bila masa kini aku telah pun berada di atas sofa pejabat Zafran.
"Auch! Sakitlah." bidasku apabika Zafran menyentuh lututku. Aduh ni nak luruskan kaki ni sikitlah punya sakit. Jangan kata lutut aku bengkak kot.. Berdenyut sangat ni.. Sob sob sob.
"You're so clumsy Shara. Kita ke klinik ok? Mana tahu lutut you dislocated ke. Aira, if you tak ada apa lagi next week kita jumpa time you report. I nak bawa my wife ke klinik bawah dulu. By the way thanks for the help"
"ahh no worries. Small matter Zafran. Ni you nak I tolong papahkan Shara turun bawah sekali ke since I pun nak turun ke lobby?" tanya Aira.
My my my..what am I missing here?
YOU ARE READING
Story of My Life
RomancePreviously known as Mr Perfect Vs Ms Clumsy Shara Azhar Gadis berumur 20 tahun. Clumsy. Pelupa. Ditinggalkan ketika usia perkahwinan beberapa bulan dengan Zafran lelaki yang tidak pernah dikenali dan dicintai. Dia binggung atas statusnya sebagai seo...